ADANI AKIKO SHOP

Agen sah Fame Cosmetics, Melure Perfume dan produk kecantikan Seqy Beauty. Untuk merasai kehebatannya hubungi 018-7746645. Tester disediakan untuk anda sekitar Putrajaya.

Monday, June 29, 2015

Kari Ikan - Buka Puasa Ke-10

Patutnya adik-adik aku dah balik tengahari sabtu tu tapi memasing malas je nak gerak tgk sebab tak puas menggomol si Akiko makanya aku pun bersilat la kat dapur masakkan kari ikan tongkol untuk diorang.
Berselera masing-masing makan.
Aku buat kari pekat-pekat ala-ala mamak style.
Adik aku memang hantu kari.




Kari ikan tongkol
Sambal belacan
Ayam goreng kunyit
Ulam bendi, petai & timun
Karipap sardin sedap tak tinggal

Meh nak share resepi kari ikan ala mamak

Bahan-bahan:
Seekor ikan anggaran berat 1kg
6 sudu makan serbuk Kari (aku guna adabi)
1 sudu makan halba campur (halba, jintan, biji sawi)
2 tangkai daun kari
1 genggam asam jawa (jadikan pes)

Setengah kotak santan (kotak kecil)
*Bawang besar
*Bawang putih 7 ulas
*Halia 2 inci
Cili hijau besar sebiji
Sebiji tomato

Cara-cara:
Bersihkan ikan 
Tumbuk bahan bertanda *
Serbuk kari tambah air dijadikan pes
Campurkan dengan halba campur, bahan yang ditumbuk dengan daun kari
Tumiskan pes kari tadi sehingga terbit minyak
Api jangan terlalu besar supaya bahan tumisan tak hangit yang boleh sebab kari jadi pahit
Masukkan sikit air 
Teruskan menumis sampai terbit minyak sekali lagi
Tuangkan air asam sehingga agak menutupi ikan
Biarkan mendidih baru masukkan garam, ajinomoto 
Masukkan santan kacau jangan sampai pecah/santan berketul-ketul
Masukkan cili besar yang di patah-patahkan dengan tomato tadi.
Biarkan menggelegak sekali lagi tutup api.
Siap

Sambal belacan
*3 biji cili besar merah
*10-15 biji cili padi
10 biji limau kasturi
*Secubit gula
*Belacan saiz duit 50 sen

Cara-cara:
Tumbuk lumat bahan bertanda *
Perahkan asam limau
Kalau rasa kurang masam boleh tambah limau lagi

Yamsss





Sup Tulang - Buka Puasa Ke 9

Jumaat hari tu adik-adik aku datang berbuka then tido semalam kat rumah aku.
Cuma adik-adik aku je yang 2 orang tu dengan adik ipar mak aku tak join sekali.
Sebagai seorang kakak yang penyayang haruslah menyediakan makanan yang enak untuk adik-adik tersayang.
So balik tengahari tu singgah pasar P8 beli tulang campur daging sikit.
Beli ulam sebab nak makan dengan sambal belacan.
Tengah taip ni meleleh pulak air liur.



Adik ipar aku dah siap-siap masak ayam black pepper dengan sayur kubis.
Tapi aku nak tambah jugak sejenis lagi lauk.
Tu yang terjadinya sup tulang sambal belacan dengan ulam.
Seronok tengok diorang makan bertambah.
Karipap tu karipap sardin aku beli frozen dari kawan aku simpan stok kat rumah.
Goreng 13 ketul habis.
Suka sangat diorang lagi-lagi yang bongsu tu.
Karipap dia memang sedap pun inti memang sardin semata penuh.
Diorang buat inti tu macam inti sandwich pastu bila makan tergigit cili padi potong-potong.
Nanti aku share info pasal karipap ni kot korang nak rasa.

Pas maghrib bawak diorang pegi IOI Mall adik bongsu tu nak pegi Uniqlo cari seluar jeans.
Last-last die tak beli pape aku yang berhabis beli kasut ngan baju Kiko.
Hahaha tu standard.

Nak share jugak lah resepi sup tulang aku.

Bahan-bahan:
1kg tulang+daging
2 bungkus sup bunjut tulang Adabi
*Selabu bawang besar 
*7 ulas bawang putih
*2 inci halia
Daun sup
Daun bawang

Cara-cara:
Basuh bersih tulang dan daging
Rebus dalam 2 jam atau sehingga empuk bersama sup bunjut
Mayang/potong bahan bertanda *
Tumiskan bahan bertanda * sehingga naik bau dan kekuningan
Lepas tu curahkan sekali dengan minyak tumisan tu dalam rebusan tulang tadi
Sebelum tutup api masukkan daun sup & daun bawang tadi.
Siap untuk dihidang


Thank you Nuffnang - CPUV Shell Helix

Eh 2 hari tinggalkan blog rindunya..
Sejak bila?
Sejak 2 menjak Nuffnang murah hati bagi aku CPUV ni semangat aku nak berblog.

