ADANI AKIKO SHOP

Agen sah Fame Cosmetics, Melure Perfume dan produk kecantikan Seqy Beauty. Untuk merasai kehebatannya hubungi 018-7746645. Tester disediakan untuk anda sekitar Putrajaya.

Thursday, December 5, 2013

Dari mata turun ke hati

Tadi saja aku gugle cari beautiful eyes.Sekali tu aku ternampak dia ni.Zac Efron.
Nama betul dia Zachary David Alexander Efron.
Malas cite pasal dia sebab aku cuma suka tengok mata ni yang menggoda jiwa raga iols..

Nah tengok la...




 Yang ni am husband Yasmin Hani plak kan Shaarin..

 Haa ko tengok nangis pun mata tetap menggoda hoii



Haaa nah khas dari dia..

Mata dia memang lah...Tak terkata

Tuesday, December 3, 2013

Alhamdulillah

Lately aku cepat letih sangat.Rehat tengahari confirm aku mesti tidur jap.
Memang pelik sangat la kan sebab aku memang jarang akan tidur kalau kat ofis.
Tapi sekarang ni mesti akan tidur baru rasa segar.
Aku rasa maybe sebab nak period kot.
Pastu aku da skip atkins..
Huarghhh apsal da takde semangat ni.
Balik pun da tak tau nak masak apa.Memang takde idea dah.

Tapi aku perasan bulan November aku langsung tak dihinggapi haid..
Haha da cam sejenis penyakit pulak.
So aku biarkan jela sebab aku memang camni jenis yang period memain.
Kejap kang cepat kejap kang lambat.
Aku lak tak ingat bulan 10 aritu bile tarikh period aku.
Adehhh susah.Selalu aku akan rekodkan dalam calendar kat phone.
Tapi boleh lak bulan lepas lupa.
Aku try recall kejadian-kejadian situasi yang boleh kaitkan.
Tapi langsung tak ingat.
Yang pelik bulan 9 aku boleh ingat pulak.

So memandangkan bulan November aku langsung tak period so pagi tadi aku nekad pegi la beli Urine Pregnancy Test(UPT).
Bagi aku biarlah kalau negatif pun aku kecewa sekarang dari langung wat tak tau sampai nanti tau-tau je gugur.Perghh time tu mesti la lagi double triple kecewa.

Agak-agak korang apa result tast aku?

Jeng jeng jeng

v



v



v



v

Alhamdulillah...

Syukur berkat aku hilangkan sikit berat aku aritu kali ni terus lekat.
Sampai je ofis tadi terus meluru g toilet.Dalam hati berdebar-debar ni.Letak stick tu dalam mekas air kencing tak sampai 5 minit terus naik 2 line.Alhamdulillah.. 

Tapi aku still rasa takut sebab teringatkan yang aku pernah gugur 2 tahun lepas.

Sama-sama doakan kandungan aku kali ni sihat walafiat sampai selamat bersalin nanti..

Tuesday, November 26, 2013

Abam Iyo

Aku rasa mesti kebanyakan yang da tau pasal Abam Iyo (kucing kaki 2) yang da meninggal (aku tak pasti bila maybe semalam 24.11.2013).

Yang pasti bila aku tau air mata ni terus mengalir laju.
Mungkin ni perasaan yang Allah bagi pada aku sebab aku memang/terlalu sayangkan kucing.
Kucing dah jadi sebahagian dari keluarga aku.
Aku sayang diorang demi Allah.
Sepanjang aku jaga kucing-kucing da beberapa kali aku berdepan dengan kematian diorang.
Setiap kali tu jugak aku menangis.

Memang bukan aku yang jaga Abam Iyo tapi aku boleh rasakan kesedihan yang sama atau kurang sikit dari yang menjaga dia.
Apa pun perasaan ni suci bukan dibuat-buat.
Cuma aku nak pesan kalau selagi korang berkemampuan untuk bantu kucing-kucing jalanan tu buat lah.
Sebab pada aku kalau kita buat baik pada haiwan kita takkan pernah mengharapkan apa-apa balasan berbanding dengan berbuat baik pada sesama manusia.

RIP sayang..semoga kamu di tempatkan disyurga disamping teman-teman kamu..

Dari sisi pun da boleh nampak yang PH tengah menagisi pemergian Abam Iyo.
Semoga usaha dia melindungi kucing-kucing terbiar dibalas setimpal oleh Allah.
Amin

Tuesday, November 19, 2013

TOLONG

Setiap orang mesti ada perangai yang boleh wat orang lain annoying dengan kita kan?
Korang perasan tak apa perangai korang yang boleh wat orang lain annoying?
Perasan benda tu pastu memang dah cuba nak buang perangai tu tapi bila tiba masa tu spontan korang buat balik perangai tu?

Macam aku lak perangai yang aku perasan aku paling tak suka orang arahkan or suruh-suruh aku.
Eh ko pehal nak suruh aku itu ini?

Contohnya la cam pagi tadi.Pagi tak pagi sangat la dalam kul 10 camtu.
Ada orang datang menjual kopok lekor dari Tengganu.
Aku masa tu nak g toilet.

Elok aku masuk balik semua dok sebut nama aku.
Sebut tu takpe ni siap suruh aku goreng kopok lekor tu sebab ada sorang akak tu belanja.
Aku cam apahal lak aku?Dah takde orang lain ke?
Ye memang aritu ada skali aku ni terajin.Ada dorang tu bawak dari kampung dia.
Masa tu tahap rajin aku siap goreng sampai abis siap bancuh air nescafe sampai 2 kali.
Yer masa tu aku buat dengan kerelaan hati aku seorang diri.SEIKHLAS HATI aku.

Tapi bila sampai orang suruh tu aku mesti spontan akan jawab eh apehal lak aku yang kene?
Nak buat la sendiri.
Kadang tu siap buat ayat puji memuji aku kalau aku yang buat makanan tu nanti jadi la sedap.
Aku sebenarnya takde la nak berkira tapi kadang tu ada jenis orang kalau nak mintak tolong orang bahasa tu tak kene.

Kalau kau cakap "awak boleh tak tolong saya camtu camni.."
Haa apa perasaan kau?Confirm kau akan tolong la kan?SEIKHLAS HATI
Tapi kalau kau dapat ayat cam satu arahan...."Eh kau g buat itu ini.."
kalau aku bukan takat tak nak tolong aku siap buat tak dengar je.Lantak kau lah.
Lagi baik aku tak buat untuk kau sebab aku da rasa tak ikhlas langsung.
Penat aku dapat plus pahala langsung tak dapat.

