ADANI AKIKO SHOP

Agen sah Fame Cosmetics, Melure Perfume dan produk kecantikan Seqy Beauty. Untuk merasai kehebatannya hubungi 018-7746645. Tester disediakan untuk anda sekitar Putrajaya.

Tuesday, September 29, 2015

Because today is my birthday..

Today is my birthday!!!
Happy birthday to me..
Tiup lilin letrik da sambung semula..


Semoga dengan pertambahan umur ni aku menjadi semakin matang menghandle apa jua rintangan yang mendatang.
Semoga aku semakin sabar dengan segala tahap stress.
Semoga aku istiqomah menjaga solat wajib & sunat aku.
Semoga aku semakin ringan tangan bersedekah.
Semoga aku jadi anak, isteri dan ibu yang terbaik buat mereka yang aku sayang.
Semoga aku rajin, amanah & cepat dalam melaksanakan tugas-tugas kat pejabat maupun kat rumah.
Semoga aku menjadi lebih baik dari 30 tahun yang lepas.

So sempena hari kelahiran aku arini aku rasa i'm blessed..

Pertama

Bukak google arini tulisan google tu jadi kek.
Terus tengok pc orang lain.
Diorang sume takde GOOGLE bentuk kek..
Ouchh google ni buat aku terharu tau.

Kedua
Ni pun buat aku terharu giler.
Tq sebab mengiktiraf 29 September sebagai Hari Kopi Antarabangsa..
Mane diorang tau aku aku ni suke nau nau dengan kopi nih?
Pastu pilih tarikh sama dengan birthday aku lak tu..
Malu ahkak...(bluekkk perasan)

Begitulah saja ucapan saya pada hari ini.
Arini birthday saya so saya tak boleh buat entry panjang-panjang.

Monday, September 21, 2015

Resepi sambal daging

Setiap kali masak sambal daging sebenarnya baru bape kali je aku masak sambal daging lepas 7 tahun kawin ni.
Sebab aku jarang masak sambal daging adalah kerana Nas.
Dia asam pedas ayam pun dia rasa pelik.
Pastu makan ala kadar je.
So aku tengok pun sakit hati baik tak yah masak.
Hahaha kadang-kadang kita nak jugak hamburan puji-pujian dari mulut husband kita kan?
Tapi ko jangan harap sangat lah orang laki ni nak puji ko masak.
Susah sangat ok.
Susah dia macam ko nak pakai jugak jeans yang dah sempit.
Haaa camtu sekali dia punya perumpamaan.

Tapi aku memang suka sangat dengan asam pedas ayam or sambal daging ni.
Dah sampai tahap asyik teringat menjejes air liur aku masak je.
Ko tak nak makan aku nak makan..
Hahaha bini dah bertukar kejam.

Sambal daging ni ada 1 kenangan yang asam nak masak je or tengok orang pos mesti terkenang.
Kenangan tu bila arwah bapak aku masakkan aku sambal daging yang pertama dan yang terakhir untuk aku.
Arwah tau yang aku suka makan sambal daging.
So balik dari sekolah masa tu die buat surprise.
Arini abah masakkan angah sambal daging.
Aku ingat lagi reaksi aku masa tu.
Terkebil-kebil pastu cakap sedapnya.
Kitorang adik beradik memang tak rapat langsung dengan arwah abah.
Pada aku benda tu bila aku terkenang balik memang benda paling touching la.

So arini aku nak share resepi sambal daging aku.

1/2 kilo daging
5 ulas bawang kecik
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
Serai sebatang diketuk
Asam jawa sesudu(dengan biji)
3 sudu cili kering yang dah blend

Daging rebus sampai empuk
Tumis bawang-bawangan yang dah ditumbuk tadi.
Tumis sampai naik bau.
Masukkan cili blend tadi tumis sampai pecah minyak.
Masukkan air asam jawa.
Pastu terus masukkan daging.
Perasakan dengan garam dan aji.
Masak sampai kering tahap kesukaan sendiri.





Step ikut arah pusingan jam.

Apa ada di sebat.

Hargailah insan yang tersayang

Entry petang ni dalam hujan lebat kat luar dengan guruh dentam dentumnya.
Cerita ni melibatkan 2 orang yang aku tak kenal rapat pun.
Cume kenal sebab dia sama-sama geng Nas zaman muda muda belia dulu.
Dedua dah kawin.
Dan dedua sekarang duda hot.
Hot ke?
Ok la ade market.

