ADANI AKIKO SHOP

Agen sah Fame Cosmetics, Melure Perfume dan produk kecantikan Seqy Beauty. Untuk merasai kehebatannya hubungi 018-7746645. Tester disediakan untuk anda sekitar Putrajaya.

Monday, September 14, 2015

Kenangan

Aku baru je BW kat blog FL entry pasal pjj dengan husband dia.
Terus aku teringat masa memula dapat kerja government tengok offer letter kena lapor diri kat Jabatan Kesihatan Negeri Negeri Sembilan (JKNNS).
Masa tu ingat ofis nanti kat Bandar Seremban tu je.
Dah nak cari rumah sewa dah tapi bila call sana diorang cakap masa lapor diri tu nanti akan ditetapkan hantar ke mana-mana hospital, pejabat kesihatan atau klinik kesihatan sekitar N9.
Perghhh masa tu risaunya Allah je yang tau.
Yela masa tu kitorang takde kereta sendiri.
Tak nak pergi kang sampai bila-bila takde kerja tetap.
Lagipun aku ni bukannya berkelulusan tinggi yang membolehkan aku untuk buat pihan ape je kerja yang sesuai dengan kelayakan aku.
So terima dengan hati terbuka berkorbanlah sikit.
Lagipun kerja gomen ni boleh mintak transfer melainkan ko lantikan negeri macam majlis daerah tu.
So 18.7.2011 mak ayah tiri aku dengan husband hantarkan aku lapor diri kat JKNNS.
Gerak lepas subuh sampai Seremban dekat-dekat kul 9.
Dalam kul 10 lebih camtu dapat surat penempatan.
Sekali bukak dapat kat Hospital Kuala Pilah atau nama komersial Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAJ).
Aku ni adalah fobia dengan hospital.
Setiap kali aku masuk hospital melawat orang first aku akan tanya mana rumah mayat?
hahahaha penakut giler weyh aku dulu.
Sekali bila tau dapat hospital aku punya berdebor sampai ke malam.hahaha teruk sangat masa tu.
Sampai kat hospital tu cam biasa la terus diorang tetapkan nak letak kat unit mane ape semua.
Masa lapor diri tu ada dalam 6 orang sama-sama dengan aku haritu.
Aku dapat kat pendaftaran masuk yang kena kerja 3 shift pagi petang malam.
Malam la struggle sikit sebab start kul 9 abis kul 7 pagi.
Malang menimpa-nimpa ni dah la dapat hospital kena kerja shift pulak dan yang lebih malangnya bilik daftar masuk tu dekat sesangat dengan bilik mayat.
Haaa pitam dah aku.

Iols redho jelakan.
Aritu jugak kena cari rumah sewa.
So tanye-tanyelah staf kat situ kalau tau kat mana ada rumah sewa ke bilik sewa.
Alhamdulillah dapat la bilik sewa sekali dengan staf HTAJ tu jugak dekat jugak kalau nak jalan kaki.
Dalam 10-15 minit ikut tahap kepantasan kaki berjalan.
So ada la dalam dekat setahun aku berjalan kaki ulang alik kerja.
Ikut schedule kerja aku akan kerja straight 9 hari shift pagi petang siang malam kadang ada yang tak kerja kena la double shift.
Cukup 9 hari kerja aku akan balik Putrajaya.]
Biasanya 3 hari sebelum cuti memang kena kerja shif malam untuk membolehkan dapat cuti straight 3 hari sebelum masuk kerja semula shif petang start kul 2.

First week kerja tu aku kerja office hour lagi tuk belajar.
Pastu bermula episod kena kerja shif.
Shif pertama aku adalah shif petang.
Bermakna aku kena balik kul 9 malam.
Wat-wat lek kul 5 ramai yang dah balik mula la terasa sunyi pastu patient pun tak berapa nak meriah kalau register pun kes datang dari emergency or bersalin kadang ada gak dari Hospital Jempol khas tuk kes berat.
Masuk maghrib aku dah cam nak kencing pun tahan ni.
Dalam bilik tu memang takde toilet so nak membuang ke hape silalah tumpang toilet kat emergency tak pun kat x-ray yang memerlukan aku untuk keluar ikut pintu belakang yang mana kalau keluar tu mesti akan nampak bilik mayat.
Tahan-tahan nak meletup dah pundi kencing.
Fuhh lega dah kul 9 cepat-cepat punch kad singgah toilet jap terus balik tanpa menoleh ke bilik mayat.
Hahaha terasa cam bodoh lak bila ingat-ingat balik.
Memang nak kena duga lagi sampai je kat laluan susur gajah tu van mayat lalu.
Choiii dah la jalan sorang.
Memang ada orang meninggal maghrib tu.
Ape lagi berjalan sepantas mungkin tuk sampai kat jalan besar.
Fuhhh selamat sampai rumah terus mandi makan maggi tidur sok nak masuk pagi lak shif kul 7.