Dalam hal rumah tangga pun camtu gak.
Pembohong la kalau ada bini2 isteri2 yang kalau nak laki tu tolong wat keje rumah.
Tapi ayat kemain mengarah plus bebelan yang berepisod.
"Bang ni ha baju tak berjemur lagi.Awak ni cuba la kesian kat bini ni..blablabla"

Hoih confirm laki ko bosan weh.Silap-silap kau balik yang kena buat kerja tu sendiri.
Laki Suami kau siap keluar lepak mapley.Menangis kau.

Pendek kata la kan kita ni kalau nak mintak tolong dengan orang tu sila la gunakan word TOLONG.
Eh berat nau ke nak gunakan word tu?
Masa memula kenal tak kira la laki bini ke kawan-kawan ke pandai lak guna ayat sopan.
Bila da lelame kengkonon orang tu da paham la perangai kau dah terus tak reti nak guna ayat-ayat penyedap telinga.
Tak semua orang tu kalau boleh bergurau maknanya dia ni sempoi.
Sebab kadang manusia ni ada mood dia.




Monday, November 18, 2013

Pentingnya perancangan

Tahun depan 2014 bulan 7 genap 3 tahun aku berkhidmat dengan kerajaan.(Ayat kena skema sesekali)
Ishh cepatnya masa berlalu.
Tup-tup da dekat 3 tahun.Ingat lagi dulu mengemis mencari keje.
Ade keje pun gaji hari.Paling mahal sehari RM53.
So kau boleh kira lah kan dalam sebulan tu paling-paling ko keje 21-22 hari.
So boleh la dapat RM1113-RM1166 sebulan.Ok tu belum tolak KWSP lagi.
Tu belum tolak ko tak datang keje ke apa.
Takpe lah zaman tu da pun berlalu.
Syukur sekarang da ada kerja tetap.

Semua sedia maklum berkhidmat dengan kerajaan ni ada pencen kan?
Tapi sebenarnya kita boleh buat pilihan samada nak pilih berpencen atau terus kan dengan KWSP.
Mostly ramai yang pilih berpencen.
Untuk yang buat pilihan berpencen potongan KWSP korang hanya akan deduct sampai tahun ke 3 berkhidmat.
So lepas 3 tahun tu kita boleh buat pilihan samada nak biarkan duit KWSP tu berkembang kat akaun tu atau nak keluarkan.

Cam aku lak pernah la bincang dengan Nas apa yang aku nak buat dengan duit tu.
Yela dapat pun takde lah banyak maybe dalam RM20K-RM25K.
Duit ni banyak mana pun boleh je habis sekelip mata kan?
So kitorang planning nak kembangkan duit tu.

Kitorang terfikir nak melabur beli jongkong emas.Tapi takde ilmu.
So kene belajar.Apa pun yang kita buat mesti ada risiko kan?
Camtu gak la dengan pelaburan emas ni.
Aku baca yang aku ingat la kalau tak silap emas yang kita da beli tu tercalar sikit pun nilai dia akan drop.
Fuhhh camtu kasik simpan dalam bank jela.Gila apa nak simpan dalam rumah kan?
Kang nasib/rezeki kurang hilang putih mata brown ku..(masalahnya brown ke?)

Tu salah satu lah.Pastu aku ingat aku nak amik sikit untuk wat modal berbisnes kecil-kecilan.
Dalam kepala ni memang da terbayang apa yang aku nak jual nanti.
Tunggu aje lah bila sampai masa nanti.

Shopping???Belanja???
Haha tang tu memang tak boleh tipu sebab tu lah benda paling pertama kitorang fikir.
Tapi cam aku cakap memula tadi la kalau shopping sekejap je duit tu tak nampak apa pun.
At the end melopong.


Tuesday, October 29, 2013

Menu atkins

Ahad ritu aku g Aeon Big Alamanda.Dulu kan Carrefour.Biase Carrefour kan kul 8 pagi da bukak.Aku ni laki bini kemain la awal pegi.Kul 9 kitorang da kua rumah.Siap sampai kat Alamanda kul 9.15 pagi.Sekali masuk tu apsal tak ramai orang ni.Awal lagi kot kan hari Ahad lak tu.Konfidennye kitorang terus hala ke Aeon Big tu.Sekali tutup lagi padahal masa tu baru 9.20.So ape nak buat ni?Ok g bayar kete dulu pastu ape nak buat ni?Nak breakfast kat Mc D ape nak makan sebab aku tengah diet kan..Last kitorang lepak je dulu kat tepi kolam luar tu tunggu bukak kul 10.Macam hapa je plak kene menunggu bukak kedai..

Rezeki aku ritu dapat la aku baby salmon sekor RM14.90..Haku ni kan orang hulu mane la pernah makan ikan salmon.So kegayatan aku pun rembat la 2 ekor sampai salah tengok harga.Memula ingatkan sekilo RM14.90 itu yang terus kaut 2 ekor.Sekali rupanya sekor RM14.90.Ok takpelah.Balik terus grill.Homaigad bak kata Peej sedapnye la rupenya isi ikan ni.

Aku just taburkan mix herb dengan blackpepper ajishio tu.Pastu brocoli lak aku stir fry dengan seulas kecik garlic perasakan dengan blackpepper ajishio gak.Siap hanya dalam masa 20 minit kalau tak potong ape lagi la..Nak makan tu curah sos nandos hot.Yummyy

Ni plak aku bawak bekal semalam.Ikan masih resepi yang sama.Kali ni aku makan dengan coleslaw buatan sendiri hanya gunakan kobis & mayonis cerah sket sos nandos & blackpepper ajishio.

Sejak beratkins ni aku ketagih dengan sos nandos tu pun aritu g makan kat nandos terus tekak ni asik mintak nak makan nandos.Mane mampu tiap hari makan nandos.Nasib la sos die ade jual so beli sos tu je pastu perap sendiri.Lagi sodap okeh wat sendiri.

Sikit perubahan aku sejak beratkins

Hello hello hello..

Entry rini secara random sajok..just share sikit la progress selepas aku amalkan atkin secara on off ini..Apsal on off sebab semangat tak sekental memula dulu..Tapi alhamdulillah masih on track ade kala tergelincir sikit..Kalu trgelincir pun takde sampai nak makan nasi pun.Aku just craving benda manis lagi-lagi air nescafe..

 Pic pakai baju kurung tu baru je pagi tadi.Nampak la sikit dagu tu runcing..Haha nak bandingkan dengan pic gedik lentok kat bahu laki sebelah tu da tak tau mane dagu mane pipi..haha..kutuk diri sendiri takpe..Korang nak kutuk pun boleh takde hal..

Kulit pun aku perasan makin cerah lak.Aku memang la da cerah cuma sejak aku amalkan diet atkins ni kulit da kurang kusam sebab da rajin minum air makan sayur lebih sikit kan..

Sila jangan muntah ok dengan entry puji-pujian diri sendiri ini...Hahaha

Friday, October 25, 2013

Pinnpinn..