Yang sorang kematian isteri dalam 3-4 bulan lepas tak silap aku.
Aku tak berapa tahu dan memang tak rapat langsung.
Wife dia koma dalam 2 minggu lebih.
Masa tu cuaca Malaysia tersangat panas.
Punca mungkin sebab heat stroke.
Tapi pengakhiran arwah(wife dia) buat aku cemburu.
Betapa suaminya merahmati hidup dia sepanjang perkongsian hidup diorang.

Sementara pengakhiran aku belum pasti 

How much he's love his late wife

Dapat jugak dia tukar demi nak besarkan zuriat amanah Allah.


Yang lagi sorang pun aku tak pernah tegur.
Aku tau dia dengan ex-wife dia dah berpisah pun dari facebook.
Aku panggil dia T la eh.
Semalam temankan Nas pergi gig terjumpa dia kat sana.
(Bila aku sebut gig tolong jangan pikir tempat tu teruk sangat walaupun penuh dengan manusia berpakaian hitam.)
Kalau aku pergi sekali bermakna Akiko pun akan ada sekali.
 Si T ni nampak aku lepak ngan Kiko.
Dia datang acah-acah Kiko.
Layan Kiko merayap.
Pastu dia bersuara aku rindu anak aku.
Anak dia sekarang duduk dengan ex-MIL dia.
Die sebut Allahhuakbar.
Tapi lafaz dia tu penuh dengan rasa sebak.
Dah sebulan tak jumpa anak dia.
Dia luahkan yang dia sekarang dalam proses untuk menuntut hak penjagaan.
Aku yang macam shocked sebab dia tetiba borak ngan aku padahal kitorang tak pernah tegur pun.
Aku sempat la cakap 'takpe slow-slow'.
Hahaha tak membantu langsung kot.
Sebenarnya dia bebas je nak jumpa anak dia cuma mungkin bila berjauhan terpisah rasa rindu tu Allah je yang tau.
Aku kagum dia dah berubah.
Hidayah Allah.
Alhamdulillah dalam dia diuji dia sedar dan ingat yang Allah tu ada. 

Kesimpulannya hargailah pasangan dan anak-anak kita ketika diorang masih ada.
Boleh jadi kita rasa semak bila diorang ada.
Tapi bila Allah dah tarik pinjaman dia yang ni baru kita sedar.

Saturday, September 19, 2015

Khas buat sahabat-sahabatku

Hahahaha 
Ok sebelum nak cerita gelak dulu boleh?
Aku teringat zaman muda-mudi dulu.
Takdelah muda-mudi sangat kot time tu.
Tapi aku ni sebenarnya orangnya jenis suka gelak pastu suka ngusik orang.
Hehehe caya tak?
Tapi walaupun aku camtu aku cepat stress..
Tu paling aku menyampah.
Teringat aku kengkawan yang sama-sama sewel dengan aku.
Kerja nak gelak je.
Antara kawan yang boleh gelak sekali sedih sekali adalah mereka ni.

 Sama saiz hahaha pandai aku carik geng

 Yang ni tak sama saiz tapi ada kisah yang sama yang buat kitorang rapat.

Si tudung coklat tu zaman anak dara je tak sama saiz tapi sekarang kalah sikit je dari aku.

Huwarghhh rindunya dengan korang semua.
Rindu nak membongak dengan korang.
Gelak memasing hadoi gamat.
Tapi sekarang masa dah berlalu kita bawak haluan masing-masing.
Tapi buddies takkan terpisah.
Jauh di mata dekat di hati.

Bila tengok benda ni buat aku senyum sendiri terkenangkan zaman muda remaja dulu.
Ditakdirkan aku jumpa diorang ni lepas aku dah kawin.
Tu semua tak menghalang aku untuk berlagak muda.
Tengok muka aku tegang je kan sebab banyak gelak bila duduk dengan diorang ni.

