ADANI AKIKO SHOP

Agen sah Fame Cosmetics, Melure Perfume dan produk kecantikan Seqy Beauty. Untuk merasai kehebatannya hubungi 018-7746645. Tester disediakan untuk anda sekitar Putrajaya.

Thursday, May 21, 2015

Hari melonggarkan molekul lelemak tepu

Ni kejadian Selasa aritu..
Pepagi dah berpeluh masuk ofis gara-gara ketiadaan parking.
Huwaa memang masalah betul tau parking kat sini.
Maklumlah orang gomen ni almost all staff ada kereta and mostly datang bawak kereta sendiri seorang 1 kereta.
Cane lah parking tak penuh kan?
Tapi lately ko datang 7.40 pun dengan segala hormat silalah block kereta orang.
Dah adat block kereta orang silalah tinggalkan phone number or/and release hand break.

Aku ni takdelah selalu bawak kereta pergi kerja sebab ofis aku ngan Nas dalam kawasan yang sama sekali jalan.
So biasanya aku akan naik motor merempit.
Kecuali bila Nas kena outstation ke or memang da tau kena balik lambat baru la aku drive sendiri pergi kerja.
Boleh je nak naik bas tambang baru 50 sen tapi sebab lemak dah sebati dengan diri bergabung meletop dengan kemalasan so aku prefer drive je...hehehe
Kang kalau tak drive tak bergerak pulak kereta tu seminggu..alasan lagi

Lari tajuk dah ni.
Camni cite dia.
Semalam aku keluar rumah lambat sikit sebab pagi tu kelam kabut sikit pasal si kecik bangun awal pagi tu.
Kalau dia da bangun awal makanya akan banyak aktiviti di pagi hari akan delay or cancel terus.
Anta Akiko pun aritu dah 7.30 pagi.
Pas anta Akiko terus gerak pegi ofis masa tu dah pukul 7.45 pagi.
Sampai area ofis ada lagi 7 minit pukul 8.
Jalan nak masuk parking yang biasa aku parked kereta tu jammed.
Tapi aku still queue nak masuk parking tu sebab biasanya pemarkir-pemarkir ni kang da pegi lane bawah nak pegi lane atas so jalan yang sempit sempot tu jadi huru-hara.
Rupanya hari tu memang huru-hara abis dah tawaf semua 3 lane parking penuh plus nak double parking pun takde ruang jugak.
Aku whatsapp kawan aku cakap aku masuk lambat sikit nak cari parking.
So dengan berat hati terpaksa la aku meninggalkan parking lot tersebut kita try tengok tempat lain.
Huwaa dukacitanya penuh jugak.
Aku masa tu dah rasa nak balik rumah tak nak kerja..hahaha ngengade sangat kan???
Pagi tu je 3 parking lot yang aku masuk semuanya penuh ya hamat.
So no choice aku headed to Alamanda park kereta Murby ku yang comot tu kat sana.
Tapi takde lah nak masuk parking bayar tu..
Tak kuasa aku nak membayar parking yang kalau letak sampai tengahari pun mau kena charge paling kurang RM6.
Baik duit tu aku buat beli makanan untuk menggembirakan perut aku ni.muahahaha gelak setan sikit.
So pilihanku adalah tepi jalan depan Klinik Maria tu sebabnya selalu je kalau pegi Alamanda tengok berderet kereta parking situ.
So aku budget boleh la letak kejap sementara nak tunggu lunch nanti alihkan kereta.


Boleh nampak tak kejauhan aku kena menapak aritu..

Lunch tu aku ajak kawan temankan aku pergi amik kereta so dah alang-alang sampai Alamanda jom la kita pergi Aeon Big cari lauk-pauk sikit.
Alhamdulillah pergi kat kereta tengok takde saman..
Fuhhh kalau tak mau terbang RM150 bayar saman sebab menghalang lalu lintas.

So aritu adalah hari paling banyak aku berjalan.
Tak caya ha tengok ni.

Setakat 7 pm aritu aku dah jalan sebanyak 7839 langkah..

Tapi belum lagi capai 10000 langkah sehari macam yang Kementerian Kesihatan syorkan.
Berjalan banyak tu pun malam nak tidur sengsara ok lenguh ya hamat kaki aku.
Korang boleh nampak la kan kat chart tu biasanya sehari berapa langkah je aku berjalan..
Kalau hari kerja aku drive sendiri boleh la sampai 2500 langkah kalau hari cuti lagi-lagi duduk rumah je memang pernah tak sampai 100 langkah pun.
Dengan adanya apps ni boleh la aku monitor berapa langkah aku setiap hari.
Boleh motivate jugak tau.
Nama apps ni Health.
Masa beli phone aritu da siap installed.
And aku tak sure android ada ke tak apps ni.

