ADANI AKIKO SHOP

Agen sah Fame Cosmetics, Melure Perfume dan produk kecantikan Seqy Beauty. Untuk merasai kehebatannya hubungi 018-7746645. Tester disediakan untuk anda sekitar Putrajaya.

Tuesday, November 19, 2013

TOLONG

Setiap orang mesti ada perangai yang boleh wat orang lain annoying dengan kita kan?
Korang perasan tak apa perangai korang yang boleh wat orang lain annoying?
Perasan benda tu pastu memang dah cuba nak buang perangai tu tapi bila tiba masa tu spontan korang buat balik perangai tu?

Macam aku lak perangai yang aku perasan aku paling tak suka orang arahkan or suruh-suruh aku.
Eh ko pehal nak suruh aku itu ini?

Contohnya la cam pagi tadi.Pagi tak pagi sangat la dalam kul 10 camtu.
Ada orang datang menjual kopok lekor dari Tengganu.
Aku masa tu nak g toilet.

Elok aku masuk balik semua dok sebut nama aku.
Sebut tu takpe ni siap suruh aku goreng kopok lekor tu sebab ada sorang akak tu belanja.
Aku cam apahal lak aku?Dah takde orang lain ke?
Ye memang aritu ada skali aku ni terajin.Ada dorang tu bawak dari kampung dia.
Masa tu tahap rajin aku siap goreng sampai abis siap bancuh air nescafe sampai 2 kali.
Yer masa tu aku buat dengan kerelaan hati aku seorang diri.SEIKHLAS HATI aku.

Tapi bila sampai orang suruh tu aku mesti spontan akan jawab eh apehal lak aku yang kene?
Nak buat la sendiri.
Kadang tu siap buat ayat puji memuji aku kalau aku yang buat makanan tu nanti jadi la sedap.
Aku sebenarnya takde la nak berkira tapi kadang tu ada jenis orang kalau nak mintak tolong orang bahasa tu tak kene.

Kalau kau cakap "awak boleh tak tolong saya camtu camni.."
Haa apa perasaan kau?Confirm kau akan tolong la kan?SEIKHLAS HATI
Tapi kalau kau dapat ayat cam satu arahan...."Eh kau g buat itu ini.."
kalau aku bukan takat tak nak tolong aku siap buat tak dengar je.Lantak kau lah.
Lagi baik aku tak buat untuk kau sebab aku da rasa tak ikhlas langsung.
Penat aku dapat plus pahala langsung tak dapat.

Dalam hal rumah tangga pun camtu gak.
Pembohong la kalau ada bini2 isteri2 yang kalau nak laki tu tolong wat keje rumah.
Tapi ayat kemain mengarah plus bebelan yang berepisod.
"Bang ni ha baju tak berjemur lagi.Awak ni cuba la kesian kat bini ni..blablabla"

Hoih confirm laki ko bosan weh.Silap-silap kau balik yang kena buat kerja tu sendiri.
Laki Suami kau siap keluar lepak mapley.Menangis kau.

Pendek kata la kan kita ni kalau nak mintak tolong dengan orang tu sila la gunakan word TOLONG.
Eh berat nau ke nak gunakan word tu?
Masa memula kenal tak kira la laki bini ke kawan-kawan ke pandai lak guna ayat sopan.
Bila da lelame kengkonon orang tu da paham la perangai kau dah terus tak reti nak guna ayat-ayat penyedap telinga.
Tak semua orang tu kalau boleh bergurau maknanya dia ni sempoi.
Sebab kadang manusia ni ada mood dia.




3 comments:

  1. wah,,yg part ending tu ada nasihat la,, :) betul jugak tu,,,lenkali kalau orang arah2 gitu,,ajak je dia buat sama sama,,,on the spot dia terasa hihihi

    ReplyDelete
  2. betul2..sakit ati betul kalo org arah2 kan sesuka ati..eh ckp baik2 tak boleh ke..hehe..

    btw..sy folo awal :)

    ReplyDelete