Pagi ni check alhamdulillah masuk lagi seketul on going CPUV.
Masuknya Jumaat tapi aku tak perasan maybe petang kot sebab Jumaat aku halfday.

CPUV kali ni dari Shell.


Shell ni memang pilihan utama aku la.
Apa-apa nak isi minyak mesti nak cari Shell dulu kalau terdesak sangat baru pegi P......s.
Bila isi dengan Shell ni aku rasa engine tu lebih smooth.
Tak caya pegi isi minyak kat Shell.

Anyway thank you Mr Nuff kerana terus mempercayai saya..amboi
Thank you jugak kepada pihak Shell kerana sudi beriklan di blog ni..



Friday, June 26, 2015

Buka puasa hari ke 8

Aku tak pernah lagi share menu buka puasa aku tahun ni kan.
Gambar amik dah cuma pikir berpuluh kali nak share kat sini.

Semalam sementara tunggu nak balik tu tah cane aku boleh terbuka website Mc D..
Dah tertelan-telan air liur tengok burger.
Terus Whatsapp Nas ajak berbuka kat Mc D.
Die pun setuju.
Balik kerja amik Kiko cam biasa bersiap kul 6.30 keluar.
Kitorang malas sikit kalau nak pergi Mc D Alamanda pasal nak kena masuk dalam parking bagai.
Tambah lak Alamanda masih berpanas sebab masalah aircond tu tak settle lagi.
So moh la kita pegi Mc D Kota Warisan Sepang.
Amboi bunyi kemain jauh nak g makan Mc D je pun.
Sebenarnya takdelah jauh mana pun dalam 20 minit da sampai.
Masa sampai kosong lagi orang belum datang sangat.
So semalam makan 2 chicken foldover tuk mak bapak.
Anak kita belikan bubur ayam.
Suka budak kecik tu makan.


Chicken foldover ni memang kegemaran aku la dari dulu.
Kalau keluar je mesti nak makan walaupun sekali.

Ok la nanti nak share gambar menu buka puasa yang aku masak sendiri.
Tata








Thursday, June 25, 2015

Tupperware pertamaku

Salam Ramadhan yang ke 8.
Arini nak cerita pasal Tupperware bukan tipuware ye.
Rasa-rasa zaman la ni ada lagi ke wanita-wanita yang tak berminat nak jadi Tupperware collector?
Jawapannya ye ada dan orang itu adalah aku..
Hahaha apsal aku tak minat?
Sebab harga dia yang mahal.
Ye aku tau akan ada yang cakap worth it dengan kualiti dia.
Pada aku asal aku letak makanan tak tumpah tak lemau kira ok la.
Tapi tak bermakna aku ni menolak terus produk Tupperware ni.
Bile ada promosi yang gila murah aku beli gak contoh cam bekas sup ni beli dengan kawan aku harga ahli.

Percayalah bahawasanya inilah Tupperware pertama yang aku pernah beli.

Cane aku boleh terbeli sebab aku nak guna untuk letak makanan Akiko untuk hantar kat rumah pengasuh.
Pengasuh Akiko pun gile Tupperware.

Beli masa kempen ni May 2015

Dalam katalog harga RM41 guna membercard dapat harga RM30.75

Sekian #kipidap






Wednesday, June 24, 2015

Ofis kerajaan di Putrajaya terputus bekalan aircond

Arini kami penjawat awam di Kompleks A B C D E Putrajaya termasuk Alamanda dan Everly Hotel kepanasan sebab aircond disebabkan kebocoran saluran paip bekalan air dingin semasa kerja penyambungan bekalan elektrik dai Presint 1 hingga presint 12 oleh pihak TNB.




Time ni aku dah mula rasa pening..
Harap-harap PM umum esok cuti peristiwa..
Aamiin



CPUV Old Town pulak


Alhamdulillah masuk lagi CPUV lagi arini..
Menggedik-gedik ads Old Town tu kat blog aku.
Time kasih banyak la Nuffnang..
I love you somas la.

Aku paling sukalah Old Town white coffee hazelnut tu.
Sekali bancuh kat ofis confirm lah yang tengah khusyuk tunjuk buat kerja terus terangkat kepala cari siapa yang dok bancuh air.
Tu belum buat ice blended lagi.
Topping letak cream pastu caramel dah tak payah nak habis duit pegi Bintangbuck dah.