Pinnnpinn..pinnpinn

Orang jauh datang ni.Hahaha jauh la sangat kan padahal nak cover pasal da lama tak update..hehe ade yang miss me ke?Puiii ko ingat ko sape?

Aku sesejak sekarang ni kurang idea la nak diluahkan kat sini.Kadang idea tu ade tapi bile tibe nak mengarang ayat tu yang failed..Hampun ye..

Aku sekarang ni tengah sibuk nak kurangkan berat engko jangan tak tau..Haa cik Kiah sangat..Apekah berkesan idea aku iteww?Yess kali ni syukur Alhamdulillah Allah permudahkan urusan aku untuk melaksanakan impian aku yang aku dok berangan sejak umo 21 tahun lagi..Ini tahun depan nak jumpa 30 da baru ler Allah permudahkan urusan aku ni.

Ape yang berkesan sangat aku buat tu?Aku ni kalau bab amik produk pelangsingan ni aku kurang percaya sangat la.Sebabnye aku takut nanti akibat dari ubat tu sendiri.Kurus tu memang la boleh kurus kot tapi aku risaukan akibat yang menanti.Bukan la aku ni tak pernah try ape-ape produk kurus tu.Cume aku ni ade 1 sikap kalau benda tu murah bawah RM100 pastu boleh supply untuk sebulan baru la aku nak cuba kalau sebulan cecah 300-400 memang aku tak pandang dah..Ko letak la bape banyak testimoni pun aku jeling jer..haha poket kempiskan nak wek cano..

Pastu dulu aku pernah la try London Weight Management..Kate poket kempis tapi apsal mampu pulak g LWM tu..haha Senah tertipu mase tu Ton..Around 2007 mase tu kat paper kan diorang wat iklan percubaan cuma RM25 kot tak silap aku..Hoih murah tu kan..So aku and the geng lagi 2 orang tu pun pegi la..Sekali pegi rupenya kene pakse rela join tuk dapatkan sesi yang macam dalam iklan tu..Mase tu memang da tersepit la..Member lak boleh offer "Ko pinjam la duit aku dulu bayar sket-sket nanti.."Aku relax lagi mase tu pikir-pikir lagi tapi pempuan kat LWM tu cam mendesak-desak aku join gak.Tu yang akhirnye terjebak la aku.Sebenarnye aku masih de beberape treatment lagi aku kene pegi yang dah aku bayar.Tapi aku tak pegi sebab diorang kat sane tu setiap kali pegi nanti dorang akak paksa kite tuk amik pakej yang lebih upgrade..Itu yang bole cecah belas ribu tu..

Awal 2008 aku join gym plak..Haha aku ni sebenarnye mudah terpengaruh..Join gym pun sebab ade kawan.Kejap je aku pegi.Pastu gym tah ke mane kalau [egi pun setakat bersauna pastu chow.

So ekarang ni setelah sekian lama membiarkan lemak menetap kat badan ni aku amik keputusan untuk try Diet Atkins.Semuanya bermula dari 19.9.2013 ritu setelah dekat 2 minggu aku join group KDA kat FB.Atkins ni aku kenal lame da melalui blog AKUTAKNAKGEMUK tapi aku mase tu takde disiplin.Sejak ade KDA kat fb ni mudah la sket aku nak wat rujukan.Kalau bertanya tu cepat la sket orang nak bagi feedback kan.Pastu kebetulan ade la beberape kawan yang ade misi yang sama dengan aku so kitorang tubuhkan la kelab sendiri dalam Whatsapp..Aku rase berkat dari situ la sampai ke hari ni aku mampu bertahan tanpa makan nasi.Banyak gak la hari-hari yang aku cheat so turun pun ala-ala je..

Alhamdulillah sejak berDA ni aku rase lebih berdisiplin dan lebih rajin dari sebelum ni.Maslah-masalah sakit-sakit pun semakin berkurang.Alhamdulillah.Nas lak jadi pom-pom bagi bini die ni semangat.Kang bile aku cheat dengan sengaja die tanye la.Awak makan nasi ke?Eh bukan ke awak tak boleh makan roti..Haha laki den..Sayang laki aku sebab die support aku kali ni..

Ok tu je perkembangan aku sekarang..Kalau rajin aku share la ape aku makan..Aku wat 1 kolum kat tepi tu untuk update perkembangan pengurangan berat badan aku hari ke hari.

Wednesday, September 18, 2013

Tips lulus house loan..

Sapa yang tak teringin nak ada rumah sendiri kan?Memang best kalau ada rumah sendiri ni.Maca-macam boleh buat.Aku pun camtu.Baru-baru ni ada kawan update die da lulus house loan then da dapat rumah land house kat Batu Kikir.Area sana rumah masih murah.Kata die harga tak sampai suku juta..Rumah 24x116..Aku bukan pandai sangat bab ni.Taopi aku ada keinginan nak memiliki rumah sendiri.So tadi belek-belek FB ade yang post pasal tips nak lulus house loan dengan mudah..Mudah la kot..Takpe lah aku just sharing kalau berguna pada korang boleh la guna..

Tip - Gaji RM2,000 Boleh Lulus Loan Rumah?

Berdasarkan laporan akhbar tahun 2013, hanya individu berpendapatan RM7,000 ke atas sahaja yang layak mendapat pinjaman untuk membeli rumah.

Keadaan ini mengerikan.

Bagi yang berpendapatan minimum sekitar RM900 hingga RM2,000, golongan ini akan menghadapi kesukaran untuk membeli rumah.

Dalam masa sama, terdapat 3 strategi yang boleh kita gunakan bagi membuatkan pihak bank tetap suka untuk berikan pinjaman (loan).

Amaran: 3 strategi ini bukan untuk orang malas.

=======
Strategi 1 - Ghaibkan Hutang Liabiliti 
=======

Jangan berhutang untuk membeli sebarang jenis liabiliti.

Hutang-hutang akan menyebabkan bank takut mahu bagi pinjaman kepada kita.

Bank risau jika kita tidak mampu bayar hutang yang lebih besar. Hutang rumah adalah hutang yang besar setiap bulan, dan tempoh bayarannya lebih daripada 10 tahun.

Jika kita ada berhutang untuk membeli gajet, maka cepat-cepat langsaikan hutang terlebih dahulu.

Tidak berhutang pada gaji RM2,000 adalah satu kelebihan yang dapat membantu bank untuk luluskan pinjaman perumahan.

=======
Strategi 2 - Pinjam Duit Darah Daging
=======

Ibu bapa, saudara mara, sepupu dan sewaktu dengannya.

Berbincang dan beritahu mereka bahawa kita mahu beli rumah.

