ADANI AKIKO SHOP

Agen sah Fame Cosmetics, Melure Perfume dan produk kecantikan Seqy Beauty. Untuk merasai kehebatannya hubungi 018-7746645. Tester disediakan untuk anda sekitar Putrajaya.

Tuesday, June 25, 2013

Saya seorang perempuan

Hamboi kemain lagi tajuk..

Gini..
Tadi tengah bebusy ngan koje melambak tetibe fon bebunyik..Kelam kabut ler mencari fon disebalik timbunan dokumen.Saje je nak menunjukkan yang aku banyak keje..Mihmihmih..Tapi memang tak tipu.Ni curik masa jap sebab tak tahan nak share jugak.

Ok sambung pasal jawab call in tadi.Tengok no memang tak kenal la.
Aku:Hello...(nada mesra sangat)
Caller:Hello ni abg Din ke?(suara aku cam jantan ke)
Aku:Hahhh?
Caller:Ni abg Din ke?
Aku:Tak-tak salah no ni
Caller:Nak cakap dengan abg Din
Aku:Tak salah no ni.
Caller:Ni abg Din yang jual produk blabla tu ke?
Aku:Tak ni salah no ni.SAYA SEORANG PEREMPUAN.
Caller:Terus letak

Pastu colleague aku boleh dengar aku cakap camtu.Die ulang lak ayat aku SAYA SEORANG PREMPUAN tu..Adehhh malu..Tapi bile pikir balik lawak la plak bile kua ayat camtu

Monday, June 24, 2013

Saya da mula tak sihat

Assalammualaikum..
Pagi ni baru aku terasa kesannya jerebu kali ni.Seriously tekak aku da mula rasa perit sejak malam tadi dan kepala da mula tingtong.
Pagi ni lak pegi keje long journey aku seperti biasa.Aku tak pakai mask tadi.Dalam LRT tadi aku da loya ala-ala orang loya mengandung..
Huhu doakan aku sihat ye..Kene carik mask jugak ni?
Kemusykilan aku sekarang takde ke mane-mane ahli parlimen atau dun yang nak sumbangkan mask?
Rasanya kalau belum undi time ni mahu diketuk setiap pintu semata nak bagi mask kan?

Sunday, June 23, 2013

Puas hati dengan Groupon

Surprise!!!!(ala2 Eric Leong)



 Tadaa beg yang I order dari groupon sampai sudaa..wee suke-suke...Masuk je bilik balik keje Jumaat ritu tengok ada benda alah ni elok je letak atas katil.Ingatkan dak Nas nak surprisekan bini die ni.Siap buat-buat tanya kat die."D bagi hadiah pe ni?".Saje je tanye wat terkejut padahal nak cover line sebelum die tanya macam-macam.Sekali die jawab "ape hal pulak?".Huh mencik tau.Wat2 la drama sket kan.Cakap ye je ke kan?

Sebelum ade yang mengata tu meh aku nak habaq kat hang.Memang la tengok pun tau kualiti beg camni melambak boleh dapat kat Uptown Danau Kota tu kan..Tapi2 beg ni rege RM33 only plus postage okeh..Kire ok la tu kan?Dari kene pegi uptown tu berpeluh-peluh ketiak bersesak-sesak kan?

Congratulations!This package comes with a free cardboard box..Ko ade?

Boleh aku projek kotak ni nanti transform jadik pape kan?

Selain beg ni aku ade jugak beli kupon Carl's Jr. kat sini.Cume belum sempat lagi nak pegi redeem.Aku pilih Carl's Jr. kat Pavi.Coupon pun valid until 31 August ni.Lagi pun aku ade plan nanti nak pegi arah sana.





Sila toleh belakang bila kat escalator pasaraya pasni..



Ngeri lak aku tengok video ni.Pasni kalau g mane-mane supermarket sure asik toleh belakang.Tapi kalau da lajunye camtu mane sempat ko nak beralih kan?Kat tv3 tadi kata troli tu penuh dengan muatan air tin.Da tentu la impak die kuatkan.Ahso tu meninggal pas sampai kat hospital.

Muhasabah diri sket



Aku jumpa qoute ni kat page sepupu aku.Ya Allah terasa kerdil sungguh diri ni kan?Thank you Allah..

Kerdilnya diri ni walaupun hakikatnye

Tak nampak weh...

Bangun-bangun kul 10 tadi (awal betul ko bangun kan.bagus sangat la tu) jengok luar mak aih putih je aku tengok.Ni da kes berat ni.Jerebu tebal kemain.Tengok tv1 ada update IPU terkini.Kat Putrajaya da 100 ipu.Memang boleh hidu la bau asap terbakar tu.Ingatkan da teruk sangat da.Sekali tengok kat Muar bacaan 750 ipu.Oh mak aih tinggi nau tu.Kalau yang 100 ipu pun pemandangan terhad setakat 100m je apetah lagi yang 750 tu kan?Kat Melaka pun da 356 ipu..Fuhhh sosak napeh den.Gile kentang la.



Kelamkan?Pic ni aku snap dalam kul 11 tadi.Tapi still sampai sekarang tak berkurang pun kabus tu..

P/S:Boss kat tempat saya ni jerebu teruk.Saya tak boleh keluar ni nak pegi keje.Boleh bagi saya excuse sok tak payah g keje?Muahahaha

Saturday, June 15, 2013

Tanjat boboi

Bengong je laki aku ni tau.Baru jap tadi ngah layan anugerah blockbuster tetibe dengar orang ketuk pintu.Berderau darah aku.Mampu pandang je ke arah pintu sambil berdoa cepat la pegi hoii.Aku tak berani nak pegi jenguk kat lubang tu sebab teropong tu da hilang.Memalam camni kul 11 lebih orang ketukpintu maunye tak takut kalau da dok sorang kat rumah.