Korang aku doakan persahabatan kita berkekalan.
Semoga sahabat-sahabat aku ni di limpahi rahmat dari-Nya.
Yang mana belum bertemu jodoh mudah-mudahan Allah pasangkan korang dengan teman yang baik-baik.
Yang belum dapat kerja tetap insyallah rezeki korang tak lama je lagi tu nak dapat.
I miss u all

Friday, September 18, 2015

Tengok hottest chef ni buat aku menyesal makan

Rata-rata blogger mummy yang aku follow akan memasak.
Ada yang masak cincai-caincai je tapi dek kerana ambar-gambar yang dia snapped tu kebaboom terus rasa nak jilat desktop lagi-lagi time tengah lapar nak kunyah cuping telinga orang.
Aku sendiri pun memasak setiap hari kadang-kadang je cuti.
Tapi aku snap gambar masakan aku asal boleh je pastu tepek resepi.
Perasan sangat la masakan aku tu sedap.Hahaha
Confident tu penting.
Kalau orang cuba dia kata tak sedap tu maybe bukan citarasa dia.
Alah chef-chef yang kita tengok dok keluar tv tu pun resepi yang dia share belum tentu kena dengan tekak kita walaupun kita ikut sebijik sebijan kan?
Lagi satu cara masak orang ni lain-lain.
Contoh masak lemak cili api ada yang panggil gulai.
Nama pun dah lain cara masak pun lain-lain gak walaupun bila tengok eh sama jela.
Untuk orang yang kaki bedal benda tu maybe nampak sama rasa pun takdelah jauh sangat beza.
Tapi bagi kaki makan yang betul-betul menikmati setiap makanan yang masuk mulut dia mesti boleh bezakan ingredient cara masakan sesuatu makanan tu.
Macam masak lemak cili api setahu aku tak perlu ditumis dan bahan paling utama dia adalah kunyit hidup, cili api dengan santan.
Cara memasak pun takde proses menumis.
Lain pulak dengan gulai.
Gulai setahu aku memang kena tumis untuk dapatkan aroma yang menambat hidung.

Aku ni ilmu masak-memasak aku tak sampai tahap ke langit lagi.
Tapi setakat nak memasak untuk family tu lepaslah.
So nak sampai tahap dipanggil chef tu memang jauh oanggang dari api.
Tapi insyallah sape tau lama-lama nanti boleh sampai tahap tu kan?

Cuba korang petik nama chef perempuan yang meletop kat TV kalau asal rancangan masak-masak je dia.
Aku bagi contoh Chef Anis Nabilah.

Pic kredit to google.

Aku yakinlah mesti ada cik abang-cik abang kita yang dulu bila bini bukak channel masakan mengeluh "awak ni takde ceghite lain ke nak tengok. Asik-asik rancangan memasak. Awak masak lagu tu jugak ghasenya.."
Tapi tetiba satu hari tu bini bukak channel masakan yang Chef Anis Nabilah ni hoskan.
Tetiba pulak cik abang tu tak bersuara pastu dia pulak lelebih duduk paling depan sebabnya Chef AN ni lawa terlajak hot and spicy lagi.
Hahaha.
Kerjaya chef bukanlah sinonim dengan bentuk badan peti ais lagi dah.
Banyak chef-chef wanita sekarang yang hot and spicy bak kata ko.
Nak tengok chef seluruh dunia mana lagi yang hot and spicy cer tengok kat sini.
Memang terlajak hot.

Monday, September 14, 2015

Kenangan

Aku baru je BW kat blog FL entry pasal pjj dengan husband dia.
Terus aku teringat masa memula dapat kerja government tengok offer letter kena lapor diri kat Jabatan Kesihatan Negeri Negeri Sembilan (JKNNS).
Masa tu ingat ofis nanti kat Bandar Seremban tu je.
Dah nak cari rumah sewa dah tapi bila call sana diorang cakap masa lapor diri tu nanti akan ditetapkan hantar ke mana-mana hospital, pejabat kesihatan atau klinik kesihatan sekitar N9.
Perghhh masa tu risaunya Allah je yang tau.
Yela masa tu kitorang takde kereta sendiri.
Tak nak pergi kang sampai bila-bila takde kerja tetap.
Lagipun aku ni bukannya berkelulusan tinggi yang membolehkan aku untuk buat pihan ape je kerja yang sesuai dengan kelayakan aku.
So terima dengan hati terbuka berkorbanlah sikit.
Lagipun kerja gomen ni boleh mintak transfer melainkan ko lantikan negeri macam majlis daerah tu.
So 18.7.2011 mak ayah tiri aku dengan husband hantarkan aku lapor diri kat JKNNS.
Gerak lepas subuh sampai Seremban dekat-dekat kul 9.
Dalam kul 10 lebih camtu dapat surat penempatan.
Sekali bukak dapat kat Hospital Kuala Pilah atau nama komersial Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAJ).
Aku ni adalah fobia dengan hospital.
Setiap kali aku masuk hospital melawat orang first aku akan tanya mana rumah mayat?
hahahaha penakut giler weyh aku dulu.
Sekali bila tau dapat hospital aku punya berdebor sampai ke malam.hahaha teruk sangat masa tu.
Sampai kat hospital tu cam biasa la terus diorang tetapkan nak letak kat unit mane ape semua.
Masa lapor diri tu ada dalam 6 orang sama-sama dengan aku haritu.
Aku dapat kat pendaftaran masuk yang kena kerja 3 shift pagi petang malam.
Malam la struggle sikit sebab start kul 9 abis kul 7 pagi.
Malang menimpa-nimpa ni dah la dapat hospital kena kerja shift pulak dan yang lebih malangnya bilik daftar masuk tu dekat sesangat dengan bilik mayat.
Haaa pitam dah aku.