Tq lah sebab korang sudi baca entry panjang aku ni..
Muahhh ciked


Wednesday, May 20, 2015

Happy birthday sayang

Arini genap umur Akiko yang ke 10 bulan.
2 hari lepas dia demam.
Bawak pergi klinik doktor cek dengar kahak dia banyak.
So kena la amik gas sebab doktor takut kalau biar akan jadi jangkitan paru-paru.
Aku sebagai mak setuju jela asal Akiko cepat sihat.
Bila anak tak sihat mak lah orang yang paling risau paling banyak berjaga malam.huhuhu

Ni kali kedua Akiko amik neb.
Dulu masa umur dia 6 bulan lebih.
Kesian sangat dia menangis sampai tersedu-sedu.
Memang bingit la suasana dalam bilik prosedur tu dengan suara pekikan Kiko.
Dalam bilik tu masa tu ada lagi 2 orang dewasa yang tengah neb jugak.
Sorang pempuan sorang lelaki.
Aku dok sebelah dengan lelaki tu pempuan tu pulak berdepan dengan aku.
Masa Akiko dah nangis-nangis tu pempuan tu da mula buat muka.
Eh nyampah ok..
Patutnya ko paham apa yang anak aku rasa sebab ko pun dalam situasi yang sama.
Cuma sebab dia baby lagi so cara dia nak ekspresikan ketidakselesaan dia berada dalam situasi tu hanya dengan nangis la.

Aku paham tak selesa sebab masa Akiko meronta-ronta tu aku tersedut sekali gas tu.
Memang bukan natural macam udara yang kita hidu free sekarang ni.
Rezeki Akiko session tu sekejap je rasanya tak sampai 5 minit kalau nak banding kali pertama dulu.
Alhamdulillah lepas tu nafas Akiko takde berbunyi lagi.
Cuma dia macam trauma sikit.
Bila malam dia akan kerap terjaga pastu terus menangis kuat.
Aku kena peluk dia bagi dia tenang tepuk semula tidur.
Memang sangat-sangat memenatkan sebab setiap jam perlu berjaga.

The best part adalah Akiko dah boleh merangkak 3-4 langkah sejak dia demam ni.
Orang-orang tua kata demam nak dapat akal.
Good job sayang walaupun awak ketinggalan sikit dari baby sebaya awak tapi akhirnya awak berjaya jugak buat.
Biarlah orang nak cakap apa yang penting mama tau anak mama.
Dalam masa sama jugak Akiko dah boleh berpaut pada aku atau daddy dia untuk berdiri.
Insyallah tak lama lagi boleh lah berjalan tu.

Si kecik tu kuat makan ok..
Ikut perangai siapa la tu..
Dia kalau nampak aku bawak pinggan ke piring dia da pandang je pastu mengekek.
Semalam dah amik nasi dia nak suap.
Dia dalam walker datang kat aku lelaju pastu aku baru la nak lecek nasi tu time tu jugak dengan panas baru masak dia sabar menunggu telan-telan air liur.

Makan biskut

Cam sedap sangat mak ko ni masak.
Dah dapat sesuap dia lari la pastu da habis kunyah (walaupun takde gigi) pandai pulak datang mintak lagi..
Alahai bijaknya awak sayang..

Sekian laporan saya hari ni..


Sunday, May 17, 2015

Hujung minggu bersama cinta

Gitu tajuk entry.
Kitorang ni kalau cuti mesti tak reti duduk rumah.
Rasa semacam je.
Dapat keluar ngeteh kejap pun da rasa fresh.
Sampaikan si kenit Akiko pun kalau hari cuti tu kalau dari pagi tak ke mana kang petang mesti dia merengek.
Bawak je keluar mood dia ok la.
Senyum meleret mulut tu membebel je.
Pastu kitorang kalau keluar tak berapa suka sangat nak masuk mall.
Kitorang prefer tempat yang free air.
Nak pergi pantai jauh pulak kan..

Kebetulan Putrajaya sekarang weekend dari petang sampai midnight ada downtown area tasik dekat dengan Masjid Besi.
Biasa kitorang pergi sana sebab nak makan je kat 1 gerai jual mee rebus, mihun sup semua jenis tu la.
Makan kat tepi tasik berangin je best la kan..

