ADANI AKIKO SHOP

Agen sah Fame Cosmetics, Melure Perfume dan produk kecantikan Seqy Beauty. Untuk merasai kehebatannya hubungi 018-7746645. Tester disediakan untuk anda sekitar Putrajaya.

Monday, November 18, 2013

Pentingnya perancangan

Tahun depan 2014 bulan 7 genap 3 tahun aku berkhidmat dengan kerajaan.(Ayat kena skema sesekali)
Ishh cepatnya masa berlalu.
Tup-tup da dekat 3 tahun.Ingat lagi dulu mengemis mencari keje.
Ade keje pun gaji hari.Paling mahal sehari RM53.
So kau boleh kira lah kan dalam sebulan tu paling-paling ko keje 21-22 hari.
So boleh la dapat RM1113-RM1166 sebulan.Ok tu belum tolak KWSP lagi.
Tu belum tolak ko tak datang keje ke apa.
Takpe lah zaman tu da pun berlalu.
Syukur sekarang da ada kerja tetap.

Semua sedia maklum berkhidmat dengan kerajaan ni ada pencen kan?
Tapi sebenarnya kita boleh buat pilihan samada nak pilih berpencen atau terus kan dengan KWSP.
Mostly ramai yang pilih berpencen.
Untuk yang buat pilihan berpencen potongan KWSP korang hanya akan deduct sampai tahun ke 3 berkhidmat.
So lepas 3 tahun tu kita boleh buat pilihan samada nak biarkan duit KWSP tu berkembang kat akaun tu atau nak keluarkan.

Cam aku lak pernah la bincang dengan Nas apa yang aku nak buat dengan duit tu.
Yela dapat pun takde lah banyak maybe dalam RM20K-RM25K.
Duit ni banyak mana pun boleh je habis sekelip mata kan?
So kitorang planning nak kembangkan duit tu.

Kitorang terfikir nak melabur beli jongkong emas.Tapi takde ilmu.
So kene belajar.Apa pun yang kita buat mesti ada risiko kan?
Camtu gak la dengan pelaburan emas ni.
Aku baca yang aku ingat la kalau tak silap emas yang kita da beli tu tercalar sikit pun nilai dia akan drop.
Fuhhh camtu kasik simpan dalam bank jela.Gila apa nak simpan dalam rumah kan?
Kang nasib/rezeki kurang hilang putih mata brown ku..(masalahnya brown ke?)

Tu salah satu lah.Pastu aku ingat aku nak amik sikit untuk wat modal berbisnes kecil-kecilan.
Dalam kepala ni memang da terbayang apa yang aku nak jual nanti.
Tunggu aje lah bila sampai masa nanti.

Shopping???Belanja???
Haha tang tu memang tak boleh tipu sebab tu lah benda paling pertama kitorang fikir.
Tapi cam aku cakap memula tadi la kalau shopping sekejap je duit tu tak nampak apa pun.
At the end melopong.