ADANI AKIKO SHOP

Agen sah Fame Cosmetics, Melure Perfume dan produk kecantikan Seqy Beauty. Untuk merasai kehebatannya hubungi 018-7746645. Tester disediakan untuk anda sekitar Putrajaya.

Monday, August 17, 2015

Majlis Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet Palapes IPTA ke-34

Sabtu ritu berlangsungnya Majlis Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet Palapes  IPTA ke-34 kat UPM Serdang.
Adik aku (Eqal) salah sorang yang dianugerahkan pangkat Leftenan Muda hari tu.
Aku tak dapat nak join memandangkan aku belum fully recover dari food poisining tu plus majlis sangat lah lama untuk aku membawa si kecik Akiko.
Ko bayangkan kena sampai kat sana sebelum 6.30 pagi sebelum gate masuk tutup.
Mak adik (Wan) ngan adik ipar (Nia) aku jela yang pergi.
Tapi dalam kul 2 petang mak call suruh datang sana sebab Wan kena pergi RTM edit program untuk hari merdeka.
So aku kena jemput mak kat sana.
Alhamdulillah dapat jugak jumpa Eqal sempena hari penting dalam hidup dia walaupun majlis dah abis.
Rindu kat adik aku ni jarang dapat jumpa sebab dia belajau nun kat selatan tanahair.
Ceh cam jauh nau je kan?hahahaha

Aku tau mak orang yang paling bangga haritu.

Kelabu je masa terima watikah ni.Pic ni pun amik guna phone mak.

Eqal 3 dari kiri masa rehearsel

Dapat gak bergambar sekali walaupun tak cukup ahli. Abaikan muka aku yang pucat tu dengan baju asal sempat je.

Mak aku kata dak tudung pink tu awek Eqal. Tapi Eqal kata tu kawan dia masa kat matrik Penang dulu kebetulan study kat UPM. Kalau betul pun apa salahnya budak ni sopan jerk nampak.

Ok last pic Akiko dengan Paksu dia. Akiko masa ni takut sebab dia tak cam lagi. Dia ingat Mujibur mana yang dukung dia.

Kitorang stay kat sana sampai kul 5 lebih.
Budak-budak ni boleh outing sampai kul 8 so bawak si Eqal gi IOI Mall jap dia nak beli seluar tuk cycling.
Adik aku yang sorang ni aktif.
Sok Selasa dia dah keluar gi cycling 1 semenanjung macam le Tour de Langkawi tu seminggu.






Tak sihat

Aku adalah tak sihat dari hari Jumaat lagi.
Food poisining.
Hari ni pun masih ada sisa-sisa ketidaksihatan aku.
Tadi pun aku muntah lagi.
Dah la toilet ofis ni berjuta batu jauhnya shapribaribari..
Nasib la ada plastik. 
Dalam tu je aku luahkan segala-galanya.
Terasa macam tengah travel jauh je.
Still tengah pening kepala lagi ni.
Standby minyak cap kapak je tu pun ihsan dak ofis.

Hambekk sebakul ubat nak kena telan.

Aku tak selera tengok nasi so makan ni jela.

Dengan harapan esok turun 4kg..Hahahaha
Perut still dilambung ombak..

Sebelum ada yang buat spekulasi melulu aku nak bagitau Akiko masih single.
Aku dah check tadi kot-kot sebab tu ke aku dok pening-pening muntah.
Pastu aku tengok Akiko dok manja semcam je sekarang.
Kalau ada pun aku terima seadanya rezeki yang datang.