Iols redho jelakan.
Aritu jugak kena cari rumah sewa.
So tanye-tanyelah staf kat situ kalau tau kat mana ada rumah sewa ke bilik sewa.
Alhamdulillah dapat la bilik sewa sekali dengan staf HTAJ tu jugak dekat jugak kalau nak jalan kaki.
Dalam 10-15 minit ikut tahap kepantasan kaki berjalan.
So ada la dalam dekat setahun aku berjalan kaki ulang alik kerja.
Ikut schedule kerja aku akan kerja straight 9 hari shift pagi petang siang malam kadang ada yang tak kerja kena la double shift.
Cukup 9 hari kerja aku akan balik Putrajaya.]
Biasanya 3 hari sebelum cuti memang kena kerja shif malam untuk membolehkan dapat cuti straight 3 hari sebelum masuk kerja semula shif petang start kul 2.

First week kerja tu aku kerja office hour lagi tuk belajar.
Pastu bermula episod kena kerja shif.
Shif pertama aku adalah shif petang.
Bermakna aku kena balik kul 9 malam.
Wat-wat lek kul 5 ramai yang dah balik mula la terasa sunyi pastu patient pun tak berapa nak meriah kalau register pun kes datang dari emergency or bersalin kadang ada gak dari Hospital Jempol khas tuk kes berat.
Masuk maghrib aku dah cam nak kencing pun tahan ni.
Dalam bilik tu memang takde toilet so nak membuang ke hape silalah tumpang toilet kat emergency tak pun kat x-ray yang memerlukan aku untuk keluar ikut pintu belakang yang mana kalau keluar tu mesti akan nampak bilik mayat.
Tahan-tahan nak meletup dah pundi kencing.
Fuhh lega dah kul 9 cepat-cepat punch kad singgah toilet jap terus balik tanpa menoleh ke bilik mayat.
Hahaha terasa cam bodoh lak bila ingat-ingat balik.
Memang nak kena duga lagi sampai je kat laluan susur gajah tu van mayat lalu.
Choiii dah la jalan sorang.
Memang ada orang meninggal maghrib tu.
Ape lagi berjalan sepantas mungkin tuk sampai kat jalan besar.
Fuhhh selamat sampai rumah terus mandi makan maggi tidur sok nak masuk pagi lak shif kul 7.

Aku terus bekerja dengan jayanya tanpa sebarang gangguan alhamdulillah.
eh chop chop ada sekali tu shif malam aku dengar ada suara panggil nama aku Yaniii..
Ok meremang bulu roma...
Suara seorang makcik kebetulan memang ada makcik baru meninggal kat emergency tak lama sebelum tu.
Ni bukan rekaan sebab nak sedap kan cerita ye.
Memang aku dengar tu bukan dalam kepala tengah pikir pape yang bukan-bukan.
Aku cari-cari gak kot ada orang ke kat luar bilik tu.
Tapi memang takde sape dan waktu tu baru kul 10 lebih camtu.
Makcik yang meninggal tu kalau ikutkan bukan shif aku tapi prosedur kalau orang meninggal memang staf akan biarkan dalam sejam camtu sebelum bawak ke bilik mayat.
Partner aku lak malam tu lelaki kalau dengan dia time-time camtu die akan keluar jap beli makanan.
Ape aku buat lepas dengar suara tu???
Aku pasang mp3 agak kuat gak sebab nak hilangkan rasa takut.
Pastu boleh lak ada staf dari labour room datang nak register patient baru masuk tetiba muncul kat kaunter.
Hoiii nak gugur jantung aku time tu.
Tu la satu-satunya pengalaman buruk aku.
Alhamdulillah lepas-lepas tu takde da.

