ADANI AKIKO SHOP

Agen sah Fame Cosmetics, Melure Perfume dan produk kecantikan Seqy Beauty. Untuk merasai kehebatannya hubungi 018-7746645. Tester disediakan untuk anda sekitar Putrajaya.

Wednesday, June 17, 2015

Contest 'Jom kurus bersama Intan Dayani sambil menang duit raya'.

Bersempena menyambut puasa tahun 2015 ni aku berniat nak buat contest 'Jom kurus bersama Intan Dayani sambil menang duit raya'.



Amboi ko dah menghilang berminggu-minggu tetiba muncul balik terus nak buat contest. Ko ghase?

Aku sebenarnya dah pasang niat nak kurangkan berat aku bersempena bulan Ramadhan (sebut Ramadhon) yang mulia ni. So untuk menaikkan semangat aku nak ajak la reader blog picisan aku ni sama-sama kurus dengan aku raya nanti sambil berpeluang menang duit raya.

Nak buat contest kena la ada syarat-syaratnya kan.. Moh ler teman nak kabor sikit syarat-syarat.


  • Peserta yang paling banyak dapat menurunkan berat badan atleast 5kg akan dikira sebagai pemenang.
  • Setiap penyertaan akan dikenakan yuran sebanyak RM10 yang mana akan digunakan sebagai hadiah utama. 
  • Setiap peserta DIWAJIBKAN untuk mengambil gambar terkini dan gambar berat yang tertera pada penimbang dan emailkan kepada saya di intandayani@gmail.com.
  • Pemenang akan diumumkan pada hari raya ke 4 bersamaan dengan 20 Julai 2015 (Isnin).(sempena birthday Baby Akiko)
  • Contest akan bermula pada puasa ke 3 bersamaan dengan 20 Jun 2015 (Jumaat) sehingga last day puasa 16 Jun 2015 (Khamis).
  • Peserta hendaklah segera memaklumkan kepada saya berat masing-masing beserta gambar di atas penimbang pada 17 Jun 2015 (Jumaat) bagi memudahkan saya untuk memilih pemenang.
  • Peserta bebas memilih cara masing-masing untuk mengurangkan berat badan (Atkins ke, low calories ke, puasa+excercise ke terpulang masing-masing)
  • Penyertaan hendaklah disubmit sebelum 2 petang esok bersamaan dengan 18 Jun 2015 beserta dengan yuran yang dibank in ke akaun saya MAYBANK 164810053676 atas nama NOOR HIDAYANI ABDULLAH.
  • Sekiranya ada yang berminat untuk menjadi sponsor bagi contest ni pemberian anda amat-amat dialu-alukan.
  • Tujuan saya mendapatkan gambar berat anda di atas penimbang adalah bagi mengelakkan sebarang penipuan berkenaan jumlah berat yang berjaya dikurangkan.
Rasanya setakat tu je kot syarat-syarat yang dikenakan untuk menyertai contest ni.

Tujuan aku buat contest ni untuk menggalakkan lebih ramai insan-insan yang ada extravaganza lelemak tu dapat selim-melim berpenampilan menarik di hari raya nanti. Yang paling penting bila berat badan berkurang kita semua akan sihat walafiat insyallah.

Segala pertanyaan dan penyertaan email terus ke inbox aku intandayani@gmail.com segera. Lebih ramai yang join lebih mencabar untuk kita semua. Jumlah hadiah akan aku maklumkan dalam entry seterusnya.

So marilah sama-sama menyahut cabaran aku ni sebagai tanda sokongan korang pada aku.


Bagi meleleh air liur orang kampung tengok korang dah slim river balik raya nanti