Eh rasa nak mengopi lah pulak time ni..
Sabar-sabar tunggu bukak puasa nanti deh

Susulan contest jom kurus bersama Intan Dayani

Duka cita aku nak maklumkan bahawasanya niat aku nak buat contest jom kurus bersama intan dayani telah terbatal secara rasminya memandangkan tiada sambutan..
Ada la jugak 2 orang tanya lepas aku tepek contest ni kat facebook Kelab Diet Atkins ramai gak yang jenguk blog aku nak tengok syarat-syarat aku tu..
Aku syak contest ni tak dapat sambutan sebab ada yuran sebanyak RM10..
Yelah aku faham bukan senang orang nak bagi duit dekat orang yang tak dikenali lagi-lagi kat alam maya camni kan?
Aku takde hal pun..It's your decision..

Makanya aku kenalah redah sorang diri hasrat murni aku tu..
Tapinya belum start pape lagi..
Adoilaaaa

CPUV Nuffnang di bulan puasa.

Pagi ni masuk page Nuffnang terus tengok earning walaweyh ada CPUV la..
Alhamdulillah rezeki di bulan Ramadhon yang berkat lagi mulia ni..
Terima kasih la Nuffnang yang kuamat sayangi ini pun..

Dah lama weyh tak dapat CPUV camni berderet pulak tu..

Kesian pulak aku ni kan..hahahaha

Wednesday, June 17, 2015

Contest 'Jom kurus bersama Intan Dayani sambil menang duit raya'.

Bersempena menyambut puasa tahun 2015 ni aku berniat nak buat contest 'Jom kurus bersama Intan Dayani sambil menang duit raya'.



Amboi ko dah menghilang berminggu-minggu tetiba muncul balik terus nak buat contest. Ko ghase?

Aku sebenarnya dah pasang niat nak kurangkan berat aku bersempena bulan Ramadhan (sebut Ramadhon) yang mulia ni. So untuk menaikkan semangat aku nak ajak la reader blog picisan aku ni sama-sama kurus dengan aku raya nanti sambil berpeluang menang duit raya.

Nak buat contest kena la ada syarat-syaratnya kan.. Moh ler teman nak kabor sikit syarat-syarat.


  • Peserta yang paling banyak dapat menurunkan berat badan atleast 5kg akan dikira sebagai pemenang.
  • Setiap penyertaan akan dikenakan yuran sebanyak RM10 yang mana akan digunakan sebagai hadiah utama. 
  • Setiap peserta DIWAJIBKAN untuk mengambil gambar terkini dan gambar berat yang tertera pada penimbang dan emailkan kepada saya di intandayani@gmail.com.
  • Pemenang akan diumumkan pada hari raya ke 4 bersamaan dengan 20 Julai 2015 (Isnin).(sempena birthday Baby Akiko)
  • Contest akan bermula pada puasa ke 3 bersamaan dengan 20 Jun 2015 (Jumaat) sehingga last day puasa 16 Jun 2015 (Khamis).
  • Peserta hendaklah segera memaklumkan kepada saya berat masing-masing beserta gambar di atas penimbang pada 17 Jun 2015 (Jumaat) bagi memudahkan saya untuk memilih pemenang.
  • Peserta bebas memilih cara masing-masing untuk mengurangkan berat badan (Atkins ke, low calories ke, puasa+excercise ke terpulang masing-masing)
  • Penyertaan hendaklah disubmit sebelum 2 petang esok bersamaan dengan 18 Jun 2015 beserta dengan yuran yang dibank in ke akaun saya MAYBANK 164810053676 atas nama NOOR HIDAYANI ABDULLAH.
  • Sekiranya ada yang berminat untuk menjadi sponsor bagi contest ni pemberian anda amat-amat dialu-alukan.
  • Tujuan saya mendapatkan gambar berat anda di atas penimbang adalah bagi mengelakkan sebarang penipuan berkenaan jumlah berat yang berjaya dikurangkan.
Rasanya setakat tu je kot syarat-syarat yang dikenakan untuk menyertai contest ni.

Tujuan aku buat contest ni untuk menggalakkan lebih ramai insan-insan yang ada extravaganza lelemak tu dapat selim-melim berpenampilan menarik di hari raya nanti. Yang paling penting bila berat badan berkurang kita semua akan sihat walafiat insyallah.

Segala pertanyaan dan penyertaan email terus ke inbox aku intandayani@gmail.com segera. Lebih ramai yang join lebih mencabar untuk kita semua. Jumlah hadiah akan aku maklumkan dalam entry seterusnya.

So marilah sama-sama menyahut cabaran aku ni sebagai tanda sokongan korang pada aku.


Bagi meleleh air liur orang kampung tengok korang dah slim river balik raya nanti






Thursday, June 4, 2015

Makan kat Black Canyon

Ni kejadian sebelum puasa aritu..
Tak silap aku 28 May ritu kot.
Aku ingat sebabnya aku half day aritu bawak Akiko checkup 10 bulan..
Aishhh cepatnya masa berlalu sekejap je Akiko nak setahun dah bulan depan.

