ADANI AKIKO SHOP

Agen sah Fame Cosmetics, Melure Perfume dan produk kecantikan Seqy Beauty. Untuk merasai kehebatannya hubungi 018-7746645. Tester disediakan untuk anda sekitar Putrajaya.

Wednesday, April 29, 2015

Barang free

Siapa reader blog ni yang tak suka barang free pasni bole komen bila da habis baca entry ni k.
Hahaha starting je da samseng..
Arini aku nak share ngan reader semua (ada ke reader?) camne nak dapatkan barang sample secara percuma..
Best kot dapat benda free ni kan..

So meh scroll down tengok barang-barang yang aku pernah dapat..



Yang ni best dapat sekotak terus 650g tu.



Mesti korang tertanya-tanyakan camne aku bole sesenang dapat semua benda-benda ni..
Ok meh nak share.
Apa yang korang kena buat memula sekali layari http://www.malaysiafreesamplegiveaway.com/
So bile nampak ada entry barang-barang yang tengah diedarkan free sample so korang klik dekat word redeem/join/click here to join or whatever word kaler biru.
Pas klik nanti terus masuk kat web produk tu.
Korang maybe kena fill up details sikit untuk diorang anta kan barang tu nanti or kena main game ke?(nak dapat barring free bukan mudah sancta ye kena la usaha sikit)
Da complete tu korang tunggu jela barang-barang tu sampai..
Tak susah mana pun kan?

Selamat mencuba...






Tuesday, April 28, 2015

Perempuan+terpengaruh

Aku bab penjagaan muka ni aku takdelah beria sangat nak beli barang yang mahal-mahal sampai 1set pulak tu.
Alhamdulillah kulit aku jenis tak mudah berjerawat cuma kulit tak sekata dan pori-pori besar.
So far pada aku selagi muka tak berjerawat kira ok la ada la muka lagi.
Tapi kalau diberi pilihan set mekap dengan set penjagaan aku prefer penjagaan lagi.
Pada aku menjaga tu lebih baik sebab bila kulit ko bersih nampak sihat baru la terserlah kecantikan asli.

So aku jenis suka try macam-macam produk sampai aku tak tau mana yang memang masuk dengan kulit aku..
Lagi 1 aku ni berkira sikit nak invest kat benda-benda camni.
Kalau pencuci muka harga RM15 ke atas pun aku da rasa mahal.
So aku akan pilih yang murah tapi tak nak pakai Safi ke apa..hahaha faham tak tahap kedekut aku?
Kalau nak tukar produk aku akan pilih yang mana ada diskaun pastu beli dapat 2 jenis terus contoh cleanser+toner tapi dapat harga toner tu seketul.
Macam aritu aku g Watson kat ofis ni.
Selalu kat kaunter akan ada 1 ruang tuk barang yang dijual separuh harga sebab nak expired ke packaging rosak sikit ke.
Aku da lama usha produk Hada Labo.
Kebetulan masa pegi tu aku tengok ada HL ni pack kombo cleanser+toner harga RM30++ ada 50% diskaun sebab nak expired lagi 2 bulan.
Terus aku rembat pakai.
Best jugak sebab kulit lembap tak berminyak.
Ni da nak abis pun sebelum sempat sampai tarikh expired dia..

Makanya tadi bergegas ke Watson cari produk Bio-essence.
Apsal Bio-essence sebabnya terpengaruh dengan cik suria lekat lekit.

Aku beli cleanser dengan bio miracle water tu tadi. 

Moisturizer tu aku da beli sebulan lepas tu pun sebab terpengaruh dengan cik suria lekat lekit gak lepas baca entry dia.

Sampai 3 tamakkan sebabnya takde botol seketul.

Tadi solat iols cuci muka guna cleanser baru.
Best jugak sebab lepas cuci tu kulit jadi lembut takde la rasa kering.
Sebelum pakai tudung aku spray dengan bio miracle water zass terus rasa bernyawa semula.

Aku pernah gak cuba Bio-essence Tanak White.
Aku suka bau dia cuma mahal la.
Cam aku cakap tadi aku beli pun sebab ada diskaun+berkombo.

Pada aku ikut poket kau la nak pakai mahal ke murah ke..
Yang mahal pun tak semestinya baik.
Jadi la pengguna yang bijak.

