ADANI AKIKO SHOP

Agen sah Fame Cosmetics, Melure Perfume dan produk kecantikan Seqy Beauty. Untuk merasai kehebatannya hubungi 018-7746645. Tester disediakan untuk anda sekitar Putrajaya.

Friday, June 26, 2015

Buka puasa hari ke 8

Aku tak pernah lagi share menu buka puasa aku tahun ni kan.
Gambar amik dah cuma pikir berpuluh kali nak share kat sini.

Semalam sementara tunggu nak balik tu tah cane aku boleh terbuka website Mc D..
Dah tertelan-telan air liur tengok burger.
Terus Whatsapp Nas ajak berbuka kat Mc D.
Die pun setuju.
Balik kerja amik Kiko cam biasa bersiap kul 6.30 keluar.
Kitorang malas sikit kalau nak pergi Mc D Alamanda pasal nak kena masuk dalam parking bagai.
Tambah lak Alamanda masih berpanas sebab masalah aircond tu tak settle lagi.
So moh la kita pegi Mc D Kota Warisan Sepang.
Amboi bunyi kemain jauh nak g makan Mc D je pun.
Sebenarnya takdelah jauh mana pun dalam 20 minit da sampai.
Masa sampai kosong lagi orang belum datang sangat.
So semalam makan 2 chicken foldover tuk mak bapak.
Anak kita belikan bubur ayam.
Suka budak kecik tu makan.


Chicken foldover ni memang kegemaran aku la dari dulu.
Kalau keluar je mesti nak makan walaupun sekali.

Ok la nanti nak share gambar menu buka puasa yang aku masak sendiri.
Tata