ADANI AKIKO SHOP

Agen sah Fame Cosmetics, Melure Perfume dan produk kecantikan Seqy Beauty. Untuk merasai kehebatannya hubungi 018-7746645. Tester disediakan untuk anda sekitar Putrajaya.

Wednesday, July 8, 2015

Nasi ayam simple - Buka Puasa ke 20

Dah lama aku tak share makanan berbuka aku kan? 
Mesti korang rindu..
Hahaha perasan

Aku tah pasal craving nak makan set ayam golek dekat Dengkil tu sesangat.
Kedai dia biasa je tapi tah mengade sangat lak tekak ni.

Credit pic dari google

Credit pic dari google

Kedai ni diusahakan oleh muda-mudi kawan ke sedara-mara aku tak pasti.
Konsep kedai diorang ala old school.
Kerusi meja dari pallet.
Lokasi dia sebelah Sekolah Menengah Kebangsaan Dengkil seberang Petronas Dengkil.

So semalam untuk melempiaskan keinginan aku masak sendiri.
Gigih ko

Takdelah aku golekkan ayam ni cuma dia terdampar dalam lopak kuah black pepper 

Aku perapkan dengan serai, bawang putih, halia, sos tiram, garam sikit, sos tomato dengan blackpepper crush.
Dalam sejam masuk oven 200 Celsius api bawah je 50 minit.
Tinggal lagi 10 minit aku tukar api atas je.

Pastu masak nasi.
Tumbuk bawang putih dengan halia pastu tumis sampai naik bau.
Aku campurkan ayam yang tulang sebab takde kiub ayam.
Baru masukkan beras yang dah direndam sejam goreng sekejap.
Masukkan air secukupnya.

Pastu aku buat bak choy sos tiram ni.

Kebetulan sos masa beli ayam golek kat bazar aritu tak buka pun lagi aku simpan dalam peti ais tinggal panaskan je.




Persiapan raya untuk Akiko

Korang dah shopping baju raya sendiri baju anak-anak?
Aku sudah dapat je gaji 25hb hari ahad tu terus pergi Jusco Equine cari sepasang dua untuk anak dara tu.
Akiko ni jenis badan kecik je.
Jangan tak caya kalau aku cakap umur lagi bape hari nak setahun ni dia masih pakai baju masa lahir yang saiz 3 bulan tu.
Penjimatan di situ.
Sebenarnya takde lah jimat sangat pun sebabnya aku ni pantang tengok baju budak-budak.
Comel sangat kan mesti nak terbeli je.TERBELI???hehehe
Baju kurung tak yah beli tuk Kiko sebab baju dia pakai masa kenduri aqiqah aritu masih muat.
Mama tambah baju casual jela eh.

Ada 50% diskaun so dapat la harga RM 27.50
Baju tuk pakai hari kedua nanti
Baju tidur
Teringat masa kecik-kecik dulu mak aku mesti belikan baju tidur untuk kitorang adik-beradik bila nak raya.
Alah dulu-dulu mak bawak pergi kedai-kedai celah lorong je kat pekan Tampin tu.
Sampai sekarang aku tak paham kenapa malam raya pun nak kena ada baju baru.

Baju basahan kat rumah.
Legging tu beli RM6 kat downtown Putrajaya tu
Baju tu aritu tengok kat Uniqlo 3 helai RM19.90.
So rembat 2 set 1 sleeveless 1 shortsleeve

Kasut raya sepasang

Lengkaplah persiapan raya untuk anak.
Untuk mama baju masa kenduri aqiqah baru pakai sekali pastu 2 lagi dah tempah kat kawan aku.
Cukuplah 

Artikel tempelan
Sedar tak sedar kita hampir meninggalkan Ramadhan cuma 9 hari je lagi.
Kita tak pasti adakah akan bertemu Ramadhan tahun depan.
Kita sering diingatkan Ramadhan bulan mengumpul pahala.
Dikesempatan ini marilah kita mensyukuri nikmat yang kita perolehi sepanjang menjalani ibadah puasa kita di bumi Malaysia ni.


Karipap sardin meletops

Ingat tak aku pernah mention yang aku nak perkenalkan korang karipap sardin meletop makan  1 nak sepuloh.
Haa gitu..(eh tertukar jadi baby AA pulak..)
Karipap dia cinonet je dalam anggaran saiz 6 cm je tapi isi dia memang penuh pastu sardin pun tak rasa hanyir.
Aku bulan puasa siap dah beli 4 bungkus pastu tambah lagi 4 bungkus.
Sebungkus beli dengan kawan aku RM5.50 ADA 12 biji dalam tu.
Keluaran Bumiputera insyallah Halalan toyiban.

Macam-macam inti ada. Pau goreng pun hado

Keluaran Zemey Frozen alamat diorang dekat Kampung Sesapan Kelubi Beranang Selangor

Haaa tengok sekali beli 4

Sekali goreng wajib 8 biji..

Kepada sesapa yang nak mencuba boleh contact 

ZEMEY ENTERPRISE

011-23440422 or 011-23440532


Tq P1 for offering us the loyalty program

2 hari lepas aku rceived call dari costumer services P1..
Memula dengar dia perkenalkan diri nak promote produk terbaru diorang aku dah mula layan tak layan.
Tapi aku tak lah zalim nak letak phone kat tepi biar dia bebel sorang-sorang.
Aku dengarkan lah jugak apa dia cakap.
So aritu dia nak promote kat aku as a loyal customer P1 offer untuk bagi tambahan 16GB dengan harga yang aku bayar sekarang.
Aku dah mula fikir-fikir dah masa tu.
Pastu dia tambah lagi cakap ada diskaun lagi RM 10 untuk 1 tahun pertama.
Wow ni lagi best ni.
Pastu dia tambah lagi kata kontrak aku akan disambung ke 2 tahun lagi..
Bab tu terus jadi tak best aku mula la bagi alasan.
Biasalah kalau orang sales ni diorang tetap ujuk jugak sampai kita setuju nak amik produk diorang.
Apa jadi akhirnya????Jeng jeng jeng
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Aku agreed untuk terima tawaran LOYALTY tu...
Takpelah sebenarnya banyak keuntungan berpihak pada customer pun untuk plan yang diorang offer ni.
Tapi P1 please yer nanti jangan nak sendu semput services yang korang bagi tu ye.
Report polis kang.

Sesejak laki bini dok bersmart phone ni penggunaan data wifi kami tidak lagi membazir.