ADANI AKIKO SHOP

Agen sah Fame Cosmetics, Melure Perfume dan produk kecantikan Seqy Beauty. Untuk merasai kehebatannya hubungi 018-7746645. Tester disediakan untuk anda sekitar Putrajaya.

Monday, June 29, 2015

Kari Ikan - Buka Puasa Ke-10

Patutnya adik-adik aku dah balik tengahari sabtu tu tapi memasing malas je nak gerak tgk sebab tak puas menggomol si Akiko makanya aku pun bersilat la kat dapur masakkan kari ikan tongkol untuk diorang.
Berselera masing-masing makan.
Aku buat kari pekat-pekat ala-ala mamak style.
Adik aku memang hantu kari.




Kari ikan tongkol
Sambal belacan
Ayam goreng kunyit
Ulam bendi, petai & timun
Karipap sardin sedap tak tinggal

Meh nak share resepi kari ikan ala mamak

Bahan-bahan:
Seekor ikan anggaran berat 1kg
6 sudu makan serbuk Kari (aku guna adabi)
1 sudu makan halba campur (halba, jintan, biji sawi)
2 tangkai daun kari
1 genggam asam jawa (jadikan pes)

Setengah kotak santan (kotak kecil)
*Bawang besar
*Bawang putih 7 ulas
*Halia 2 inci
Cili hijau besar sebiji
Sebiji tomato

Cara-cara:
Bersihkan ikan 
Tumbuk bahan bertanda *
Serbuk kari tambah air dijadikan pes
Campurkan dengan halba campur, bahan yang ditumbuk dengan daun kari
Tumiskan pes kari tadi sehingga terbit minyak
Api jangan terlalu besar supaya bahan tumisan tak hangit yang boleh sebab kari jadi pahit
Masukkan sikit air 
Teruskan menumis sampai terbit minyak sekali lagi
Tuangkan air asam sehingga agak menutupi ikan
Biarkan mendidih baru masukkan garam, ajinomoto 
Masukkan santan kacau jangan sampai pecah/santan berketul-ketul
Masukkan cili besar yang di patah-patahkan dengan tomato tadi.
Biarkan menggelegak sekali lagi tutup api.
Siap

Sambal belacan
*3 biji cili besar merah
*10-15 biji cili padi
10 biji limau kasturi
*Secubit gula
*Belacan saiz duit 50 sen

Cara-cara:
Tumbuk lumat bahan bertanda *
Perahkan asam limau
Kalau rasa kurang masam boleh tambah limau lagi

Yamsss





Sup Tulang - Buka Puasa Ke 9

Jumaat hari tu adik-adik aku datang berbuka then tido semalam kat rumah aku.
Cuma adik-adik aku je yang 2 orang tu dengan adik ipar mak aku tak join sekali.
Sebagai seorang kakak yang penyayang haruslah menyediakan makanan yang enak untuk adik-adik tersayang.
So balik tengahari tu singgah pasar P8 beli tulang campur daging sikit.
Beli ulam sebab nak makan dengan sambal belacan.
Tengah taip ni meleleh pulak air liur.



Adik ipar aku dah siap-siap masak ayam black pepper dengan sayur kubis.
Tapi aku nak tambah jugak sejenis lagi lauk.
Tu yang terjadinya sup tulang sambal belacan dengan ulam.
Seronok tengok diorang makan bertambah.
Karipap tu karipap sardin aku beli frozen dari kawan aku simpan stok kat rumah.
Goreng 13 ketul habis.
Suka sangat diorang lagi-lagi yang bongsu tu.
Karipap dia memang sedap pun inti memang sardin semata penuh.
Diorang buat inti tu macam inti sandwich pastu bila makan tergigit cili padi potong-potong.
Nanti aku share info pasal karipap ni kot korang nak rasa.

Pas maghrib bawak diorang pegi IOI Mall adik bongsu tu nak pegi Uniqlo cari seluar jeans.
Last-last die tak beli pape aku yang berhabis beli kasut ngan baju Kiko.
Hahaha tu standard.

Nak share jugak lah resepi sup tulang aku.

Bahan-bahan:
1kg tulang+daging
2 bungkus sup bunjut tulang Adabi
*Selabu bawang besar 
*7 ulas bawang putih
*2 inci halia
Daun sup
Daun bawang

Cara-cara:
Basuh bersih tulang dan daging
Rebus dalam 2 jam atau sehingga empuk bersama sup bunjut
Mayang/potong bahan bertanda *
Tumiskan bahan bertanda * sehingga naik bau dan kekuningan
Lepas tu curahkan sekali dengan minyak tumisan tu dalam rebusan tulang tadi
Sebelum tutup api masukkan daun sup & daun bawang tadi.
Siap untuk dihidang


Thank you Nuffnang - CPUV Shell Helix

Eh 2 hari tinggalkan blog rindunya..
Sejak bila?
Sejak 2 menjak Nuffnang murah hati bagi aku CPUV ni semangat aku nak berblog.

Pagi ni check alhamdulillah masuk lagi seketul on going CPUV.
Masuknya Jumaat tapi aku tak perasan maybe petang kot sebab Jumaat aku halfday.

CPUV kali ni dari Shell.


Shell ni memang pilihan utama aku la.
Apa-apa nak isi minyak mesti nak cari Shell dulu kalau terdesak sangat baru pegi P......s.
Bila isi dengan Shell ni aku rasa engine tu lebih smooth.
Tak caya pegi isi minyak kat Shell.

Anyway thank you Mr Nuff kerana terus mempercayai saya..amboi
Thank you jugak kepada pihak Shell kerana sudi beriklan di blog ni..