Pinjam duit mereka dengan bersyarat. Iaitu membayar amaun yang kecil dengan konsisten.

Contohnya, kita mahu beli rumah bernilai RM180,000.

Biasanya, wang deposit diperlukan adalah 10% daripada harga rumah (RM18,000).

Cara berkesan untuk membantu mereka menghulurkan bantuan kewangan adalah menunjukkan kemampuan kita menguruskan duit.

Tunjukkan bank statement setiap bulan. Tunjuk bagaimana kita uruskan duit masuk dan keluar setiap bulan dengan baik.

Bukti-bukti ini akan meningkatkan keyakinan ahli keluarga. Mereka percaya kita dapat bayar ansuran pinjaman secara konsisten.

=======
Strategi 3 - Cipta Paip Duit Satu Lagi
=======

Jalan pintas adalah menambah satu lagi paip duit.

Contoh paip duit yang terbaik adalah perniagaan.

Mulakan perniagaan secara kecil-kecilan dengan modal semut (bawah RM300).

Kita boleh menjadi agen untuk produk-produk tertentu. Setiap duit untung yang dapat, laburkan kembali ke dalam bisnes.

Lagi banyak duit masuk, lagi tinggi peluang kita untuk lulus loan.

Bank suka bagi pinjam duit kepada orang yang banyak duit dan pandai urus duit.

Dalam masa, siapkan terus dokumen-dokumen penting sebelum berniaga. Supaya kita dapat mudahkan kerja pihak bank, untuk lihat segala penyata akaun dan maklumat kewangan.

Maklumat dokumen-dokumen penting ada dalam pakej ebook, "Lulus Loan Rumah" - kredit lulusloan.com

Tuesday, September 17, 2013

Budak delivery rempit..

Korang perasan tak budak penghantar pizza ke yang sewaktu dengannya tu kalau bawak motor tu macam pelesit..Tah ape yang dikejarkan tah..Kalau mase hantar tu pecut aku paham la jugak..Ini da kosong tong pun kemain laju die bawak..Dik oii takut akak tengok.Laki den cakap semalam nyaris sorang budak yang nak delivery pizza tergolek sebab langgar lampu merah.Kalau ye pun ikut la peraturan.Ini sesedap die je kan?Aku yang dok tingkat 7 ni pun boleh dengar enjun motor diorang tu macam nak terbarai.Sayangilah nyawa anda..Ok tu je..

Bersihkan muka dengan berus gigi korang..

Eh hai..
Cam tak bersalah je kan?Haha sorry semua sebab lame da tak update.Takde mende nak citenye pun..Ok lah untuk membangkitkan semangat semula meh nak sahre tips kulit sihat dan bersih,

Korang biase wat cane tuk kasik kulit tu lembut?Biasa memang kite akan apply scrub la kan..Haa kali ni cer korang pakai berus jamban gigi yang da tak gune lagi tu.Gunalah yang soft to medium.Jangan lak amik yang hard kang mula lah memasing nak cakap aku bagi ajaran sesat.Muke korang calar balar ala-ala gangster jangan salahkan ahkak ok.So akak advice lagi sekali guna yang SOFT or MEDIUM.


Ini pun boleh..Jangan rembat anak korang punye lak eh..

Sekarang apa yang korang perlu wat adalah apply pencuci tandas muka kat muka korang yang dicintai sayangi itu.Pastu capai la berus gigi  tadi then terus la gosok berus kat muke korang.Gosok membulat ye..Nescaya dengan sekali je korang boleh nampak hasilnye..Kulit makin lembut dan black & white head pun hilang..Paling senang kalau guna berus guna bateri tu.Alah ape ke benda name die tah malas nak pikir sebab nak taip entry laju-laju.

Tak tau cara nah tengok ni.

Semoga tips ni berguna tuk korang.Aku siap gosok kat celah ketiak & leher sekali..Haha..

Psstt aku sekarang guna sabun Marine Essence Hai-O tau.Nak try meh la sekarang aku buat promotion.RM100 ke bawah aku bagi 5% diskaun.Kalau beli RM 100 ke atas dapat 10% diskaun.1 kotak/3bar RM105 kalau nak try boleh amik 1 bar dulu RM35..Belum diskaun lagi eh.


Wednesday, August 28, 2013

Imej baru

Akhirnye daku berjumpa jugak dengan imej baru..Hehe suka bangat.Tak payah nak imej baru sangat la kan..Cume tukar penutup kepala je pun..Ade yang komen ok ade yang kata tak..Fedulik hapa aku kan asalkan aku suke & selesa..

Bershawl kite sekarang

Terus kondifen ahkak bile bershawl bandingkan bertudung bawal..Bulat?ah persetankan

Nak tau mane aku belajar lilit shawl gaya ni?

Nah tengok ni..

Tuesday, August 27, 2013

Caya jangan tak caya

Nak wat entry pantas jap..

Apakah yang ade di dalam ini?ops abaikan kakiku itu..hehe











Tak sabar la tu nak tau...













Inilah isi di dalam plastik itu.Ni barangan dari produk Savee.Dah nama pun Savee so mesti la save kan?

Korang percaya tak kalau aku cakap sume ni aku dapat dengan hanya membayar RM10?
Nak kata aku tifu la tu.Serius ini semua memang berharga RM10.
So bermakna setiap 1 berharga RM1 sahaja..Ye ini bukan tipu..Sila jangan tikam diri sendiri  & tak payah nak gonyoh sangat mata tu..Tapi barang dengan harga ni hanya terhad pada sebarang jenis mask.

Dari atas kiri:3D Paper mask (apple),sleeping paper mask(apple tree),sleeping paper mas(bitter melon),sleeping paper mas(milk),face mask(avocado),face mask(lemon vit C),face mask(aloe vera),eye mask(anti dark circle),eye mask(anti wrinkle),eye mask(anti wrinkle)

So arini aku ingat nak share ngan korang yang berminat nak dapatkan barang ni.Kepada sesiape reader blog aku yang sememeh ini aku bole tolong korang.Korang just bagi aku list mask ape antara yang kat atas tu yang korang nak lepas da transfer duit kat aku la skali dengan postage.Tapi sebelum tu kene la share entry ni kat blog korang skali.

Aku tak amik ape-ape keuntungan pun cume tanda penghargaan aku pada korang yang sudi singgah kat blog aku ni je.Tapi aku tak janji la sume barang yang korang nak tu ade.If barang separuh je ade aku akan return duit korang.Contoh kalau barang yang korang nak tu ade 5 je tapi korang bank in kat aku RM10 skali dengan postage.So aku refund la lagi RM5 tu.

Lagi satu nak bagitau aku bukan nak menipu di sini.Memang niat aku nak buat amal..hehe walaupun bukan bagi secara free cuma tenaga aku je yang aku sedekahkan.

