ADANI AKIKO SHOP

Agen sah Fame Cosmetics, Melure Perfume dan produk kecantikan Seqy Beauty. Untuk merasai kehebatannya hubungi 018-7746645. Tester disediakan untuk anda sekitar Putrajaya.

Thursday, August 13, 2015

Majlis persaraan mak 30 Julai 2015

Officially 30/7/2015 aritu mak aku selamat bersara dari alam pekerjaan beliau.
So sekarang dah jadi YB (yang bersara) la duduk lepak-lepak kat rumah menjalankan tugas suri rumahnya lah.
Alangkah bahagianya kalau aku kat tempat mak.
tapi kalau ikutkan buat kerja rumah lagi lotih kan?
Sekarang ni mak aku ada kat rumah adik aku kat Kepong esok baru datang rumah aku lak sebab Sabtu nanti nak pergi majlis pentauliahan adik aku join PALAPES kat UPM.

30 Julai ritu ex sekolah terakhir mak aku bertugas SK Haji Mahmud Chemor Perak anjurkan majlis persaraan untuk dia.
Kemahen meriah siap ada pelamin.
Aku rasa sekarang memang trend kot majlis persaraan guru siap pelamin.
Aritu ex cikgu Kimia aku masa kat sekolah teknik pun diorang buat camtu gak.
Untunglah badan dirai macam tu sekali.
Aku tengok kat tempat aku sekarang ni majlis untuk pegawai bersara sedih.
Yela nak buat cam mane kan budget takde.


Mak aku siap simpan ko bunting ni..hahaha aku perli cakap kat dia buat langsir dalam bilik mak.hahahaha hantu punya anak

Ucapan dari ketua pelajar

Ucapan dari guru besar. Boleh pulak nama cikgu ni sama nama ngan atuk aku Abdul Latheef.
Lagi sekali aku perli mak aku eh anak beranak rupanya.

Ucapan dari tuan badan.Kemain amanat terakhir panjang lebor

Kompang dipalu kepantin malu aah aah..



Anak murid kesayangan la ni siap suap-suap

Vip dijemput dari rumah bawa ke majlis

Adik aku no 2

Adik ipar aku sekarang tengah tunggu hari nak meletop.Yeay dapat anak buah. 


Penuh bonet dengan hadiah

Surat terkahir dari murid dia.Mak aku cerita budak ni orang susah.Darjah 4 baru pandai membaca.Mak dia siap datang jumpa mak aku peluk cakap terima kasih sebab dah mengajar anak dia.


Nah layan video sepanjang majlis persaraan mak aku.