ADANI AKIKO SHOP

Agen sah Fame Cosmetics, Melure Perfume dan produk kecantikan Seqy Beauty. Untuk merasai kehebatannya hubungi 018-7746645. Tester disediakan untuk anda sekitar Putrajaya.

Wednesday, September 2, 2015

Almaeda Arab Cuisine, Ayer 8

Aku ngan Nas memang kaki nasi arab.
Aku kurang sikit kot tapi Nas memang seminggu sekali sebut nak makan nasi arab.
Nasi arab tau jela sekali makan berdua pun dah RM50++..
Tapi sekarang kitorang dah jumpa port baru sedap kena ngan selera aku sekali makan baru RM30++ kalau order nasi mandy ayam la.
Yang penting no GST and service charge.
Ape ko makan itu ko bayar.
Dalam seminggu lebih 3 kali kitorang pergi.
Restoran ni memang agak tersorok sebab lokasi dia dekat LG Ayer 8.
Walaupun tersorok restoran ni menghadap tasik Masjid Besi Putrajaya.


 Senarai menu page 1

Senarai menu page 2

First time datang kitorang try ni makan bertiga cukup.kenyang

Tau restoran ni wujud pun masa tu lepas bawak mak aku shopping kat Mydin.
Mak aku cakap kita makan kat luar jela malas nak masak tengahari ni.
Bila ade mak ni lah nak manja-manja makan masakan mak.hehehe
Ok jom bawak mak kat tempat baru.
Dah 2 kali die datang makan kat Laman Perdana sebelah JPM tu.
Masa makan kat Laman tu mak aku nak makan satay tapi masa tu order tak siap-siap.
Order satay pun tuk sampingan je.
Memandangkan malam tu tak dapat makan jom kita cari kedai yang de jual satay.
Giler ko makan satay tetengahari cam pelik lak aku rasa.
Sampai Ayer 8 kitorang masuk Teh Tarik Place kat ground floor sebelah Bank Rakyat.
Dah duduk pun tunggu waiter anta menu tapi da dekat 5 minit tunggu waiter buat cam tak nampak je plus tak tau nak makan ape kat sane kitorang pun decide keluar.
Try kita pegi LG lak tengok ape ade.
Sekali nampak kedai nasi arab.
Aku tanya kat mak die boleh ke makan nasi arab sebab ni first time try.
Mak pun kata ok so on jela makan kat Al Maeda ni.

See takde tax ape-ape pun

 Kali ni datang bawak adik ngan wife die yang tengah sarat tu.
Mak aku la mase first time makan tu die dah sebut ok nanti kita ajak Wan makan sini lak.
Kena la selera mak aku yang first time makan nasi arab.

Tukang amik gambar menyorokkan diri

Belanja muka tuan blog dengan anakanda

Mummy and daddy to be
Try pulak order kambing pun sedap lembut

Tengok mak aku beria mencedok banyak mak aku makan.Die lately tak bape nak selera makan maybe faktor umur kan.

Dikenalpasti sebagai hantu nasi arab.Die je tambah samapi 3 kali okeh

Budak ni pun same cam bapaknye nampak nasi sampai bising mulut nak mintak suap kat die..

 Foto kami sekeluarga.Makan haritu ditaja oleh encik suami yang perniagaan bundlenya masyuk.
Alhamdulillah semoga semakin maju jaya.

Tq D sebab masih meletakkan kami anak bini dalam hati kamu..
Auwwww 

Banyak die makan malam tu. 
Asal aku suap die nganga








BOROS???Jom kawal cara Islam

Pic aku snap dari paper Utusan Malaysia 

Benarlah Islam agama yang mengajar apa pun tatacara kehidupan sampaikan nak berbelanja pun Islam ajar cara supaya kita tak boros.
Asalkan dibaca dengan yakin dan penuh pergantungan kepada Allah maka dengan doa ni akan menjadi sebaik-baik cara mengawal sifat boros kita dan kerambangan mata kita bila tengok sane sale sini sale.
Cara dia senang je sebelum melangkah masuk mall tu ke sebelum login id dengan password masa shopping online baca ayat ni dulu.

"Tiada Tuhan melainkan Allah, Yang maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya, Keupayaan-Nyalah segala kerajaan dan  milik-Nyalah segala pujian. Dia yang menghidupkan dan Dia yang mematikan. Di dalam tangan-Nyalah  segala kebaikan dan Dia berkuasa atas segala-galanya."



Creamy carrot soup


Dah lama je aku try buat creamy carrot soup ni.
Memula cadang nak buat creamy broccoli soup tapi broccoli masa tu tertinggal kat ofis so kita guna jela ape je sayur yang ade kat rumah.
Kalau kat rumah korang ade daun pegaga je nak try buat pun ape salah.
hahahaha
Tapi belum ade lagi la creamy soup ni guna ulam-ulaman macam petai ke jering.

Seriously memang sodap aku jamin.
Senang pun senang.
Ok jom tengok resepi.

Creamy soup:
Rebus seketul ayam bersama sayur-sayur yang korang nak masukkan.
Rebus sampai empuk.
Potong dadu bawang holland.
Tumiskan bawang holland dengan butter.
Masukkan bahan rebusan tadi pastu susu cair setengah tin.
Kacau selalu untuk elak susu bergentel.
Tutup api lepas mendidih.
Masukkan garam secukup rasa.
Blend semua bahan tadi.
Siap untuk dinikmati.

Butter bread finger:
Sapukan butter dekat sekeping roti.
Potong lapan.
Panaskan oven dalam 115°C  selama 5 minit.
Susun roti yang dah dipotong tadi dalam loyang.
Bakar selama 8-10 minit.

Ok siap



Resepi lontong mudah

Lontong ni pun dah lame gak aku buat tapi baru ni nak share resepi untuk rujukan later.
Nasi impit aku dah rebus siap-siap pagi tu konon nak buat soto.
Asal ada basi impit takde benda lain aku ingat mesti soto.
Tetiba ting!!!!!Keluar mentol
Try masak lontong la lagipun Nas suka lontong.
Masalahnya bahan-bahan tak cukup nak campak dalam kuah lontong.
So kena mintak tolong Nas turun bawah beli bahan-bahan tuk masuk dalam lontong.
Mamat tu tau je aku nak masak makanan kegemaran dia laju jela dia turun tak payah sebut nak beli bahan ape.
Sekali dia naik complete bahan nak die beli tuk masuk dalam lontong.
Cuma kat kedai masa tu takde tempe.
Redah je lagipun kitorang tak suka tempe masuk dalam lontong sebab lembik.

Yang hado itu jela carrot, kubis, cili merah dengan tauhu

 
Yang ni tak boleh takde kena ada.Suun dengan tauhu kering

Tumbuk bawang merah masukkan dalam kuah santan jangan lupa masukkan sikit serbuk kunyit untuk naikkan colour kuning tu.
Kacau hingga mendidih baru masukkan sayur-sayur tu.
Agak layu baru masukkan suun dengan tauhu kering.
Perasakan siap.

Sambal pulak aku buat sambal isi ayam yang aku potong kecik-kecik sebab ikan bilis takde masa tu.

Ape lagi potonglah nasi impit telur jangan dilupakan baru complete

Tadaaa inilah dia lontong super simple aku.

Silalah cuba kalau korang percaya dengan resepi aku share ni.