ADANI AKIKO SHOP

Agen sah Fame Cosmetics, Melure Perfume dan produk kecantikan Seqy Beauty. Untuk merasai kehebatannya hubungi 018-7746645. Tester disediakan untuk anda sekitar Putrajaya.

Thursday, July 2, 2015

Sotong Raja, Sayur Bak Choy Sos Tiram & Sup Ikan - Buka Puasa Ke 13

Huhuhu arini agak lambat memblog.
Blogwalking pun idok arini.
Arini nak share menu buka puasa hari ke 13..
Orang dah nak berbuka hari ke 15 dah Yani ko baru nak share menu hari ke 13.
Maaf maaf.
Lagu raya pun dah mula keluar kat radio.
Tadi pergi kerja dengar lagu Warna-warni di Aidilfitri.
Alahai sedapnya telinga dengar.

Sotong raja kegemaran. 
Resepi kat sini.

Sup ikan merah untuk si comel Akiko

Ni paling win Bak Choy sos tiram

SAYUR BAK CHOY SOS TIRAM

Bahan-bahan:
2 pokok sawi Bak Choy
5-6 ulas bawang putih
2 sudu makan sos tiram
Minyak sesudu

Cara-cara:
Celur bak choy
Racik bawang putih goreng sehingga menjadi colour gold
Ambil sesudu minyak gorengan bawang putih tadi panaskan sos tiram dan air sedikit.
Susun bak choy curahkan sos tiram dan taburkan bawang putih goreng tadi.