Tapi barang ni terhad la.Sampai Jumaat ni saje.Aku akan poskan pada korang hari Isnin 2.9.2013 nanti.

Kalau korang berminat bole SMS aku kat 019-3049267.Bagi list barang yang korang nak pastu alamat & detail transaction korang.Sila transfer amaun sepadan dengan list barang skali dengan postage.
Akaun aku hanyalah Maybank no akaun 164810053676 atas nama NOOR HIDAYANI BINTI ABDULLAH..

Segala maklumat hanya kat sini eh.Jangan lak korang sms aku tanya macam-macam.Tak den layankan do..



Mimi mengada tapi sayang

Cuba korang teka Mimi ni sape?

Mimi ni kucing aku.Walaupun die jantan aku letak name Mimi gak.Mimi ni manje kemain.Sekarang ni asyik nak kene upah dokong je paling kurang sekali.Huhu tak paham aku kucing sekor ni.

Mimi ni aku jumpa masa dok sewa kat Kuala Pilah.Mase bawak die datang Putrajaya kitorang tak pakai kereta lagi.So laki aku datang naik moto.Mimi masa tu laki aku letakkan die dalam beg galas belakang tp bukak sket la bahagian atas tu bagi udara masuk.Mas tu die besar tapak tangan je dengan bau cam hayam..haha..

Nekad je masa bawak die berdoa biarlah panjang umur.Laki aku cakap die senyap je sampai Putrajaya.Ingatkan da mati ke rupenya die sedap tido sebab masa tu die memang tak sihat.Memula Mimi je yang ada kat rumah tu.Lebih kurang 4 bulan lepas tu baru aku hangkut sikit-sikit kucing dari Kuala Pilah.hehe aku memang pantang tengok kucing terbiar ni.Cepat nau ati ni sedih nak nangis.Lagi lak kalau tengok yang tak sihat tu.

Masa kecik dulu kemain garang pas die sihat dulu.Asyik nak mengigit orang je.Calar-balar tangan die keje kan.Now da jadi manja lak die.Kalau dukung tu siap lentok-lentok nak tido.Ngade sangat.Si Mimi ni aku da kasik buang telur die.Hehe mase baru balik dari klinik tu jalan siap ngengkang.Ala-ala cam orang baru pas sunat..haha

Dah nah layan pic Mimi mengada



Monday, August 26, 2013

Saya kembali

Uishh lamenye tak mengepost kat sini..hehe takde cite la nak share.Pasal raya daku pun tahun ni segan nak cite.Huhu..

Alhamdulillah rezeki Syawal ni  murah.Ade kengkawan yang order VCO Catalyst..VCO(virgin coconut oil) ni memang paling laris antara produk catalyst yang lain.Harga pun tak mahal.Cume RM39.90 tuk 60 kapsul.So tahan tuk sebulan.Tuk pengetahuan sume aku agen produk Catalyst.So kalau ade yang berminat nak cube bole order dengan aku.

So far aku amalkan rasa lesu tu berkurang la.Kalau tak time ni da menguap sakan da.Padahal baru kul 9 lebih.Paling best period yang terganggu pun back to normal.Dulu masa period tak teratur tu tak yah cakp la.Mood nak hangin 1 badan je.Huhu




Sesuai untuk semua golongan termasuk bayi dan warga emas
Khasiat:
-Rendah kandungan kalori
-Membantu meningkatkan kadar metabolisma badan seterusnya membantu menurunkan berat badan
-Sapuan luar membantu mengurangkan garis halus serta tompokan hitam
-Meningkatkan daya tahan tubuh dari penyakit kanser payudara ,kolon & rahim 
-Sesuai bagi pesakit diabetes kerana ia membantu mengawal glukosa dalam darah
-Membantu meningkatkan penyerapan kalsium yang bagus untuk gigi dan tulang
-Mencegah risiko skit jantung dan menurunkan tekanan darah tinggi
-Sesuai untuk mereka yang mengalami gangguan kitaran haid & menopaus
-Mengurangkan masalah dengkur & saluran pernafasan tersumbat
-Melawaskan pembuangan air kecil & besar
-Membantu mengurangkan kelemumur
-Membantu menambahkan susu badan(sesuai untuk ibu mengandung & menyusukan)
-Membantu mengurangkan kesan ruam pada bayi(sapuan)
-Mengurangkan masalah kulit muka berminyak 
-Menyuburkan rambut


So kalau ade yang berminat nak try tu boleh la contact aku kat 
SMS/Call:0193049267
Wassup/SMS/Call:0187746645(tapi sementara ni jgn contact no ni sbb fon aku g anta repair)


Thursday, August 1, 2013

Terbaik dari ladang

Baru jap tadi ade x-staff sini datang berjual daging salai same ikan keli salai.Hakak pe lagi lelaju la sambar.Paling kelas datang khas dari Seri Menanti Kuala Pilah ko..Perghh berselera aku berbuka petang ni karang.Terlekat-lekat lagi bau salai tu kat tangan ni ha..

 Daging ni nak masak lomak cili api nismilan campur ngan kentang jela.Kang pelik-pelik laki aku tu bukan makan

Ikan keli ni lak masak lomak cili api gak tapi perah asam limau.Perghh terangkat bontot

Cane aku tak cecepat rembat.Daging tu 1 bungkus RM6.Polystren tu lebar tapak tangan.Yang ikan tu plak RM5.50 tuk 2 ekor.Ikan lak takde kecik sangat.Tak sabau lak nak masak.

Nanti da masak aku share eh..Resepi jela pun

Monday, July 29, 2013

Tetamu Sabtu





Sekejap je kan da masuk ramadan ke 20.Lagi 9 hari je nak beraya dah.Aku ni sepasang baju pun belum beli lagi.Tah kenape tahun ni langsung tak rase ghairah nak beraya.Aku rasa sebab dari awal puasa lagi da ingat tak balik mane kot sebabkan Nas tahun ni kene lak keje.Dah tu morning shift plak.Da terus terbawak-bawak perasaan tu.

Entry ni sebenarnya nak cite pasal ada tetamu datang rumah Sabtu aritu.Bukan sape je pun.Kak ipar aku datang bawak sorang kawan die.Best kan kalau buka puasa ramai ni.Even ritu ada 4 orang je pun.Semangat ko aku.Kul 2 camtu keluar pegi beli barang basah sampai rumah kul 3 terus start masak.Semangat ko aku.Hahaha.Menu aritu special requested by my akak ipau.Rase nak makan nasi tomato kato eh..So adik ipar die yang baik hati ni pun tunaikan la impian die.Lagipun sepanjang puasa aku belum pernah masak nasi lain selain nasi putih.Aku decide nak masak tu pun da tengahari.Pagi tu malas je rase nak keluar g beli barang.