Ok ni bukan nak cite pasal makcik tu.
Aku nak share Nas bawak kitorang makan luar aritu..
Kalau pakcik tu yang ajak makan luar kita wajiblah tak menolak.
Dia suruh aku decide nak makan mana.
Selalunya kitorang akan pilih makan nasi arab pilihan kitorang dekat Presint 15 tu.
Mr Kabab & Briyani..
Tapi sebab kitorang baru sangat makan nasi arab 3 hari sebelum tu so keinginan tu takde.
So aku decide jom kita makan western.
Makanya tempat yang kitorang tuju haruslah tempat yang paling dekat dengan rumah..
Ke Black Canyon Alamanda jela kita.

Kitorang memang jarang sangat-sangat makan dekat restoran biasanya kat food court je tak pun beli makanan pasar malam saja.
Takdelah gayat sangat pun bila dapat makan kat Black Canyon ni.
Sebenarnya aku pilih BC sebab ingatkan diorang ada serve mashed potato untuk aku suapkan Akiko.
Malangnya bila tengok menu tak ada mashed potato.
Sebab dah masuk so kita makan la apa yang ada.

Aku order lamb chop..
Portion dia adalah besar ye so aku recommend makanlah share berdua.
Tapi aritu aku makan sorang je sebab Nas bukan pemakan kambing.

2 keping lamb dengan black pepper sauce French fries dengan salad..salad tu sedap

Nas makan pineapple fried rice..

Air Nas green tea kot

Air aku milkshake cookies kot..lupa la dah dekat sebulan peram cite nikan?

Pas air sampai tu tetiba datang mushroom soup.
Eh rasanya aku tak order pun.
Tapi telan gak. Sedap creamy aku suapkan Akiko makan tu je memandangkan tak terlalu masin.



So ni total bil makan-makan kami aritu






Tuesday, June 2, 2015

My little garden

Aku sejak setahun 2 ni dah mula minat bergardening.
Xde la gardening sangat pun.
Duduk pun apartment mana nak datangnya tanah nak dicangkulkan.
So kena la cari alternative bercucuk tanam dalam pasu.
Asalnya dulu aku beli pokok bunga je kat Carrefour sekarang da jadi Aeon Big.
Lama-lama mula beli pokok cili cherry.
Pastu berjangkit cari pokok pandan.
Dedua pokok tu pun da arwah sebab panas melampau plus aku jarang siram sebab masa tu pokok tu aku letak kat balkoni depan yg aku jarang keluar.
Aku banyak habis masa kat dapur so pokok-pokok aku pun aku pindahkan terus ke balkoni dapur.
Senang sambil-sambil masak boleh la jirus-jirus pokok.

Biasanya aku akan jirus pokok guna air basuhan beras.
Jimat air pastu dalam masa yang sama pokok boleh dapat nutrien dari air beras tu.

Agaknya hormon pempuan dah kahwin plus umur pun dah 3 series so minat bercucuk tanam tu tetiba datang.
Lagipun jaga pokok ni tak susah mana asal cukup baja cukup air insyallah subur la pokok tu.
Alhamdulillah tangan aku serasi pokok yang aku tanam menjadi.
So lets check it out pokok-pokok yang masih bertahan dan pokok-pokok baru tanam.

Daun bawang dengan kentang.

Aku tengok dedua dah bertunas so aku letakkan jela kat tanah yang aku beli sekampit RM4 kat nursery PKNS Bangi.
Aku tanam dalam 3 minggu lepas asalnya tunas bawang tu seinci je pastu daun pun dah kuning.
Bila aku letak dekat tanah 3 hari je daun dah mula hijau.

Pokok kari hidup segan mati tak mau.Mana taknya baru 4 5 tangkai aku dah petik masak lauk..hehehe

Aloe vera aku beli masa floria 2 tahun lepas..

Aku beli sebab konon-konon malam sebelum tidur nak sapu kat muka so bile bangun pagi kulit tegang.
Sudahnya ke laut cita-cita hot-hot chick shit aku tu.
Pokok aloe Vera paling senang jaga dan senang membiak.
Aku siap dah alihkan anak-anak dia kat pasu lain sampaikan pasu seluas besen tu pun dah penuh takde ruang lagi.
Aloe vera ni aku baru je pindahkan ke dapur sebab terbiar je kat depan tak bersiram sampai daun bertukar warna merah.
Ni dah 2 hari aku pindahkan ke dapur siram tiap hari dah nampak daun dia mula hijau semula.

Ni pokok hiasan aku.Bunga ros tu beli kat tesco.

Tu jela cerita gardening aku.





Monday, June 1, 2015

Otak tepu

Aku sebenarnya memang banyak benda nak share cuma otak tepu nak mengarang ayat.
Tunggu ye idea  mengalir mencurah-curah nanti.