Expose mistik


Cerita yang aku nak story arini takde lah scary sangat sebenarnya.
Experience ni berlaku dekat ofis aku baru je jap tadi dekat surau.
Aku antara sedar dengan tak je bunyi macam kayu sebesar betis yang dilepaskan ke lantai bersimen betul kat floor atas kau.
Aku memang buat tak endah je pun dengan bunyi tu sebab aku pikir ada contractor tengah repair apa-apa la kan.
Sampaikan ada sorang makcik tu tegur "apa la yang dibuatnya tu kelempung kelempung bunyinya?"
Aku masa tu baru nak mulakan solat.
So sepanjang masa aku solat sampai da simpan telekung sejadah masa ada bunyi tu.
Bunyi yang sama langsung takde beza lantunan yang sama.
Kebetulan pulak surau ni bawah floor aku je.
Aku 3rd floor surau 2nd floor.
Aku naik tu siap pegi tengok ada ke contractor tengah buat kerja..
Memang takde ok

Monday, April 20, 2015

9 bulan bersamamu anak

9 bulan lepas waktu ni doktor tengah menggodek perut mama untuk keluarkan awak sayang..
Saat terdengar tangisan pertama awak hati mama sebak..
Arini bile mama tengok senyuman awak keletah awak dengan pakej mulut bising awak buat mama malas nak bangun pagi pergi kerja..
Semakin hari mama kasih mama pada awak semakin ketat..
Mama jadi semakin kuat hanya untuk awak..
Sayang mama doakan jantung hati mama ni sentiasa sihat untuk temankan mama..
Selamat ulang bulan ke 9 sayangku Nur Adria Hannah Adani Akiko


Terima lah jelingan manja dari Akiko buat aunties di luar sana...

Friday, April 17, 2015

Review iPhone 6

Alhamdulillah ada rezeki sikit so aku invest la sikit untuk beli phone yang memang berbaloi sangat digunakan..
Setelah sebulan menggunakannya hahaha skema sangat ayat ni..
Arini lah baru aku install blogspot untuk memudahkan kerja aku mengupdate blog kesayangan yang da berhutan khatulistiwa ni...hahaha

So far banyak-banyak phone yang aku pernah guna (banyak ke?) aku memang puas hati sangat dengan prestasi iPhone..
Untuk pengetahuan korang aku memang bukan jenis yang suka bertukar-tukar hand phone..
So bile beli baru haruslah cari yang bertenaga hebat tahan lama..eh
Sebelum ni aku pakai HTC wildfire s..
Phone bebudak sangat..
Phone tu bukan tak bagus cuma aku tak boleh nak download banyak app sebab capacity dia terlalu kecil..
Aku baru download whatsapp dengan Instagram dia da full memory..
Memandangkan masa tu kewangan negatif so aku bertahanlah.
Lebih setahun juga lah

Ok berbalik pasal iPhone 6 ni
Aku suka sangat pasal screen dia lebar 4.7" berbanding dengan model sebelum ni dengan higher-resolution Retina HD yang buat aku terkagum-kagum
Gambar pulak memang cantik sebab iPhone 6 ni iSight camera ada censor yang dipanggil focus pixel sampaikan husband aku asyik pinjam nak amik gambar barang-barang bundle jualan dia..nyampah!!!
Sound pun memang sedap didengar ala2 dalam panggung gitu
Pastu tak pernah hang dibandingkan dengan Lenovo yang hubby aku guna yang beli sama hari dengan aku
Lagi satu iPhone ni senang nak download app dekat AppStore tu kan disupport dengan teknologi iOS8
Dia lebih ringan dan nipis setakat 6.9mm saja..
Aku selit dalam purse je..hehehe
Tapi yang paling penting iPhone memang ada security sendiri yang Apple cipta untuk produk diorang..
Masa memula beli tu dia akan scan fingerprint owner so tuk unlock if kena curi ke fon insyallah masih safe

Cantik tak iols pakai shawl ghupe tu?

So far tu jela komen yang aku dapat share dengan korang semua
Pening nak buat ayat tuk relate kan fakta dengan experience aku
Korang buat-buat faham jela ye..

Senang korang g jela website Apple tuk review sepenuhnya..

Ayam paprik sepantas masak mee maggi

Arini aku nak share resepi mudah yang sesuai sangat untuk orang kesuntukan masa cam aku..
Sekelip mata je dah siap..
Tak payah pasni korang nak telan mee segera setiap hari pasal tak sempat nak masak..
Tak pun tak yah sesusah nak bersiap semata-mata nak keluar makan..
Dah tak payah nak banyak cakap pasal korang pun bukan nak baca pun..hahaha

Bahan-bahannya:
Semangkuk sup isi ayam dipotong kecil
1/2 biji bawang holland
2 ulas bawang putih
3 batang kacang buncis
2 batang baby corn
3/4 biji capsicum
1/2 batang carrot
1 batang serai
5 biji cili api
2 sudu sos tiram
2 sudu kicap manis
1 sudu kecil lada hitam
1-2 sudu minyak masak

Cara-caranya:
Panaskan minyak
Masukkan ayam goreng sebentar sehingga isi ayam bertukar warna putih
Masukkan air setengah cawan
Terus masukkan sayur-sayuran tadi beserta bawang holland dan bawang putih & serai
Masukkan juga sos tiram kicap dan lada hitam yang ditumbuk kasar
Campak cili api yang telah diketuk sikit
Tutup api

Haaa betul tak aku cakap sekejap je..
Tak payah nak buang masa kat dapur
Baik amik masa tu untuk main-main dengan anak
Dah seharian dorang tak tengok muka mak dorang

Selamat mencuba..