Ok lets tengok...

Ayam masak merah.Benda pertama aku masak.Bawang tu sebenarnya da lupe nak masukkan sebelum angkat.So tabur jela camtu..

AYAM MASAK MERAH

8 ketul ayam gaul dengan serbuk kunyit & garam 
2 ulas bawang putih*
1 biji bawang besar*
1 inci halia*
1 batang serai*
1 senduk cili blend/10 biji cili kering
3/4 tin kecil tomato puri
2 helai daun pandan - optional
1 batang kulit kayu manis saiz sederhana
1 bunga lawang
3 bunga cengkih
3 biji buah pelaga
Minyak secukupnya untuk menumis
Tomato 2 biji belah 4
Bawang besar hiris sebiji

Gorengkan ayam tadi separuh masak.Ketepikan.
Blend barang bertanda *.
Panaskan minyak.Masukkan bahan blend tadi sekali dengan daun pandan yang da dipintal tu dengan rempah 4 sekawan tu.Da naik bau boleh la masukkan cili blend tadi.Teruskan tumis sampai pecah minyak.Boleh masukkan sikit air terus masukkan ayam.Masukkan tomato puri tadi.Kacau lagi baru perasakan dengan garam sikit pastu maggi cukup rasa baru masukkan gula.Ikut suka la nak manis tahap mana.Biar mereneh dalam 20-30 minit camtu dengan api kecil.Pastu masukkan bawang hiris tadi sekali dengan tomato tadi.

Nasi tomato.

NASI TOMATO

3 pot beras (rendam dalam 30 min baru cuci bersih toskan)
2 helai daun pandan - optional
1 batang kulit kayu manis saiz sederhana
1 bunga lawang
3 bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 ulas bawang putih*
1 ulas bawang besar yang kecil*
1/2 inci halia*
1 sudu besar butter
1 sudu besar minyak sapi
Baki tomato puri tadi
Air secukupnya

Tumbuk halus yang tanda *.
Panaskan rice cooker masukkan minyak sapi & butter tadi biarkan cair masukkan bahan yang da tumbuk tadi dengan rempah 4 sekawan dengan daun pandan.Da naik bau tu masukkan beras then tomato puri kacau rata biar sekejap.Baru la masukkan air banyak cam biasa kita masak nasi putih tu.

Tadikan beras tu kita rendam dulu kan?Aku rasa tujuan die untuk bagi beras tu kembang kot.Sebabnya kalau masak nasi-nasi yang camni air mudah kering tu yang kadang-kadang nasi jadi tak masak or terlembik.Tapi kalau kita rendam dulu sampai beras tu jadi putih cam beras pulut tu bila masak nasi kita elok je.Just nice.

Alamak tak lengkap la plakkan kalau makan nasi tomato takde acar nenas tu.
Ok  meh nak share gak cara nak wat acar nenas tu

Acar jelatah orang tetua panggil.

ACAR JELATAH NENAS

Sebiji timun sederhana
Nenas separuh saiz kec
Bawang besar hiris sebiji
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
Cili sos 3 sudu besar

Potong kecik timun dengan nenas tu.Campurkan semua bahan tadi gaul serata siap.Senang je kan?

Selamat mencuba.Hahaha POYO

P/s:Sorry tadi pic tak keluar

Friday, July 26, 2013

Terbest foundation I ever use

Aku bab-bab barang mekap ni memang tak berape pandai la.Aku lebih suke penjagaan macam pakai scrub pastu masker dah tu pakai toner pakai lak moisturizer.Haa camtu la maksud aku.Tapi takde lah sampai aku tak mekap langsung cuma bila kita da jaga kulit tu bila tempek bedak ke bagai baru la nampak cam natural.Ko bayangkan kalau kulit berkerak pastu tempek lak lagi dengan segala foundation compact powder cane lak jadiknye rupe tu kan?

Macam aku sekarang pas da wat rutin cuci scrub pakai mask sume tu aku akan pakai toner kasik tutup balik pori-pori yang da terbuka tu.Toner ni penting eh korang jangan tak pakai lak sebelum nak sapu moisturizer tu.Pastu baru pakai foundation then compact powder.Pakai lip gloss kalau rajin bercelak.

Tapi satu-satunya foundation pertama yang aku pakai pastu terus jatuh cinta pandang pertama gituu 
adalah:


 
Yes ini lah satu-satunya produk yang da buat aku jatuh cinta.


Apsal yang aku suke sangat dengan foundation ni kan?Pasal bile pakai tu tak terasa berat kat kulit tu tau.Maksudnya kan ada sesetengah produk tu kalau kite pakai rasa macam tak bernafas je kulit tu.Tapi ni ringan sangat pastu kalau nak pakai compact powder pun tak payah banyak-banyak.Just pakai nipis je.Tu pun da nampak elok.Macam aku aku pakai yang natural.Macam kulit gelap boleh gunakan beige.Reason sebenar aku pilih foundation ni sebab die ada royal jelly extract.Haaa bile pakai tu memang lembut je terus rasa kulit.Lembut bukan sebab aku rajin scrub je tau..Sebab memula aku try pakai ni mase tu muke da seminggu lebih tak scrub pasal scrub abis.Pakai je terus rasa lembut.Ini bukan tifu punye maaa..Plus muke aku pun takde  berminyak.Tu lah pasalnye aku kata aku jatuh cinta kali pertama pakai tu.Lagi 1 ni produk Jepun.So boleh la verangan time pakai tu jadik awek-awek Jepun sekejap..Haha


Tengok tu nampak homey-homey je kan?haha iye kan jela..

Ok meh sini nak share harga die.Ok harga memang mahal la.Satu ni je harga da RM198..Ok tanjat boboi kan?Hehe don't worry my dear.Sebab sekarang tengah promotion.Beli 1 pastu yang 2nd tu korang da bole dapat diskaun 50%.So kalau nak try tu boleh la ajak member share.Aku ritu pun share so dpt la beli murah sikit.




Ok meh nak tunjuk sket kandungan die.

Adunan Eksklusif Pigmen Mineral

Kandungan mineral semulajadinya memberikan perlindungan SPF untuk mencegah proses penuaan akibat pendedahan terhadap cahaya. Lebih istimewa lagi, teksturnya yang halus memudahkan sapuan yang sekata ke kulit wajah.

Kebaikan:
  • Menyerap minyak yang berlebihan
  • Membenarkan kulit bernafas
  • Sebagai lapisan pelindung wajah (memantul semula sinaran UV supaya tidak meresap masuk ke dalam kulit)
  • Ejen anti-keradangan kulit
  • Menghaluskan kulit wajah

Ekstrak Jeli Raja dan Kolagen

Kaya dengan mineral halus, asid amino dan enzim yang melindungi kulit.

