ADANI AKIKO SHOP

Agen sah Fame Cosmetics, Melure Perfume dan produk kecantikan Seqy Beauty. Untuk merasai kehebatannya hubungi 018-7746645. Tester disediakan untuk anda sekitar Putrajaya.

Sunday, June 9, 2013

Vet pilihan tuan bulus

Hye korang..

Pe aktiviti weekend korang?Aku takde wat pe selain memerap kat rumah.Cume tadi pegi jap kendurikawin kawan Nas kat presint 8..

Aku pernah bagitau dulu yang kitorang laki bini memang obses ngan kucing.Kat rumah ni pun de 10 ekor.Banyak kan?Hehe ni gara-gara kitorang memang pantang tengok kucing homeless kat memane.Paling over aku la.Dulu masa dok kat Kuala Pilah la paling banyak aku bawak balik kucing.Boleh kata setiap kali balik Putrajaya memang aku akan bawak balik.Tapi yang aku bawak balik tu yang sakit jela.7 ekor dari 10 tu memang orang nogori.Ngeee..Pas selamat sampai sini aku akan refer dorang kat vet pilihan kami.Tak lain tak bukan Mesra Pet Clinic/Pet Shop Presint 15 Putrajaya.Klinik ni kat tengah antara Public Bank dengan PHD(Pizza Hut Delivery).

Vet pilihan kalbuku dan kucing-kucingku

Mesra Pet Clinic / Pet Shop
No. 74, Jalan Diplomatik, Presint 15, Putrajaya.
Tel: 03-8881 0121

Waktu perniagaan (Isnin - Jumaat): 10.00 pagi - 9.30 malam
Waktu perniagaan (Sabtu - Ahad): 10.00 pagi - 8.00 malam
Rehat tengah hari: 2.30 petang - 3.30 petang 
Jadual doktor bertugas (Isnin - Jumaat): 11.30 pagi - 9.00 malam
Jadual doktor bertugas (Sabtu - Ahad): 11.30 pagi - 8.00 malam

Perkhidmatan disediakan:
- Menjual haiwan kesayangan seperti kucing, arnab, hamster, tikus belanda dan sebagainya mengikut ketersediaan
- Menjual makanan dan aksesori haiwan kesayangan
- Rawatan haiwan kesayangan
- Vaksinasi & nyahcacing
- Pemandulan haiwan kesayangan
- Penggayaan haiwan kesayangan
- Penginapan haiwan kesayangan
- Penjagaan kesihatan haiwan kesayangan
- Khidmat nasihat

Selain kat sini Mesra petshop pun ada cawangan lain.

-Seksyen 7 Bandar Baru Bangi
-Saujana Impian Kjang
-Taman Sri Serdang
-Jalan Meru Klang

Kalaukorang pening-pening pikir nak bawak mana la pet korang tu boleh la pegi mana-mana cawangan tu tuk bawak si comel gebus tu.Dorang charge tak mahal.Ritu aku bawak bebudak ni pegi vaksin pun dalam RM30-40 sajo untuk 1 sesi.Pastu anta lak jantan 2 ekor tu g mandulkan RM80.Murah je kan?Tu termasuk skali tinggal kat sana 2 hari 1 malam.Aku puas hati sangat ngan servis dorang.Doktor kat sana hensem pulak...Ngeee


 Ni ler si Mimi paling otai kat rumah ni.Hensem tak Mimi pakai baju ni mama?

Ni lak si Bulat.Nipun kucing nogori.Bulu kemain lembut tebal akor pun kembang.Pegi mandulkan ritu terpaksa doktor gunting bulu jembut die.Haha