ADANI AKIKO SHOP

Agen sah Fame Cosmetics, Melure Perfume dan produk kecantikan Seqy Beauty. Untuk merasai kehebatannya hubungi 018-7746645. Tester disediakan untuk anda sekitar Putrajaya.

Wednesday, July 1, 2015

Kencing dalam lif

Aku tak faham kenapa manusia kena berperangai macam ni.
Kebelakangan ni sebuah lif kat rumah aku tu memang bau hancing.
Kadang tu jumpa siap air kencing tu masih baru lagi.
Faham-faham jela kalau kencing orang ni hancing dia macam mana.
Kat blok aku ni memang banyak kucing berkeliaran tapi ni memang bukan kencing kucing memang confirm sangat kencing orang.
Perkara ni memang dah tahap serius sangat sampai majlis muafakat blok aku terpaksa keluarkan memo untuk buru orang ni.
Nas cakap orang tu gila seks kot.
Sempat pulak dia padahal lif tu sentiasa turun naik.



Sampai tahap kena buat bacaan Yassin dan doa khas untuk orang yang otak dia tah letak kat mana. 


Alhamdulillah sejak ada memo tu dah takde bau hancing lagi dalam lif tu.
Tu maknanya orang tu masih waras sebab boleh faham apa yang orang sampaikan kat dia.
Tadi pagi aku nak pergi kerja dalam lif tu ada garam yang ada bau-bau kemenyan sikit.
Harapnya takdelah perkara kurafat berlaku.

Satu hal lagi lif kat rumah tu dah la kerap tersangkut.
Isnin aritu balik dari jemput Kiko dah sampai level rumah aku tingkat 8 sekali pintu tak terbuka.
Sebelum tu lepas tingkat 6 die bergegar sikit.
Aku risau die terhempas je.
Nasib la lampu tak terpadam pastu naik sekali dengan aku tu ada kakak sorang tu tingkat 8 dengan anak dia 2 orang.
Aku dah pegang Kiko kuat-kuat lagi sebelah tangan pegang pemegang dalam lif tu.
Dengan fon aku lupa bawak.
2 kali aku tekan loceng.
Pastu cuba-cuba gak tekan butang open tu.
Alhamdulillah dalam 2-3 minit je die stuck camtu.
Pastu terbuka jugak akhirnya.
Cecepat aku keluar dengan akak tu sekali.
Berdebar tak yah nak cakap la.


Asam Pedas Ikan Pari - Buka Puasa Ke 12

Arini dah masuk bulan baru.
Welcome Julai.
Julai adalah bulan yang sangat bermakna untuk aku.
Bermula dengan 1 Julai 2014 Nas dapat masuk kerja kerajaan.
3 Julai birthday mak aku Noor Jahan binti Abdul Latheef.
12 Julai 2012 akhirnya aku berjaya dapat lesen memandu.
18 Julai 2011 hari pertama aku bergelar penjawat awam berjawatan tetap.
18 Julai 2012 akhirnya aku disahkan jawatan dalan perkhidmatan awam.
20 Julai 2014 lahirnya puteri sulung kesayangan aku Nur Adria Hannah Adani Akiko.
30 Julai 2012 aku memiliki kereta pertama aku Myvi Standard 1.3 dengan bayaran ansuran bulanan.
Alhamdulillah

Hari Isnin aritu kitorang berbuka berdua dengan lauk asam pedas ikan pari dengan ulam-ulam cicah sambal belacan.
Aku dah ngidam nak makan asam pedas ikan pari ni seminggu dua ni.
Tengahari tu kat bawah ofis ada pasar tani sekali tengok ada jual ikan pari.
Lelaju beli lagipun murah sekilo RM 10 je.
So aku amik sekor.
4 keping buat masak asam pedas balance lagi 4 keping tu nanti nak masak sambal kering pulak.
Yamssss




Nak share la resepi asam pedas ikan pari aku.

ASAM PEDAS IKAN PARI

4 keping ikan pari
10-15 tangkai cili kering (rebus & blend)
*2 biji bawang merah
*5 ulas bawang putih
*1 1/2 inci halia
Asam jawa segenggam (jadikan pes)
Minyak untuk menumis
Garam dan aji
Daun kesum
Tumbuk bahan bertanda *

Cara-cara:
Panaskan kuali
Masukkan minyak secukupnya untuk menumis
Tumiskan bawang dan halia yang dah ditumbuk tadi sehingga agak kekuningan
Masukkan cili blend tadi tumis sehingga naik minyak
Masukkan air asam jawa secukupnya 
Biarkan mendidih baru masukkan ikan
Dah mendidih lagi sekali tu masukkanlah daun kesum apa-apa tumbuhan yang korang suka
Last baru masukkan garam dan pak aji
Siap