Kebaikan:
  • Merangsang rejuvenasi kulit wajah melalui proses pembinaan kolagen
  • Meremajakan wajah
  • Mengekalkan kelembapan kulit wajah
  • Menghaluskan liang-liang roma
  • Ejen anti-oksidan, melawan keletihan dan tekanan kulit

Squalane & Cape Aloe

Minyak Squalane daripada minyak hati ikan yu dan Cape Aloe merupakan ramuan aktif yang kuat dari segi kuasa resapan.

Kebaikan:
  • Sebagai pelincir permukaan kulit wajah
  • Mengimbangi penghasilan sebum kulit
  • Melembap dan menyegarkan kulit sepanjang hari
  • Menenangkan kulit wajah
  • Merangsang proses pembaikan sel-sel kulit wajah

Ni aku ada berita baik punye..Kalau korang nak dapat harga yang cun terbaekk cari aku.

Yani 
0187746645 SMS
intandayani@gmail.com

Ko nak g kawad ke hape?

Wish list daku.Tak dapat nak rembat kat buntil Sg Wang Plaza ritu..Pasalnye harga adalah hampir dengan 1/2 ribu..Tapi sudah digantikan dengan yang lain..Yang not bad la jugak.Jumpa kat Campbell..

 Tadaa..Ni aku post kat fb boleh lak kawan aku tanye ni kasut raya aku ke?Haha..Tapi ni memang aku pakai g keje dengan baju kurung okeh..Bagaimanakah rupenya aku memakai bersama baju kurungan itu?


Ok tak?So far memang aku suke la ngan boot ni..Lantak ar kan orang nak cakap aku g kawad ke hape..'

Ni contoh pakaian yang sesuai nak gayakan dengan Marten's ni..

Da la dengan keadaan kaki aku yang da cam hape..Tengok kat sini..Lagi pun aku memang cari kasut yang tahan lasak camni..Memandangkan iolss sekarang ni kan pegi keje balik keje menapak kemain jauh..

Kaki di panau eh panau dikaki

Biar bener..Gi mana sih panau hinggap di kaki...ehh selekehnye kau ni.panau kat kaki..pakai stokin basah ke ape?


Eh buruknye la kaki..Bengkak cam 9 bulan ngandung lak kan..

Ko tau apsal kaki aku ni jadi camni ghupe die.Ni gara-gara aku pakai foot mask..Konon nak bagi ler kaki selembut tapak tangan ler..Alih-alih camni lak jadinye..

Aku tak tau la pulak kan kalau aku yang tak ikut bebetul instruction kat packaging tu.Ni aku pakai sampai 2 kali.Memula tu gatal pakai sebelum tido.Pastu masa pakai tu die cam rasa panas tau.Da tengah tidokan masa tu.Tak selesa terus aku tanggalkan.Die patutnye kene bagi bende alah tu kene bebetul kat kulit baru la effective.So percubaan pertama tak berhasil.

Selang bape hari lepas tu aku pakai semula.Kali ni pakai mase tengah masak..Kau boleh buat camtu..Kali ni memang dekat 2 jam la aku pakai pastu memang kene kat sume tapak kaki.Dah la bunyi bising sebab die plastik pastu belah dalam cam ada lapisan lembab yang ada chemical tuk bagi kulit mengelupas la.Esok tu je kulit da start mengelupas..

Best gile weh masa tu cabut kulit..Lembut je weh kulit baru tu..Tapi masalahnya tak serentak tau die mengelupas.Dekat sebulan kot baru sume kulit kat tapak kaki ni mengelupas tu pun kene rajin kopek.Dan akhirnya camni la jadinye..Belah atas kaki tu tak kene sangat so kalau nak kopek pun sakit nak mamp..

Sekarang aku gi memane memang pakai kasut je..Malu la weh kang orang tengok muke cun 1/10 alih-alih kaki mak aihh buruk betul..

Kan ada jenis orang yang akan pandang orang dari atas sampai bawah.Sekalinya ada 1 hari tu aku pakai selipar je datang keje hari Sabtu.Boleh pulak die tengak aku camtu pastu tang kaki die tengok lebih pulak..Aku dahhh..Ahh lantak kaki aku bukan kaki kau..





Monday, July 15, 2013

Luluh hati aku pepagi ni

Pepagi ni aku da sesak nafas.Mane tak nye kitten yang aku dok selalu perhati laihkan kalau die nak main ke tengah jalan pagi ni aku nampak da lenyek.Kalau lenyek betul macam yang sebelum ni aku nampak takde la aku sedih sngat camni.Ni aku nampak macam baru lagi kene langgar awal pagi tadi.Aku tadi bawakkan kibbles tuk die.

Ya Allah tak dapat aku nak tahan air mata ni mengalir..

Aku memang tak mampu nak bawak die balik tinggal dengan aku sebelum ni sebab keadaan aku berulang alik pegi keje dengan LRT.Tambah pulak kat rumah sendiri da ada 10 ekor.Aku rasa luar kemampuan aku untuk tambah lagi bilangan diorang.

Semoga roh dia dirahmati....

Wednesday, July 10, 2013

Ko boleh keje tapi tak pandai cakap pun takde guna..Arghhh stress aku hari pertama puasa ni..

Macam ni pun ado


KeywordsHits
intandayani.blogspot.com2
sayangku bontot1
Total3

Hoiii ape ni????

Sayangku bontot!!!!

Nasib la tang bontot tu die tak guna bahas Indonesia.Kalau tak......

p/s:haha ciput nau orang yang menyinggah blog aku..Udah tuannye pun maleh memanjang

Malas letak tajuk

Assalammualaikum

Sempena bulan Ramadhon ni(saje gedik nak beridgham lebih) kene lah bagi salam kan.Baru la terasa bahang Ramadhon.Takde kaitan langsung pun.Tapi suka aku la.

Takde ape pun nak cerita pepagi sejuk bulan Ramadhon ni.Ade gak kene penyepak asyik nak sebut Ramadhon..Hahaha

Semalam aku amik cuti kekonon nak sambut puasa la.Padahal tak pun sebab utamanya aku nak g checkup perut aku belah kiri bawah ni da seminggu sakit.So da check takde ape pun angin KENTUT tak lepas..haha.Pastu dak Nas pun sibuk nak cuti gak.Nak menempel la tu.

Balik dari klinik tu terus ke Alamanda membeli makanan untuk dak bulus itu.Kali ni kasik tukar packing besar terus yang 7kg untuk sebulan.Sebab ramai benor kat rumah tu pastu memasing da besor-besor jadiknye makan pun banyak.Jadi terpaksa la ditukarkan dari packing kacik yang sekilo lebih kepada yang 7kg.Jimat sket.

