ADANI AKIKO SHOP

Agen sah Fame Cosmetics, Melure Perfume dan produk kecantikan Seqy Beauty. Untuk merasai kehebatannya hubungi 018-7746645. Tester disediakan untuk anda sekitar Putrajaya.

Wednesday, September 18, 2013

Tips lulus house loan..

Sapa yang tak teringin nak ada rumah sendiri kan?Memang best kalau ada rumah sendiri ni.Maca-macam boleh buat.Aku pun camtu.Baru-baru ni ada kawan update die da lulus house loan then da dapat rumah land house kat Batu Kikir.Area sana rumah masih murah.Kata die harga tak sampai suku juta..Rumah 24x116..Aku bukan pandai sangat bab ni.Taopi aku ada keinginan nak memiliki rumah sendiri.So tadi belek-belek FB ade yang post pasal tips nak lulus house loan dengan mudah..Mudah la kot..Takpe lah aku just sharing kalau berguna pada korang boleh la guna..

Tip - Gaji RM2,000 Boleh Lulus Loan Rumah?

Berdasarkan laporan akhbar tahun 2013, hanya individu berpendapatan RM7,000 ke atas sahaja yang layak mendapat pinjaman untuk membeli rumah.

Keadaan ini mengerikan.

Bagi yang berpendapatan minimum sekitar RM900 hingga RM2,000, golongan ini akan menghadapi kesukaran untuk membeli rumah.

Dalam masa sama, terdapat 3 strategi yang boleh kita gunakan bagi membuatkan pihak bank tetap suka untuk berikan pinjaman (loan).

Amaran: 3 strategi ini bukan untuk orang malas.

=======
Strategi 1 - Ghaibkan Hutang Liabiliti 
=======

Jangan berhutang untuk membeli sebarang jenis liabiliti.

Hutang-hutang akan menyebabkan bank takut mahu bagi pinjaman kepada kita.

Bank risau jika kita tidak mampu bayar hutang yang lebih besar. Hutang rumah adalah hutang yang besar setiap bulan, dan tempoh bayarannya lebih daripada 10 tahun.

Jika kita ada berhutang untuk membeli gajet, maka cepat-cepat langsaikan hutang terlebih dahulu.

Tidak berhutang pada gaji RM2,000 adalah satu kelebihan yang dapat membantu bank untuk luluskan pinjaman perumahan.

=======
Strategi 2 - Pinjam Duit Darah Daging
=======

Ibu bapa, saudara mara, sepupu dan sewaktu dengannya.

Berbincang dan beritahu mereka bahawa kita mahu beli rumah.

Pinjam duit mereka dengan bersyarat. Iaitu membayar amaun yang kecil dengan konsisten.

Contohnya, kita mahu beli rumah bernilai RM180,000.

Biasanya, wang deposit diperlukan adalah 10% daripada harga rumah (RM18,000).

Cara berkesan untuk membantu mereka menghulurkan bantuan kewangan adalah menunjukkan kemampuan kita menguruskan duit.

Tunjukkan bank statement setiap bulan. Tunjuk bagaimana kita uruskan duit masuk dan keluar setiap bulan dengan baik.

Bukti-bukti ini akan meningkatkan keyakinan ahli keluarga. Mereka percaya kita dapat bayar ansuran pinjaman secara konsisten.

=======
Strategi 3 - Cipta Paip Duit Satu Lagi
=======

Jalan pintas adalah menambah satu lagi paip duit.

Contoh paip duit yang terbaik adalah perniagaan.

Mulakan perniagaan secara kecil-kecilan dengan modal semut (bawah RM300).

Kita boleh menjadi agen untuk produk-produk tertentu. Setiap duit untung yang dapat, laburkan kembali ke dalam bisnes.

Lagi banyak duit masuk, lagi tinggi peluang kita untuk lulus loan.

Bank suka bagi pinjam duit kepada orang yang banyak duit dan pandai urus duit.

Dalam masa, siapkan terus dokumen-dokumen penting sebelum berniaga. Supaya kita dapat mudahkan kerja pihak bank, untuk lihat segala penyata akaun dan maklumat kewangan.

Maklumat dokumen-dokumen penting ada dalam pakej ebook, "Lulus Loan Rumah" - kredit lulusloan.com

4 comments:

  1. alhamdullillah ..sy da ada umah sendiri..deposit 10 percent tu bole kuarkan kwsp..

    ReplyDelete
  2. Saya belum mampu beli rumah kat KL ni.. rumah2 kat KL rega semua mengerikan. golongan tak kaya macam saya dengar je pun rasa ngeri cuma harap ada la rezeki akan datang dapat beli rumah sendiri

    ReplyDelete
  3. ooiiiiii lame aku carik blog ko.
    iskkk

    ReplyDelete