Sekalinya aku dengar grill pintutu kene bukak.Sah laki aku la tu.Balik keje awal la tu.Selalunya dekat kul12 baru sampai kalau keje shift petang..Die masuk tu terus kene mongok dengan aku..Hamik ko wat lagi aku terkejut..

Wednesday, June 12, 2013

Berita baik!!!!

Berita baik!!!Berita Hebat!!
Ceh cam DJ shopping mall da aku.

Sekarang da jadik 50%..

Okeh malas cite banyak..Benda baik elok dikongsikan.
Korang area KL g cecepat MYDIN Masjid Jamek yang jual baju-baju ngan barang dekorasi rumah..
Dorang tengah buat clearance sale up to 50% untuk semua item..hatta dari seluar dalam sampai langsir..
Tawaran khas sampai stok kehabisan..

Kalau yang tak tau kat mana tu meh nak bagitau..Korang tau tak Maybank sederet dengan Jakel Masjid Jamek tu?Mydin ni setentang je deangan maybank tu..

Sunday, June 9, 2013

Vet pilihan tuan bulus

Hye korang..

Pe aktiviti weekend korang?Aku takde wat pe selain memerap kat rumah.Cume tadi pegi jap kendurikawin kawan Nas kat presint 8..

Aku pernah bagitau dulu yang kitorang laki bini memang obses ngan kucing.Kat rumah ni pun de 10 ekor.Banyak kan?Hehe ni gara-gara kitorang memang pantang tengok kucing homeless kat memane.Paling over aku la.Dulu masa dok kat Kuala Pilah la paling banyak aku bawak balik kucing.Boleh kata setiap kali balik Putrajaya memang aku akan bawak balik.Tapi yang aku bawak balik tu yang sakit jela.7 ekor dari 10 tu memang orang nogori.Ngeee..Pas selamat sampai sini aku akan refer dorang kat vet pilihan kami.Tak lain tak bukan Mesra Pet Clinic/Pet Shop Presint 15 Putrajaya.Klinik ni kat tengah antara Public Bank dengan PHD(Pizza Hut Delivery).

Vet pilihan kalbuku dan kucing-kucingku

Mesra Pet Clinic / Pet Shop
No. 74, Jalan Diplomatik, Presint 15, Putrajaya.
Tel: 03-8881 0121

Waktu perniagaan (Isnin - Jumaat): 10.00 pagi - 9.30 malam
Waktu perniagaan (Sabtu - Ahad): 10.00 pagi - 8.00 malam
Rehat tengah hari: 2.30 petang - 3.30 petang 
Jadual doktor bertugas (Isnin - Jumaat): 11.30 pagi - 9.00 malam
Jadual doktor bertugas (Sabtu - Ahad): 11.30 pagi - 8.00 malam

Perkhidmatan disediakan:
- Menjual haiwan kesayangan seperti kucing, arnab, hamster, tikus belanda dan sebagainya mengikut ketersediaan
- Menjual makanan dan aksesori haiwan kesayangan
- Rawatan haiwan kesayangan
- Vaksinasi & nyahcacing
- Pemandulan haiwan kesayangan
- Penggayaan haiwan kesayangan
- Penginapan haiwan kesayangan
- Penjagaan kesihatan haiwan kesayangan
- Khidmat nasihat

Selain kat sini Mesra petshop pun ada cawangan lain.

-Seksyen 7 Bandar Baru Bangi
-Saujana Impian Kjang
-Taman Sri Serdang
-Jalan Meru Klang

Kalaukorang pening-pening pikir nak bawak mana la pet korang tu boleh la pegi mana-mana cawangan tu tuk bawak si comel gebus tu.Dorang charge tak mahal.Ritu aku bawak bebudak ni pegi vaksin pun dalam RM30-40 sajo untuk 1 sesi.Pastu anta lak jantan 2 ekor tu g mandulkan RM80.Murah je kan?Tu termasuk skali tinggal kat sana 2 hari 1 malam.Aku puas hati sangat ngan servis dorang.Doktor kat sana hensem pulak...Ngeee


 Ni ler si Mimi paling otai kat rumah ni.Hensem tak Mimi pakai baju ni mama?

Ni lak si Bulat.Nipun kucing nogori.Bulu kemain lembut tebal akor pun kembang.Pegi mandulkan ritu terpaksa doktor gunting bulu jembut die.Haha

Saturday, June 8, 2013

Da senang sikit





Suke sebab semalam dadapat card reader baru..Pasni kalau malas gak hupdet blog tak tau ler nak cakap..Gigih ke Pertama Complex mencari benda ni rehat tengahari semalam..Menangis ketiak panas terik.KL ni memang kalau panas terik tu rasa nak melenging je..Korang paham ke maksud MELENGING tu ape?Yang aku tau la maksud die separuh bogel kot.hehe kalau aku wat bebetul la mau pitam orang tengok..haha.Aku ni kalau tengok panas je malas aku nak keluar kalau takde hal penting..Berpeluh melengas aku rimas nanti mula la mood ke laut.

Da ade card drader ni senag la sket aku nak wat entry bergambar.Cume masalah sket aku tak boleh nak upload gambar terus masuk blog.Kene download dulu kat dalam lappy ni baru la boleh nak upload dalam blog.Leceh kemain.Aku pun tak tau pasal.Maybe de setting yang da terusik kot.Huhu