Bergegas pulang ke rumah lepas tu dalam kelebatan hujan.Sesampainya daku depan pintu rumah dak Nas bersuara."Ni selipar sape ni?"Selipar tak dikenali berada kat depan pintu rumah.Pastu terus dak Nas cakap lagi "ni selipar kene rembat lagi la ni.."

Aku da hangin la kan sebab ni bukan kali pertama.Da 3x tak silap aku selipar kitorang kene rembat.Aku kalau setakat selipar Tat Sing takde la aku kesah.Ini yang hilang Quiksilver..Yang dak Nas ni pun satu.Ritu memula beli pandai lak simpan dalam gobok kasut dalam rumah.Ni da lama sikit pegi tinggalkan je kat luar pintu.Macam nak sedekah je kat orang tu.Yang si pencuri tu pulak bole dok tinggalkan selipar berlumut die tu depan pintu rumah kitorang.Aku sepakkan aje.Geram aku.Duduk kuarters pun ade jugak perangai serupa duduk rumah flat.Tapi no wonder la sebab dalam lif pun hari-hari penuh dengan sampah.Kalau kat situ takde cleaner memang serupa la dengan rumah flat.Kadang tu sampah die buang je depan lif tu biar berulat.Apsal ko tak letak je depan pintu rumah ko sendiri?BANGANG

Friday, July 5, 2013

Ini adalah serius!!!!!!



Orang laki da baca ni jangan wat tak tau pulak..Ini bukan gurauan.Ini adalah SERIUS!!!!!!!!!

p/s:Malas nak komen.

Kalu nak tau podeh eh lado
Dibolah-bolah digiling-giling
Kalu nak tau banyak eh jando
Kolo Pilah Jalan Sonaling

AMARAN!!!! Ini takde kaitan dengan jande 

Tuesday, June 25, 2013

Saya seorang perempuan

Hamboi kemain lagi tajuk..

Gini..
Tadi tengah bebusy ngan koje melambak tetibe fon bebunyik..Kelam kabut ler mencari fon disebalik timbunan dokumen.Saje je nak menunjukkan yang aku banyak keje..Mihmihmih..Tapi memang tak tipu.Ni curik masa jap sebab tak tahan nak share jugak.

Ok sambung pasal jawab call in tadi.Tengok no memang tak kenal la.
Aku:Hello...(nada mesra sangat)
Caller:Hello ni abg Din ke?(suara aku cam jantan ke)
Aku:Hahhh?
Caller:Ni abg Din ke?
Aku:Tak-tak salah no ni
Caller:Nak cakap dengan abg Din
Aku:Tak salah no ni.
Caller:Ni abg Din yang jual produk blabla tu ke?
Aku:Tak ni salah no ni.SAYA SEORANG PEREMPUAN.
Caller:Terus letak

Pastu colleague aku boleh dengar aku cakap camtu.Die ulang lak ayat aku SAYA SEORANG PREMPUAN tu..Adehhh malu..Tapi bile pikir balik lawak la plak bile kua ayat camtu

Monday, June 24, 2013

Saya da mula tak sihat

Assalammualaikum..
Pagi ni baru aku terasa kesannya jerebu kali ni.Seriously tekak aku da mula rasa perit sejak malam tadi dan kepala da mula tingtong.
Pagi ni lak pegi keje long journey aku seperti biasa.Aku tak pakai mask tadi.Dalam LRT tadi aku da loya ala-ala orang loya mengandung..
Huhu doakan aku sihat ye..Kene carik mask jugak ni?
Kemusykilan aku sekarang takde ke mane-mane ahli parlimen atau dun yang nak sumbangkan mask?
Rasanya kalau belum undi time ni mahu diketuk setiap pintu semata nak bagi mask kan?

Sunday, June 23, 2013

Puas hati dengan Groupon

Surprise!!!!(ala2 Eric Leong)



 Tadaa beg yang I order dari groupon sampai sudaa..wee suke-suke...Masuk je bilik balik keje Jumaat ritu tengok ada benda alah ni elok je letak atas katil.Ingatkan dak Nas nak surprisekan bini die ni.Siap buat-buat tanya kat die."D bagi hadiah pe ni?".Saje je tanye wat terkejut padahal nak cover line sebelum die tanya macam-macam.Sekali die jawab "ape hal pulak?".Huh mencik tau.Wat2 la drama sket kan.Cakap ye je ke kan?

Sebelum ade yang mengata tu meh aku nak habaq kat hang.Memang la tengok pun tau kualiti beg camni melambak boleh dapat kat Uptown Danau Kota tu kan..Tapi2 beg ni rege RM33 only plus postage okeh..Kire ok la tu kan?Dari kene pegi uptown tu berpeluh-peluh ketiak bersesak-sesak kan?

Congratulations!This package comes with a free cardboard box..Ko ade?

Boleh aku projek kotak ni nanti transform jadik pape kan?

Selain beg ni aku ade jugak beli kupon Carl's Jr. kat sini.Cume belum sempat lagi nak pegi redeem.Aku pilih Carl's Jr. kat Pavi.Coupon pun valid until 31 August ni.Lagi pun aku ade plan nanti nak pegi arah sana.





Sila toleh belakang bila kat escalator pasaraya pasni..



Ngeri lak aku tengok video ni.Pasni kalau g mane-mane supermarket sure asik toleh belakang.Tapi kalau da lajunye camtu mane sempat ko nak beralih kan?Kat tv3 tadi kata troli tu penuh dengan muatan air tin.Da tentu la impak die kuatkan.Ahso tu meninggal pas sampai kat hospital.

Muhasabah diri sket



Aku jumpa qoute ni kat page sepupu aku.Ya Allah terasa kerdil sungguh diri ni kan?Thank you Allah..

Kerdilnya diri ni walaupun hakikatnye

Tak nampak weh...

Bangun-bangun kul 10 tadi (awal betul ko bangun kan.bagus sangat la tu) jengok luar mak aih putih je aku tengok.Ni da kes berat ni.Jerebu tebal kemain.Tengok tv1 ada update IPU terkini.Kat Putrajaya da 100 ipu.Memang boleh hidu la bau asap terbakar tu.Ingatkan da teruk sangat da.Sekali tengok kat Muar bacaan 750 ipu.Oh mak aih tinggi nau tu.Kalau yang 100 ipu pun pemandangan terhad setakat 100m je apetah lagi yang 750 tu kan?Kat Melaka pun da 356 ipu..Fuhhh sosak napeh den.Gile kentang la.



Kelamkan?Pic ni aku snap dalam kul 11 tadi.Tapi still sampai sekarang tak berkurang pun kabus tu..

P/S:Boss kat tempat saya ni jerebu teruk.Saya tak boleh keluar ni nak pegi keje.Boleh bagi saya excuse sok tak payah g keje?Muahahaha