Biasa makan mesti order mee rebus untuk Nas aku mihun soto pastu beli secawan coconut shake share minum 2 orang baru sweet gitu..hahaha geli ketiak

Suka dia ye dapat berjalan..

Pas makan baru la berjalan untuk nak kurangkan lemak lepas da topup tadi kan..
Sekarang aktiviti untuk si kecik pulak.
Kat sini ada gerai yang sewakan kereta mainan untuk budak-budak bawah 5 tahun, basikal untuk mak bapak budak.
Kereta tu 20 minit RM10..
Ok la untuk bagi anak-anak happy sesekala kan?

So aritu aku sewa sebiji Lamborghini untuk Akiko...
Ni lah Lamborghini tu..Colour hijau lagi ok..sebenarnya ni aktiviti minggu lepas..

Sebenarnya ada video nak share tapi sebab buat entry guna phone tak dapat la nak share aksi si kecik ni.

Banyak la choice tapi kalau macam Akiko naik tu boleh guna remote control so sesuai la anak-anak umur sebaya Akiko yang tak pandai lagi nak control stereng tu kan..

Banyak juga la gerai-gerai jual barang.Semalam pergi dah ada karaoke kalau tak malu boleh la sumbangkan seketul 2 lagu.

Ok tu jela cerita hujung minggu family kecik aku..

Jom mama kita balik dah malam.Biar kiko drive ok..mama masuk gear dengan jaga break je..











Friday, May 15, 2015

Chicken with salted egg

Aritu balik kerja tak tau nak masak ape..
Tapi da siap-siap defrost ayam cuma takde resepi yang sedap ditekak semua..
Nak masak kari ayam malas nak menumis nak masak sup muak dah rasa..
Akhirnya lepas maghrib dapat idea nak masak chicken with salted egg.
Memang penyelamat betul la..
Nasib sedap vavavoom.
Semua barang pun ada kecuali telur masin tapi ada kuning telur ayam kampung sebab aritu guna putih telur je untuk buat sotong raja tu.
Ok lets ke dapur..

Nampak sedap tak?

Aku guna isi ayam dalam anggaran 4 org makan.
Ayam tu aku gaul dulu dengan garam & tepung jagung sesudu.
Agak dah masak angkat.


Ni bahan tuk salut ayam nanti.Lupa nak snap pic kuning telur 2 biji.

Cairkan 2 sudu butter pastikan jangan sampai hangus nanti tak sedap.
Dah cair tu boleh la campakkan bawang besar bawang putih yang dah dipotong dadu sekali dengan cili padi & daun kari.


Masukkan telur yang dah dipukul manja.
Terus kacau lepas masukkan telur tu sebab tak nak nanti texture telur tu jadi dadar.


Bila tengok telur tu da mula berserabai masukkan susu dalam anggaran1/3 cawan.
Masukkan garam(ni khas untuk yang guna telur ayam biasa bukan telur masin)
Boleh lah masukkan ayam tadi kacau kejap untuk bagi telur tadi bersalut dengan ayam then angkat segera.

P/s: Nas cakap sedap so boleh la masak lagi pasni..







Wednesday, May 13, 2015

DIY alat melipat baju bayi

Aku arini nak share DIY alat melipat baju baby..
Pernah viral kan dulu alat ni pastu ramai yang jual dan beli..
Alat ni memang sangat membantu untuk memudahkan kerja harian kita ibu-ibu yang sentiasa sibuk ni kan.

Kotak susu, gunting, masking tape sahaja yang diperlukan 

Macam mana nak tau saiz yang sesuai kena ukur dulu saiz baju sebelum potong 

So yang tengah tu adalah saiz baju.

Sepatutnya kiri dan kanan kena sama lebar dengan tengah tapi camtu pun bole.
Da potong ikut saiz lekatkan macam gambar tu.
Kecuali bahagian bawah jangan lekatkan kiri kanan dengan tengah..
Tu memula aku dah silap..
Pastu aku gunting sebab bahagian tengah bawah tu fungsi dia untuk lipat baju dari bawah ke atas.

Jom kita tengok hasilnya.

Ni contoh baju lengan pendek

Yang ni pulak contoh lengan panjang..

