ADANI AKIKO SHOP

Agen sah Fame Cosmetics, Melure Perfume dan produk kecantikan Seqy Beauty. Untuk merasai kehebatannya hubungi 018-7746645. Tester disediakan untuk anda sekitar Putrajaya.

Friday, April 17, 2015

Review iPhone 6

Alhamdulillah ada rezeki sikit so aku invest la sikit untuk beli phone yang memang berbaloi sangat digunakan..
Setelah sebulan menggunakannya hahaha skema sangat ayat ni..
Arini lah baru aku install blogspot untuk memudahkan kerja aku mengupdate blog kesayangan yang da berhutan khatulistiwa ni...hahaha

So far banyak-banyak phone yang aku pernah guna (banyak ke?) aku memang puas hati sangat dengan prestasi iPhone..
Untuk pengetahuan korang aku memang bukan jenis yang suka bertukar-tukar hand phone..
So bile beli baru haruslah cari yang bertenaga hebat tahan lama..eh
Sebelum ni aku pakai HTC wildfire s..
Phone bebudak sangat..
Phone tu bukan tak bagus cuma aku tak boleh nak download banyak app sebab capacity dia terlalu kecil..
Aku baru download whatsapp dengan Instagram dia da full memory..
Memandangkan masa tu kewangan negatif so aku bertahanlah.
Lebih setahun juga lah

Ok berbalik pasal iPhone 6 ni
Aku suka sangat pasal screen dia lebar 4.7" berbanding dengan model sebelum ni dengan higher-resolution Retina HD yang buat aku terkagum-kagum
Gambar pulak memang cantik sebab iPhone 6 ni iSight camera ada censor yang dipanggil focus pixel sampaikan husband aku asyik pinjam nak amik gambar barang-barang bundle jualan dia..nyampah!!!
Sound pun memang sedap didengar ala2 dalam panggung gitu
Pastu tak pernah hang dibandingkan dengan Lenovo yang hubby aku guna yang beli sama hari dengan aku
Lagi satu iPhone ni senang nak download app dekat AppStore tu kan disupport dengan teknologi iOS8
Dia lebih ringan dan nipis setakat 6.9mm saja..
Aku selit dalam purse je..hehehe
Tapi yang paling penting iPhone memang ada security sendiri yang Apple cipta untuk produk diorang..
Masa memula beli tu dia akan scan fingerprint owner so tuk unlock if kena curi ke fon insyallah masih safe

Cantik tak iols pakai shawl ghupe tu?

So far tu jela komen yang aku dapat share dengan korang semua
Pening nak buat ayat tuk relate kan fakta dengan experience aku
Korang buat-buat faham jela ye..

Senang korang g jela website Apple tuk review sepenuhnya..

Ayam paprik sepantas masak mee maggi

Arini aku nak share resepi mudah yang sesuai sangat untuk orang kesuntukan masa cam aku..
Sekelip mata je dah siap..
Tak payah pasni korang nak telan mee segera setiap hari pasal tak sempat nak masak..
Tak pun tak yah sesusah nak bersiap semata-mata nak keluar makan..
Dah tak payah nak banyak cakap pasal korang pun bukan nak baca pun..hahaha

Bahan-bahannya:
Semangkuk sup isi ayam dipotong kecil
1/2 biji bawang holland
2 ulas bawang putih
3 batang kacang buncis
2 batang baby corn
3/4 biji capsicum
1/2 batang carrot
1 batang serai
5 biji cili api
2 sudu sos tiram
2 sudu kicap manis
1 sudu kecil lada hitam
1-2 sudu minyak masak

Cara-caranya:
Panaskan minyak
Masukkan ayam goreng sebentar sehingga isi ayam bertukar warna putih
Masukkan air setengah cawan
Terus masukkan sayur-sayuran tadi beserta bawang holland dan bawang putih & serai
Masukkan juga sos tiram kicap dan lada hitam yang ditumbuk kasar
Campak cili api yang telah diketuk sikit
Tutup api

Haaa betul tak aku cakap sekejap je..
Tak payah nak buang masa kat dapur
Baik amik masa tu untuk main-main dengan anak
Dah seharian dorang tak tengok muka mak dorang

Selamat mencuba..