Tugas kat situ bukan setakat register patient je tapi kena terima bayaran duduk wad bayaran penggunaan ambulans dengan kenderaan jenazah atas request waris patient.
Lagi satu kalau ada waris patient yang meninggal kena call staf bailik mayat yang on call tuk pengurusan.
Yela hospital daerah kan so staf bilik mayat tu hanya akan kerja time office hour je so malam diorang on call.

Dalam setahun aku kat sana aku amik driving license yang memerlukan aku repeat drive kat jalan raya sebanyak 4 kali.
Penyebab aku kena repeat sampai 4 kali sebab aku fobia dok atas jalan raya.
Aku fobia dengan accident.
So bila kena drive tu aku punya jantung mesti berdegup kencang.
Tu yang kemain lama nak dapat lesen tu.
Alhamdulillah akhirnya genap setahun aku kat Kuala Pilah akhirnya aku dapat driving license terus pergi beli kereta bermodalkan personal loan untuk bayar deposit.
Jujurnya aku bercerita.
Aku tak kisah nak share kat sini biar orang tau yang aku bermula dari zero aku bukan orang senang lahir-lahir selimut duit.

Bila pjj dengan husband ni sayang tu berbunga-bunga.
Masa dapat kerja tu usia perkahwinan kitorang dah 3 tahun lebih pastu belum dikurniakan zuriat lagi.
Bukanlah aku nak cakap perkahwinan aku ada masalah sepanjang perkahwinan tu cuma tak sehangat masa mula-mula kawin.
So bila jauh-jauh baru ada rindu.
Bila dapat cuti tu tak sabar nau nak balik.
Dalam setahun pertama tu pas abis shif malam aku cepat-cepat tunggu bas kat depan hospital.
Naik bas sampai komuter Seremban.
Naik komuter sampai Bandar Tasik Selatan tukar lak ERL sampai Putrajaya.
Naik pulak bas.
Masa tu takde motor lagi.
Buat personal loan aku beli motor cash so bila sampai Putrajaya Sentral Nas jemput kalau dia tak kerja shif pagi haritu.
Dapat driving license terus keluar kereta myvi kesayangan aku tu.
Bawak kereta pulak sekarang.
Masa tu belum dapat tukar sebab takde kekosongan kat Putrajaya.

Rasa nak sambung kemudian lah cerita kenangan aku ni.
Tunggu next entry ye



Sunday, September 13, 2015

Rendang daging dengan paru style N9

Sape suka makan rendang?
Aku suka jugak tapi tak suka makan dengan nasi.
Kena makan dengan nasi impit gak.
Yela kadang-kadang kalau buat hari biasa memang cam malas sikit nak rebus nasi impit..
padahal bole buat sambil dukung anak je kot.
Kalau dah dasar femalasss memang banyak alasan..

Rendang pun ada macam-macam style kan?
Ada yang guna cili kering campur jintan biji ketumbar letak lak 4 sekawan tu.
Aku serius tak pandai nak masak rendang camtu.
Yang aku reti dan suka makan adalah rendang yang cuma guna bahan-bahan kat pic bawah ni.

Percayalah itu je bahan yang aku guna tapi dah 2 3 orang yang makan tanya resepi. 
Cili api, kunyit hidup, serai, halia dengan lengkuas.

Aku campurkan paru dengan daging keringkan air daging tu.
Ni daging dalam sekilo paru setengah kilo.

Dah kering camni masukkan bahan-bahan dalam pic kat atas tadi yang kita dah blendkan.

 Masukkan santan secukupnya.
Nak rasa berlemak santan kena lebih.
Ni aku guna santan kotak kecil tu 2 kotak jenama M&S.
Masak sampai kering.
Jangan lupa masukkan garam dengan aji.

Ni lah potluck aku tuk dijamukan kat geng ofis.