DIY lah untuk kepuasan maksima..bye





















Monday, May 11, 2015

Sotong raja

Siapa kat sini yang suka sangat makan ayam Uncle Bob yang pergi memana pun mesti jumpa?
Tapi korang pernah try tak sotong raja yang sama cara penyediaannya macam ayam Uncle Bob tu?
Aku tak tau dari mana datangnya nama sotong raja tu..
Maybe masa diorang perkenalkan tu Rajagopal orang pertama yang mencuba..
Tapi serius sotong raja memang win gua cakap lu..
Memang wajib try.
First time aku jumpa masa tu dekat Pasar Malam Bukit Changgang Banting Ar-Azmil Sotong Raja.
Seekor harga dia RM8..
Ok la kan harga dia sebab sotong tu pun memang besar saiz badan sotong besar tapak tangan.
Pastu aku ada jumpa jugak dekat Pasar Malam Putrajaya pastu kat Uptown Putrajaya.
Dah nama pun Putrajaya harus la mahal sikit dari tempat lain.
Tapi bukan jenama Ar-Azmil seekor harga RM8-9 ikut saiz.

Sebab kesedapan aku cuba-cuba la buat sendiri sotong raja ni.
Sebenarnya Nas yang suka sangat so sebab dia nak makan sangat aku suruh dia pergi cari sotong kita DIY.
Sotong yang dapat saiz sederhana tak terlalu besar macam Ar-Azmil Sotong Raja tapi bole diprojekkan lagi.

Ok meh nak share ngan semua resepi.
Memula kena la ada sotong saiz ikut citarasa sendiri.
Bersihkan sotong belah tengah memanjang dari atas ke bawah.

Buat macam pic ni..

Dah bersih sotong tu gaul dengan garam untuk perasakan sotong tu dan untuk menyahkan air sotong.
Sotong memang berair ye bila dimasak so kalau nak goreng tepung wajib buat step ni untuk memastikan tepung melekat pada sotong.
Perap dalam 2-3 jam nak lagi sedap 5-6 jam.
Prepare tepung goreng Kentucky.
Aku guna jenama Nona dia dah siap garam.
Pastikan air yang tersejat masa perap tadi dikeringkan samada nak tapis atau guna kitchen towel.
Pecahkan telur ambil putih saja.
Salutkan sotong dengan tepung then celupkan dalam putih telur tadi then bedakkan semula sotong dengan tepung tadi.
Boleh la mandikan sotong dalam minyak yang betul-betul panas dan boleh rendamkan keseluruhan badan sotong.
Aku cadangkan guna periuk sebab dasar dia rata so sotong akan lebih cantik coated dia dan kita dah tak payah nak terbalikkan sotong tu untuk elakkan tepung akan melupakan sotong.
Bila tepung dah bertukar kaler keemasan boleh angkat dan toskan minyak.


Potong sotong gunakan pisau tajam atau chopped knife.
Taburkan lada sulah dan serbuk paprika atas sotong tadi.

Siap untuk dinikmati...

P/s:Jangan tiru aksi di atas untuk mengelakkan korang menangis tersedu-sedu bila makan.Letak serbuk paprika sikit je melainkan lidah korang memang kebal pedas.

Thursday, May 7, 2015

Ayam masak kicap

Arini agak kepenatan nak keluar makan pun rasa tak larat..
So kena la kita berfikir lauk apa yang paling mudah untuk mengisi perut penghuni rumah ni..
Bunyi cam ramai nau orang dalam rumah ni..
Padahal berdua je aku dengan Nas termasuk si kecik Akiko.

Balik terus keluarkan ayam letak bawah air paip mengalir.
Lembut je ayam terus bersilat ke dapur.
So menu hari ni aku pilih tuk masak ayam kicap je..

Korang nak resepi ke?
Takpe la sebab aku ni rajin so meh nak share sikit resepi ayam masak kicap style aku yang aku warisi dari mak aku Cikgu Enon.

Bahan-bahan:
4 ketul ayam
Sebiji kentang
Selabu bawang Besar
3 ulas bawang putih
Seinci halia
7 biji cili padi
Sebatang serai
1 sudu air asam jawa 
Kicap & sos tiram 

Cara-cara:
Gaul ayam dengan kunyit garam
Kentang potong wedges 
Goreng ayam sekali dengan kentang
Sementara tu potong bawang dan halia
Tumiskan bawang halia serai dan cili hingga layu
Masukkan air asam jawa kemudian sos tiram & kicap
Biarkan mendidih masukkan ayam & kentang yang dah digoreng tadi
Aku tak letak garam sebab tadi ayam da Ada garam pastu kicap & sos tiram pun da masin


Selamat mencuba


Tuesday, May 5, 2015

Menangi diaper bag bernilai RM243.80






First time aku tengok diaper beg cenggini punya lawo..
Keluar berjalan bawak beg gini takdelah susah-susah lagi nak bawak 2 3 beg ye dak?
Ni kang beg anak lain handbag sendiri lain.
Memang selekeh.

