ADANI AKIKO SHOP

Agen sah Fame Cosmetics, Melure Perfume dan produk kecantikan Seqy Beauty. Untuk merasai kehebatannya hubungi 018-7746645. Tester disediakan untuk anda sekitar Putrajaya.

Wednesday, June 24, 2015

Ofis kerajaan di Putrajaya terputus bekalan aircond

Arini kami penjawat awam di Kompleks A B C D E Putrajaya termasuk Alamanda dan Everly Hotel kepanasan sebab aircond disebabkan kebocoran saluran paip bekalan air dingin semasa kerja penyambungan bekalan elektrik dai Presint 1 hingga presint 12 oleh pihak TNB.




Time ni aku dah mula rasa pening..
Harap-harap PM umum esok cuti peristiwa..
Aamiin



CPUV Old Town pulak


Alhamdulillah masuk lagi CPUV lagi arini..
Menggedik-gedik ads Old Town tu kat blog aku.
Time kasih banyak la Nuffnang..
I love you somas la.

Aku paling sukalah Old Town white coffee hazelnut tu.
Sekali bancuh kat ofis confirm lah yang tengah khusyuk tunjuk buat kerja terus terangkat kepala cari siapa yang dok bancuh air.
Tu belum buat ice blended lagi.
Topping letak cream pastu caramel dah tak payah nak habis duit pegi Bintangbuck dah.

Eh rasa nak mengopi lah pulak time ni..
Sabar-sabar tunggu bukak puasa nanti deh

Susulan contest jom kurus bersama Intan Dayani

Duka cita aku nak maklumkan bahawasanya niat aku nak buat contest jom kurus bersama intan dayani telah terbatal secara rasminya memandangkan tiada sambutan..
Ada la jugak 2 orang tanya lepas aku tepek contest ni kat facebook Kelab Diet Atkins ramai gak yang jenguk blog aku nak tengok syarat-syarat aku tu..
Aku syak contest ni tak dapat sambutan sebab ada yuran sebanyak RM10..
Yelah aku faham bukan senang orang nak bagi duit dekat orang yang tak dikenali lagi-lagi kat alam maya camni kan?
Aku takde hal pun..It's your decision..

Makanya aku kenalah redah sorang diri hasrat murni aku tu..
Tapinya belum start pape lagi..
Adoilaaaa

CPUV Nuffnang di bulan puasa.

Pagi ni masuk page Nuffnang terus tengok earning walaweyh ada CPUV la..
Alhamdulillah rezeki di bulan Ramadhon yang berkat lagi mulia ni..
Terima kasih la Nuffnang yang kuamat sayangi ini pun..

Dah lama weyh tak dapat CPUV camni berderet pulak tu..

Kesian pulak aku ni kan..hahahaha