Saturday, September 12, 2015

Fiesta Kenali Ubat Anda 2015


Hai kengkawan blog yang kukasihi..
Hahaha ayat nye tu pun haiii
Unutk korang yang berkelapangan pada 19 September ni yakni Sabtu minggu depan luang-luangkan lah masa untuk ke Shah Alam Convention Centre untuk beramah mesra dengan ahli farmasi.
Masa ni lah kita nak guna untuk kenal ubat-ubatan yang kita or relatives kita agar tiada kesilapan terlebih dos ke tersilap amik ubat ke.
Yela kita ni kadang ada sejenis penyakit iaitu penyakit malas nak pegi klinik.
Search je kat internet simptom-simptom penyakit kita tu agak-agak match kita pun taram kita sakit sekian-sekian.
Pergilah ke farmasi macam guardian ke watson yang kebetulan masa tu takde farmacist sekali makan ubat tu muke jadik belon.
Tak pun beli ubat orang jual online makan badan jadik sado tetiba (kalau sado cam Shaheziey Sam meleleh gak aku bapok tengok).
Pernah k makcik aku makan ubat yang makcik aku lagi sorang recommend untuk sakit lutut.
Alih-alih muka dia bengkak mata sepet tetibe.
Nasiblah takde jadik pape dia dah la semput melampau.

So sape yang berkesempatan dan berkelapangan hari tu jom pergi "Fiesta jom kenali ubat anda 2015" nanti.
See you there 

Friday, September 11, 2015

Cara aku jimatkan minyak

Sape ingat masa harga minyak/petrol ron 95 naik sampai RM 2.26/liter dulu?
Masa tu dekat fb viral la tips penjimatan minyak.
Antara yang aku ingat lagi:
- Isi minyak ron 97 sebab lebih banyak kilometer dibandingkan dengan ron 95.
  Ni contohnya:

- Bila isi minyak biar hos tu tegang.
Teruk sangat camni...hahahaha (pic dari google)

- Drive dengan speed yang sama

- Sebolehnya jangan jadikkan kereta sebagai stor bergerak kita

Tu yang aku ingat la sebab tu je yang aku amalkan.
Cuma takdelah aku tiru aksi minah kat pic atas tu..
Malukan laki den yo nanti.

Tapi serius kalau isi minyak dengan ron 97 walaupun mahal sikit tapi minyak tahan lama then kalau drive tu bila tekan minyak rase smooth je.
Kira cam pedal minyak tu bila tekan rase lembut je..
Macam pijak sponge bob kekdahnya.
hahaha

Check ni kot korang pernah buat ke mase isi minyak Pernah tak buat perkara ni masa isi minyak kat Petronas?

Tuesday, September 8, 2015

IKEA FREE 2016 IKEA Catalogue Giveaway Deliver to Your Doorstep

Ye aku tau ramai sesangat kat sini yang giler barang Ikea.
Kalau boleh nak pindah rumah dok sebelah Ikea so boleh pergi hari-hari macam pergi pasar.
Tak beli dapat jamu mata pun dah ok.
Aku memang dapat tengok katalog pastu berangan dapat set macam dalam tu letak kat rumah pun dah cukup bahagia.
Katalog Ikea tak silap aku kena purchase kan?
Kalau ada yang nak bagi free korang nak tak?
Meh aku nak share Ikea nak edarkan 8000 katalog tahun 2016 secara percuma je.
Nak dapat cane?
Sape cepat dia dapat.
Jom kite cipta angan-angan bersama.

Monday, September 7, 2015

Selamat berkhidmat semula untuk diriku


Ni salah satu produk kegemaran aku.
Lama sungguh tak guna sebab ada satu ketika dulu aku rasa sangat-sangat pembaziran.
Yela masa tu muda remaja kulit pun tegang lawa.
Lawa sangat tu tak la tapi aku puas hati la tengok kulit muka aku.
La ni kulit muka kusam dark circle kering tona tak sekata eh semua la..
Aku dah mula risau lagi-lagi bila tengok gambar sendiri rasa down sesangat.
Aritu pergi Alamanda dengan officemate aku.
Sekali ternampak la 2 orang gadis ni.
Aku:Cantiknya kulit diorang.
Dia:Alah pakai foundation boleh la.
Dah ko beli masker Mary Kay tu taknak guna. 
Ko harap kulit ko berubah cantik sendiri memang tak la.

Ye aku tak nafikan aku dah abaikan penjagaan kulit aku sekarang.
Sejak ada anak lagi la terabai tak sempat aku nak membelek.
Dapat mandi pun bersyukur.
So aku mula beli sikit-sikit produk dan guna sikit-sikit untuk pulihkan semula tekstur kulit aku.
Biar confident lebih depan laki sendiri.
Umur dah 31 ni ade sikit kegentaran kat hati takut laki pandang yang lain.
Normal ke eh?