So arini APPLECRUMBY FISH nak bagi free beg kat atas yang bernilai RM243.80 tu kat kita mak-mak ni..

Caranya senang je.

Klik sini
Nanti korang kena isi form sket pastu akan dapat link korang sendiri.
Guna link tu untuk share ngan kengkawan family korang.
Makin ramai yang klik kat link korang tu makin tinggi la peluang untuk menang.




Pintu KEMISKINAN sentiasa dibuka


Masalah BESAR dalam hidup, akibat dari meninggalkan SOLAT! Wajib dengar dan berubahlah sebelum terlambat.
~ Ruginya amalan-amalan orang yang meninggalkan solat
~ Cara terbaik untuk tunaikan solat subuh, kalau terlewat
~ Hinanya orang ISLAM yang sengaja tidak mahu solat
~ Punca masalah bertimpa-timpa..

Aku memang tersentap masa nampak ada kawan dekat facebook yang post video ni.
Ya Allah ampunkan aku yang pernah mengabaikan solatku.

Takde apa-apa tak yah baca

Arini da keje semula?
Huwarghhh ngantuknya..
Ada yang sambung cuti?
Mesti ada yang MC la tak pun EL..
Aku tau sangat da perangai korang ni sebab aku pun kadang-kadang camtu...muahahahaha 

Aku sebenarnya nak story sikit yang Ada anak gajah tergolek tadi kat parking da sampai ofis..
Tak semena-mena masa iols tengah jalan ala-ala catwalk model gemuk tetiba iols hilang pertimbangan dan berlari seorang jejaka tampan persis Zul Arifin yang cuba menyambut iols dari terjatuh..
Mata bertentang mata dan dia menghulurkan sejambak bunga tahi ayam..
Huwaaaa malangnya tu memang tak terjadi..
Yang betul terjadinya aku jatuh tersungkur cuma tak tergolek je..
Sakit tau lutut ngan tapak tangan cuma tak luka je..
Hahaha anje-anje sangat ni nak ngadu..
Eh biarlah blog kita ikut suka kita la nak tulis apa..
Kalau awak tak suka awak ikut step ni.
Bawak cursor awak ke kanan atas monitor komputer awak..
Sekarang awak nampak tak "x" dalam kotak merah kecil tu..
Awak klik kat situ dan dengan secara suka relanya awak dah tak payah baca blog kita ni lagi..

Eh apsal ko mengada sangat arini lepas jatuh ni? 
Lalalalalala

Friday, May 1, 2015

Masak lemak cili api nenas dengan ikan talang masin

Selamat bercuti panjang uols..
Melompat-lompat memasing dapat cuti panjang kan?😆😆
Dah cuti ni apa lagi masak-memasak la aktiviti kita.
Tapi hari-hari masak jugak cuma arini kita masak special la sikit kan..
Special la sangatnya..

Aku ni memang penggemar tegar masakan kampung ni..
Lauk paling aku suka masak lemak cili api.
Tak kira la ikan ke ayam ke daging ke asalkan masak lemak cili api..
Memang lauk kampung sangat pada aku.
Pastu mesti nak campur apa-apa sayur dalam tu.
Paling best sayur-sayur kampung la cam pegaga ke pucuk ubi ke baru meletop lauk kau kiah.
Lagi satu aku nak share kalau nak lauk lemak cili api kau sedap bila makan goyang bontot tak yah letak sebiji bawang pun.
Memang aku jamin pasni hari-hari laki minta masak lemak cili api je.

Ok dah bebel meh nak bagi resepi masak lemak cili api nenas campur ikan talang masin.


Bahan-bahan:
Sebiji nenas muda 
2 ekor ikan talang masin
Cili api 9 biji 
Kunyit hidup 1 inci 
Santan 1 kotak 

Cara-cara:
Potong ikan masin saiz 2 inci pastu rendam dengan air tuk kurangkan rasa masin.
Bersihkan nenas kemudian potong sama saiz dengan ikan tadi.
Blendkan cili api dengan kunyit.
Tuangkan dalam periuk bahan yang dah diblend tadi biar sampai mereneh.
Masukkan santan kacau selalu supaya tak pecah santan.
Bila dah mendidih masukkan ikan masin biar sekejap baru masukkan nenas tadi.
Kalau rasa tak cukup masin masukkan garam ujung sudu je sebab tadi kita dah ada ikan masin kan.
Biar mendidih lagi baru tutup api..

Kalau nak lagi sedap tumbuk guna lesung cili dengan kunyit tadi.
Pastu guna santan asli baru terasa lemaknya.

Jemput makan semua..