ADANI AKIKO SHOP

Agen sah Fame Cosmetics, Melure Perfume dan produk kecantikan Seqy Beauty. Untuk merasai kehebatannya hubungi 018-7746645. Tester disediakan untuk anda sekitar Putrajaya.

Tuesday, August 27, 2013

Mimi mengada tapi sayang

Cuba korang teka Mimi ni sape?

Mimi ni kucing aku.Walaupun die jantan aku letak name Mimi gak.Mimi ni manje kemain.Sekarang ni asyik nak kene upah dokong je paling kurang sekali.Huhu tak paham aku kucing sekor ni.

Mimi ni aku jumpa masa dok sewa kat Kuala Pilah.Mase bawak die datang Putrajaya kitorang tak pakai kereta lagi.So laki aku datang naik moto.Mimi masa tu laki aku letakkan die dalam beg galas belakang tp bukak sket la bahagian atas tu bagi udara masuk.Mas tu die besar tapak tangan je dengan bau cam hayam..haha..

Nekad je masa bawak die berdoa biarlah panjang umur.Laki aku cakap die senyap je sampai Putrajaya.Ingatkan da mati ke rupenya die sedap tido sebab masa tu die memang tak sihat.Memula Mimi je yang ada kat rumah tu.Lebih kurang 4 bulan lepas tu baru aku hangkut sikit-sikit kucing dari Kuala Pilah.hehe aku memang pantang tengok kucing terbiar ni.Cepat nau ati ni sedih nak nangis.Lagi lak kalau tengok yang tak sihat tu.

Masa kecik dulu kemain garang pas die sihat dulu.Asyik nak mengigit orang je.Calar-balar tangan die keje kan.Now da jadi manja lak die.Kalau dukung tu siap lentok-lentok nak tido.Ngade sangat.Si Mimi ni aku da kasik buang telur die.Hehe mase baru balik dari klinik tu jalan siap ngengkang.Ala-ala cam orang baru pas sunat..haha

Dah nah layan pic Mimi mengada



1 comment:

  1. alhamdulillah demuk dah mimi ni sehat dan comel bertuah dia jumpe intan...

    ReplyDelete