Friday, September 4, 2015

Bertukar header blog

Perasan tak aku dah tukar pic header tu.
Tq kat Sue-suesukasusun sebab di hari Jumaat yang mulia ni die dah sedekahkan header untuk reader blog die.
Sue ni pandai makeover blog tau..
Kalau nak gunakan khidmat dia bole terus klik sini untuk menggunakan khidmat dia.
Harga pun sangat berpatutan.

Sue payung cenggini

Aku edit sket jadik cenggini..
Ok la kan dari takde.

Pengasingan sisa pepejal

Rasanya ramai dah tau yang 8 buah negeri dah diwajibkan mengasingkan sisa pepejal berkuatkuasa 1 September 2015.
Buat masa ni tiada sebarang kompaun dikenakan kalau kita gagal melaksanakan penguatkuasaan ni.
Tapi mulai 1 Jun 2016 dah jadi wajib.
Kompaun sebanyak RM50 ye uols.
Antara negeri yang terlibat opkos la Putrajaya dan lain-lainya KL, N9, Melaka (Kak Malinda jangan nak ngelat ye...hahahah), Johor, Pahang, Perlis dan Kedah.
Kalau aku tanya sejauh mane pengetahuan korang pasal sisa pepejal ni berape percent agak-agaknye pengetahuan tu?
Ok jujur aku sendiri masih keliru macam mana nak asingkan betul-betul ikut ketegori mana plastik mana kaca mana tin.
Alah tu pun tak tau ke?
Bukan tak tau tapi pendedahan ilmu pasal recycle ni masih cetek.
Ok lah meh nak share ilmu pasal pengasingan sisa pepejal ni semoga boleh dijadikan panduan kita nanti.



Sisa ketogori ni akan dilupuskan dekat tempat pelupusan dan kutipan akan dibuat 2 minggu sekali.



 Yang ni kumpul g jual dapat gak duit semula...boleh beli jajan
Boleh wat recycle macam-macam deko gunakan botol plastik.

Nah boleh tanam sayur ke ape kan.
Pic dari google






Pasni hafalkan colour tong ni ikut ketegori ye




Rasanya tak susah mana pun.
Buatlah sekarang demi kepentingan generasi akan datang.

Nota kaki:
Masa aku dok kat Keramat AU2 dulu kat flat Columbia blok D tak silap memang ramai orang Indonesia.
Diorang ni agak pengotor ludah sane ludah sini.
Pastu sampah lak suka je dok buang dekat sungai depan blok tu.
Bayangkan sofa pun diorang boleh humban kat sungai.
Ni betul-betul akunampak depan mata.

Thursday, September 3, 2015

Tips pemakanan sihat

Kebanyakan aku tengok geng-geng blog memang kaki masak.
Kejap-kejap post menu masakan.
Eh ke aku yang suka wat entry makanan?
Well hidup kenalah makan kan?
Tapi adakah kita lebih suka makan di luar atau masak sendiri kat rumah?
Kalau macam kita wanita bekerjaya ni (chewah macam pangkat ko besau jerk kan?) balik kerja sampai rumah dah kul 6.
Yang dah ada anak tu pulak nak kena utamakan anak.
Suami pun nak kena layan jugak.
Kena buatkan air tuk die walaupun air jer.
Kalau rase nak masak lewat sikit bancuhlah cekodok sikit.
Bolehlah masak untuk dinner lewat sikit pas maghrib.
Tapi macam aku makan kat rumah boleh makan kat laur pun boleh.
Kalau dah keluar tu sah-sah la akan makan kat luar.
Takdenye gigih nak bawak bekal dari rumah.
Melainkan kalau nak g beriadah kat mane-mane.
So aritu postmaster/email edarkan faedah dan panduan makan di rumah.
Aku pun jadikkan lah modal untuk share dengan reader-reader kesayangan supaya dapat manfaat bersama.

 Dalam sehari mesti nak pastikan ada masa makan bersama. Best bila dapat dok makan semeja dengan family members.

 Bila dah masak kat rumah tu mestilah kita dapat pastikan bahan-bahan yang kita gunakan masih elok segar untuk masakan kita.
Takdelah food poisioning.
Sakit hoiii food poisioning nih.

