ADANI AKIKO SHOP

Agen sah Fame Cosmetics, Melure Perfume dan produk kecantikan Seqy Beauty. Untuk merasai kehebatannya hubungi 018-7746645. Tester disediakan untuk anda sekitar Putrajaya.

Monday, July 29, 2013

Tetamu Sabtu





Sekejap je kan da masuk ramadan ke 20.Lagi 9 hari je nak beraya dah.Aku ni sepasang baju pun belum beli lagi.Tah kenape tahun ni langsung tak rase ghairah nak beraya.Aku rasa sebab dari awal puasa lagi da ingat tak balik mane kot sebabkan Nas tahun ni kene lak keje.Dah tu morning shift plak.Da terus terbawak-bawak perasaan tu.

Entry ni sebenarnya nak cite pasal ada tetamu datang rumah Sabtu aritu.Bukan sape je pun.Kak ipar aku datang bawak sorang kawan die.Best kan kalau buka puasa ramai ni.Even ritu ada 4 orang je pun.Semangat ko aku.Kul 2 camtu keluar pegi beli barang basah sampai rumah kul 3 terus start masak.Semangat ko aku.Hahaha.Menu aritu special requested by my akak ipau.Rase nak makan nasi tomato kato eh..So adik ipar die yang baik hati ni pun tunaikan la impian die.Lagipun sepanjang puasa aku belum pernah masak nasi lain selain nasi putih.Aku decide nak masak tu pun da tengahari.Pagi tu malas je rase nak keluar g beli barang.

Ok lets tengok...

Ayam masak merah.Benda pertama aku masak.Bawang tu sebenarnya da lupe nak masukkan sebelum angkat.So tabur jela camtu..

AYAM MASAK MERAH

8 ketul ayam gaul dengan serbuk kunyit & garam 
2 ulas bawang putih*
1 biji bawang besar*
1 inci halia*
1 batang serai*
1 senduk cili blend/10 biji cili kering
3/4 tin kecil tomato puri
2 helai daun pandan - optional
1 batang kulit kayu manis saiz sederhana
1 bunga lawang
3 bunga cengkih
3 biji buah pelaga
Minyak secukupnya untuk menumis
Tomato 2 biji belah 4
Bawang besar hiris sebiji

Gorengkan ayam tadi separuh masak.Ketepikan.
Blend barang bertanda *.
Panaskan minyak.Masukkan bahan blend tadi sekali dengan daun pandan yang da dipintal tu dengan rempah 4 sekawan tu.Da naik bau boleh la masukkan cili blend tadi.Teruskan tumis sampai pecah minyak.Boleh masukkan sikit air terus masukkan ayam.Masukkan tomato puri tadi.Kacau lagi baru perasakan dengan garam sikit pastu maggi cukup rasa baru masukkan gula.Ikut suka la nak manis tahap mana.Biar mereneh dalam 20-30 minit camtu dengan api kecil.Pastu masukkan bawang hiris tadi sekali dengan tomato tadi.

Nasi tomato.

NASI TOMATO

3 pot beras (rendam dalam 30 min baru cuci bersih toskan)
2 helai daun pandan - optional
1 batang kulit kayu manis saiz sederhana
1 bunga lawang
3 bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 ulas bawang putih*
1 ulas bawang besar yang kecil*
1/2 inci halia*
1 sudu besar butter
1 sudu besar minyak sapi
Baki tomato puri tadi
Air secukupnya

Tumbuk halus yang tanda *.
Panaskan rice cooker masukkan minyak sapi & butter tadi biarkan cair masukkan bahan yang da tumbuk tadi dengan rempah 4 sekawan dengan daun pandan.Da naik bau tu masukkan beras then tomato puri kacau rata biar sekejap.Baru la masukkan air banyak cam biasa kita masak nasi putih tu.

Tadikan beras tu kita rendam dulu kan?Aku rasa tujuan die untuk bagi beras tu kembang kot.Sebabnya kalau masak nasi-nasi yang camni air mudah kering tu yang kadang-kadang nasi jadi tak masak or terlembik.Tapi kalau kita rendam dulu sampai beras tu jadi putih cam beras pulut tu bila masak nasi kita elok je.Just nice.

Alamak tak lengkap la plakkan kalau makan nasi tomato takde acar nenas tu.
Ok  meh nak share gak cara nak wat acar nenas tu

Acar jelatah orang tetua panggil.

ACAR JELATAH NENAS

Sebiji timun sederhana
Nenas separuh saiz kec
Bawang besar hiris sebiji
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
Cili sos 3 sudu besar

Potong kecik timun dengan nenas tu.Campurkan semua bahan tadi gaul serata siap.Senang je kan?

Selamat mencuba.Hahaha POYO

P/s:Sorry tadi pic tak keluar

5 comments:

  1. wey apsal tak leh tgk image ko? aku nk tgkkkkkkkk!

    ReplyDelete
  2. Salam kenal! Tq jenguk blog i yg x seberapa tu. perghhh best tu msk ns tomato!! Fav i.

    ReplyDelete
  3. nasi tamato ni mmg menu wajib buat kat rumah time2 pose ke x pose ke mmg sebulan tu 2/3 x repeat buat..sng pun sng kan..hehehe

    aah mmg meriah lau dpt berbuka ramai2..hehe

    ReplyDelete
  4. pergh sedapnya. i x pandai masak nasi tomato tu huhu

    ReplyDelete
  5. Yumm..yummm. nak try buat nasi tomato la nanti

    ReplyDelete