Aku terus bekerja dengan jayanya tanpa sebarang gangguan alhamdulillah.
eh chop chop ada sekali tu shif malam aku dengar ada suara panggil nama aku Yaniii..
Ok meremang bulu roma...
Suara seorang makcik kebetulan memang ada makcik baru meninggal kat emergency tak lama sebelum tu.
Ni bukan rekaan sebab nak sedap kan cerita ye.
Memang aku dengar tu bukan dalam kepala tengah pikir pape yang bukan-bukan.
Aku cari-cari gak kot ada orang ke kat luar bilik tu.
Tapi memang takde sape dan waktu tu baru kul 10 lebih camtu.
Makcik yang meninggal tu kalau ikutkan bukan shif aku tapi prosedur kalau orang meninggal memang staf akan biarkan dalam sejam camtu sebelum bawak ke bilik mayat.
Partner aku lak malam tu lelaki kalau dengan dia time-time camtu die akan keluar jap beli makanan.
Ape aku buat lepas dengar suara tu???
Aku pasang mp3 agak kuat gak sebab nak hilangkan rasa takut.
Pastu boleh lak ada staf dari labour room datang nak register patient baru masuk tetiba muncul kat kaunter.
Hoiii nak gugur jantung aku time tu.
Tu la satu-satunya pengalaman buruk aku.
Alhamdulillah lepas-lepas tu takde da.

Tugas kat situ bukan setakat register patient je tapi kena terima bayaran duduk wad bayaran penggunaan ambulans dengan kenderaan jenazah atas request waris patient.
Lagi satu kalau ada waris patient yang meninggal kena call staf bailik mayat yang on call tuk pengurusan.
Yela hospital daerah kan so staf bilik mayat tu hanya akan kerja time office hour je so malam diorang on call.

Dalam setahun aku kat sana aku amik driving license yang memerlukan aku repeat drive kat jalan raya sebanyak 4 kali.
Penyebab aku kena repeat sampai 4 kali sebab aku fobia dok atas jalan raya.
Aku fobia dengan accident.
So bila kena drive tu aku punya jantung mesti berdegup kencang.
Tu yang kemain lama nak dapat lesen tu.
Alhamdulillah akhirnya genap setahun aku kat Kuala Pilah akhirnya aku dapat driving license terus pergi beli kereta bermodalkan personal loan untuk bayar deposit.
Jujurnya aku bercerita.
Aku tak kisah nak share kat sini biar orang tau yang aku bermula dari zero aku bukan orang senang lahir-lahir selimut duit.

Bila pjj dengan husband ni sayang tu berbunga-bunga.
Masa dapat kerja tu usia perkahwinan kitorang dah 3 tahun lebih pastu belum dikurniakan zuriat lagi.
Bukanlah aku nak cakap perkahwinan aku ada masalah sepanjang perkahwinan tu cuma tak sehangat masa mula-mula kawin.
So bila jauh-jauh baru ada rindu.
Bila dapat cuti tu tak sabar nau nak balik.
Dalam setahun pertama tu pas abis shif malam aku cepat-cepat tunggu bas kat depan hospital.
Naik bas sampai komuter Seremban.
Naik komuter sampai Bandar Tasik Selatan tukar lak ERL sampai Putrajaya.
Naik pulak bas.
Masa tu takde motor lagi.
Buat personal loan aku beli motor cash so bila sampai Putrajaya Sentral Nas jemput kalau dia tak kerja shif pagi haritu.
Dapat driving license terus keluar kereta myvi kesayangan aku tu.
Bawak kereta pulak sekarang.
Masa tu belum dapat tukar sebab takde kekosongan kat Putrajaya.

Rasa nak sambung kemudian lah cerita kenangan aku ni.
Tunggu next entry ye