 Sebolehnya kita kawallah penggunaan gula garam minyak dalam masakan kita.
Kalau nak menumis sambal tu memanglah kena guna minyak banyak baru cili masak dengan sempurna tapi pas masak tu buanglah minyak yang meladung tu kan.

 Memang kalau masak kat rumah kita ada pilihan untuk gantikan bahan masakan kita kepada bahan yang lebih sihat. 
Macam beras putih kita boleh gantikan dengan beras perang yang lebih berserat dan kurang kanji. Santan pulak ganti kepada susu rendah lemak.
Hidangan sayur pun kita boleh pelbagaikan.
Macam aku kalau masak gulai aku suka masukkan sayur sekali dalam tu..hahaha aci tak?
Buah je aku jarang-jarang beli.

Nak berubah memang perlukan masa apatah lagi lidah kita dah biasa makan makanan bergoreng bersantan masin-masin ni kan?
Untuk permulaan kita kurangkan pengambilan kalau dulu setiap kali makan nak kena ada ayam/ikan goreng.
Sekarang gantikan dengan ayam/ikan grill pulak.
Kalau kena cara yang grill tu lagi sodap.

Wednesday, September 2, 2015

Almaeda Arab Cuisine, Ayer 8

Aku ngan Nas memang kaki nasi arab.
Aku kurang sikit kot tapi Nas memang seminggu sekali sebut nak makan nasi arab.
Nasi arab tau jela sekali makan berdua pun dah RM50++..
Tapi sekarang kitorang dah jumpa port baru sedap kena ngan selera aku sekali makan baru RM30++ kalau order nasi mandy ayam la.
Yang penting no GST and service charge.
Ape ko makan itu ko bayar.
Dalam seminggu lebih 3 kali kitorang pergi.
Restoran ni memang agak tersorok sebab lokasi dia dekat LG Ayer 8.
Walaupun tersorok restoran ni menghadap tasik Masjid Besi Putrajaya.


 Senarai menu page 1

Senarai menu page 2

First time datang kitorang try ni makan bertiga cukup.kenyang

Tau restoran ni wujud pun masa tu lepas bawak mak aku shopping kat Mydin.
Mak aku cakap kita makan kat luar jela malas nak masak tengahari ni.
Bila ade mak ni lah nak manja-manja makan masakan mak.hehehe
Ok jom bawak mak kat tempat baru.
Dah 2 kali die datang makan kat Laman Perdana sebelah JPM tu.
Masa makan kat Laman tu mak aku nak makan satay tapi masa tu order tak siap-siap.
Order satay pun tuk sampingan je.
Memandangkan malam tu tak dapat makan jom kita cari kedai yang de jual satay.
Giler ko makan satay tetengahari cam pelik lak aku rasa.
Sampai Ayer 8 kitorang masuk Teh Tarik Place kat ground floor sebelah Bank Rakyat.
Dah duduk pun tunggu waiter anta menu tapi da dekat 5 minit tunggu waiter buat cam tak nampak je plus tak tau nak makan ape kat sane kitorang pun decide keluar.
Try kita pegi LG lak tengok ape ade.
Sekali nampak kedai nasi arab.
Aku tanya kat mak die boleh ke makan nasi arab sebab ni first time try.
Mak pun kata ok so on jela makan kat Al Maeda ni.

See takde tax ape-ape pun

 Kali ni datang bawak adik ngan wife die yang tengah sarat tu.
Mak aku la mase first time makan tu die dah sebut ok nanti kita ajak Wan makan sini lak.
Kena la selera mak aku yang first time makan nasi arab.

Tukang amik gambar menyorokkan diri

Belanja muka tuan blog dengan anakanda

Mummy and daddy to be
Try pulak order kambing pun sedap lembut

Tengok mak aku beria mencedok banyak mak aku makan.Die lately tak bape nak selera makan maybe faktor umur kan.

Dikenalpasti sebagai hantu nasi arab.Die je tambah samapi 3 kali okeh

Budak ni pun same cam bapaknye nampak nasi sampai bising mulut nak mintak suap kat die..

 Foto kami sekeluarga.Makan haritu ditaja oleh encik suami yang perniagaan bundlenya masyuk.
Alhamdulillah semoga semakin maju jaya.

Tq D sebab masih meletakkan kami anak bini dalam hati kamu..
Auwwww 

Banyak die makan malam tu. 
Asal aku suap die nganga