ADANI AKIKO SHOP

Agen sah Fame Cosmetics, Melure Perfume dan produk kecantikan Seqy Beauty. Untuk merasai kehebatannya hubungi 018-7746645. Tester disediakan untuk anda sekitar Putrajaya.

Thursday, September 3, 2015

Tips pemakanan sihat

Kebanyakan aku tengok geng-geng blog memang kaki masak.
Kejap-kejap post menu masakan.
Eh ke aku yang suka wat entry makanan?
Well hidup kenalah makan kan?
Tapi adakah kita lebih suka makan di luar atau masak sendiri kat rumah?
Kalau macam kita wanita bekerjaya ni (chewah macam pangkat ko besau jerk kan?) balik kerja sampai rumah dah kul 6.
Yang dah ada anak tu pulak nak kena utamakan anak.
Suami pun nak kena layan jugak.
Kena buatkan air tuk die walaupun air jer.
Kalau rase nak masak lewat sikit bancuhlah cekodok sikit.
Bolehlah masak untuk dinner lewat sikit pas maghrib.
Tapi macam aku makan kat rumah boleh makan kat laur pun boleh.
Kalau dah keluar tu sah-sah la akan makan kat luar.
Takdenye gigih nak bawak bekal dari rumah.
Melainkan kalau nak g beriadah kat mane-mane.
So aritu postmaster/email edarkan faedah dan panduan makan di rumah.
Aku pun jadikkan lah modal untuk share dengan reader-reader kesayangan supaya dapat manfaat bersama.

 Dalam sehari mesti nak pastikan ada masa makan bersama. Best bila dapat dok makan semeja dengan family members.

 Bila dah masak kat rumah tu mestilah kita dapat pastikan bahan-bahan yang kita gunakan masih elok segar untuk masakan kita.
Takdelah food poisioning.
Sakit hoiii food poisioning nih.

 Sebolehnya kita kawallah penggunaan gula garam minyak dalam masakan kita.
Kalau nak menumis sambal tu memanglah kena guna minyak banyak baru cili masak dengan sempurna tapi pas masak tu buanglah minyak yang meladung tu kan.

 Memang kalau masak kat rumah kita ada pilihan untuk gantikan bahan masakan kita kepada bahan yang lebih sihat. 
Macam beras putih kita boleh gantikan dengan beras perang yang lebih berserat dan kurang kanji. Santan pulak ganti kepada susu rendah lemak.
Hidangan sayur pun kita boleh pelbagaikan.
Macam aku kalau masak gulai aku suka masukkan sayur sekali dalam tu..hahaha aci tak?
Buah je aku jarang-jarang beli.

Nak berubah memang perlukan masa apatah lagi lidah kita dah biasa makan makanan bergoreng bersantan masin-masin ni kan?
Untuk permulaan kita kurangkan pengambilan kalau dulu setiap kali makan nak kena ada ayam/ikan goreng.
Sekarang gantikan dengan ayam/ikan grill pulak.
Kalau kena cara yang grill tu lagi sodap.