ADANI AKIKO SHOP

Agen sah Fame Cosmetics, Melure Perfume dan produk kecantikan Seqy Beauty. Untuk merasai kehebatannya hubungi 018-7746645. Tester disediakan untuk anda sekitar Putrajaya.

Wednesday, April 19, 2017

Update

Rindunya nak berblog. Ada tak yang rindu? Sekarang ni tengah sibuk menonjolkan diri dekat FB. Nama panggilan pun dah bertukar sekarang uols. Aku prefer bahasakan diri as Kak Intan. Wow sangat kan? hahaha.. Rasanya kat sini pun elok teruskan jugaklah dengan panggilan Kak Intan tu yek?

Sekarang ni Kak Intan tengah bizi mengetart. Dah mula buat kuih tart nenas untuk jualan kat Dataran Gemilang dengan kawan-kawan ofis je. Kat Dataran gemilang tu setiap Jumaat 12.15-2.00pm. Alhamdulillah sekarang ni hidup I lebih bermakna. Muahahaha ayat slot akasia sangat. Sekarang ni rasa banyak masa Kak Intan digunakan untuk perkara yang bermanfaat bukan je untuk diri sendiri tapi dapat menambah nilai jugak pada orang lain.

Sekarang ni masa yang betul-betul untuk 'me time' memang masa tidur dan mandi je. Tu pun budak Akiko nak jugak kacau. Dia kalau sedar Kak Intan hilang dia terus cari kat bilik. Dengar dalam bilik air ada orang memang dia ketuk macam nak runtuh pintu. Siap pangil mama oh mama. Kalau lambat sikit bukak dia jerit sampai bingit telinga ni.

Dia dah masuk umur 2 tahun ni alhamdulillah kurang dah sakit-sakit. Esok genap 2 tahun 9 bulan. Masa dia setahun lebih dulu setiap bulan akan semput dan tiap kali tu la nak kena amik neb. 2 kali jugaklah kena tahan wad. Rasa cepatnya masa berlalu. Teringin nak bagi Akiko adik. Muahahaha. Doakan Kak Intan pregnant ye tahun ni.

Sebelum Kak Intan mengundurkan diri (ayat arini semua skema drama sangat) nak belanja gambar tart nenas Kak Intan lah boleh?



Wednesday, November 2, 2016

Sedikit update perjalanan bisnes

Alhamdulillah.

Semalam memang hari rezeki buat aku.
Dari tengahari sampai ke malam rezeki bisnes mencurah-curah.
Bermula dari tengahari COD Fame Matte Lipcream 2 batang.
Balik kerja pun ada yang datang rumah ambil sebatang.
Malam pulak dapat whatsapp dari HQ Melure Perfume yang aku berjaya buat sales 20 botol perfume masa promotion period 20/8-20/9/2016.
So sebagai penghargaan HQ bagi percuma 2 botol perfume.
Alhamdulillah boleh aku buat tester.

Yang lagi surprise buat aku tersenyum time tidur.(tidur dalam iman)
Kawan FB yang tak pernah berjumpa pun tapi selalu bertegur sapa order Fame Matte Lipcream.
Sapu habis semua 7 colour dengan limited edition sekali.
Reaksi aku masa tu menagis okeh.
Ya Allah nikmat apa lagi yang aku dustai.
Semalam baru je restock 20 batang lipstick.

Aku rasa hidup aku sekarang lebih happy dari dulu.
Walaupun income tak sebesar mana tapi sentiasa ada cash flow.
Serious semangat kali ni start bisnes memang berkobar-kobar.
Sentiasa berusaha nak cari ilmu untuk tingkatkan dan luaskan bisnes Adani Akiko Shop aku ni.