ADANI AKIKO SHOP

Agen sah Fame Cosmetics, Melure Perfume dan produk kecantikan Seqy Beauty. Untuk merasai kehebatannya hubungi 018-7746645. Tester disediakan untuk anda sekitar Putrajaya.

Wednesday, November 2, 2016

Sedikit update perjalanan bisnes

Alhamdulillah.

Semalam memang hari rezeki buat aku.
Dari tengahari sampai ke malam rezeki bisnes mencurah-curah.
Bermula dari tengahari COD Fame Matte Lipcream 2 batang.
Balik kerja pun ada yang datang rumah ambil sebatang.
Malam pulak dapat whatsapp dari HQ Melure Perfume yang aku berjaya buat sales 20 botol perfume masa promotion period 20/8-20/9/2016.
So sebagai penghargaan HQ bagi percuma 2 botol perfume.
Alhamdulillah boleh aku buat tester.

Yang lagi surprise buat aku tersenyum time tidur.(tidur dalam iman)
Kawan FB yang tak pernah berjumpa pun tapi selalu bertegur sapa order Fame Matte Lipcream.
Sapu habis semua 7 colour dengan limited edition sekali.
Reaksi aku masa tu menagis okeh.
Ya Allah nikmat apa lagi yang aku dustai.
Semalam baru je restock 20 batang lipstick.

Aku rasa hidup aku sekarang lebih happy dari dulu.
Walaupun income tak sebesar mana tapi sentiasa ada cash flow.
Serious semangat kali ni start bisnes memang berkobar-kobar.
Sentiasa berusaha nak cari ilmu untuk tingkatkan dan luaskan bisnes Adani Akiko Shop aku ni.



Thursday, September 29, 2016

Birthday Treat

Assalammualaikum

Happy birthday to me.

Bersempena hari bersejarah arini saya nak belanja anda pembaca-pembaca blog picisan pasang surut saya ni.

BIRTHDAY TREAT 
-------------------------------------------------------------
Khas untuk pelanggan setia Melure inspired Perfume

Bersempena birthday saya pada hari ini setipa pembelian Melure anda layak mendapat

10% diskaun

Hanya pada hari ini 29 September 2016

Tawaran hanya terhad kepada pembeli yang membuat pembayaran sebelum 12 tengah malam hari ini.

WHATSAPP
018-7746645 


Melure No. 1 inspired Gucci Flora 
Melure No. 2 inspired Coco Chanel Mademoiselle
Melure No. 1 inspired Davidoff Cool Water
Melure No. 1 inspired Victoria's Secret Bombshell
Melure No. 1 inspired Avril Lavigne Forbiden Rose

Price RM35/bottle
25ml



Monday, August 1, 2016

Hospital Tuanku Jaafar (HTJ)

Esok aku ada appointment kali kedua dekat Hospital Tuanku Jaafar (HTJ).
Aku direfer ke Klinik Pakar O&G.

Semuanya bermula masa aku bleeding mengandung adik Akiko aritu.
Mesti ramai tak tau aku sempat 10 minggu je mengandung then bleeding pastu gugur sendiri.
Ok pasal tu nanti ada masa aku cerita.

Kita cerita pasal kes aku sampai kena buka file kat O&G sana.
Dr Pakar kat sana ada amik sample masa dia check aku bleeding aritu.
Sample hantar dekat lab.
Dalam sebulan lepas aku admitted HTJ tetiba dapat call dari staff nurse.
Rasanya masa tu pertengahan bulan Mei.

"Saya Sister A nak inform sample yang kita ambil hantar ke lab aritu result dia abnormal.
So kami nak minta puan datang Klinik Pakar O&G untuk penerangan dan prosedur seterusnya.
Saya bukanlah nak menakut-nakutkan Puan.
Tapi kalau puan tak beri kerjasama berkemungkinan besar lagi 5-10 tahun akan datang puan dah dijangkiti kanser pangkal rahim."

Aku dah rasa terganggu la masa tu sama macam perasaan aku sekarang bila aku call diorang sebab aritu da janji dengan aku kalau result negatif diorang call.
Malangnya tidak.

So pergi la aku ke Klinik Pakar O&G HTJ 2 Jun aritu.

Nanti sambung lagi k...


#agenseqybeautyputrajaya
#dsfamemattelipcream
#kopimakdara
#perkhidmatandeliveryputrajaya

Cik Pah kena denggi, Selamat pagi

Assalammualaikum
Selamat pagi

Macam mana dengan weekend uols?
Aku macam biasa takde pergi mana pun memerap dekat rumah je.

Tapi semalam malam pas maghrib ada lajugak keluar ngeteh kat mamak kembar Presint 9 tu.
Pastu macam biasa kitorang aku menghala ke arah Presint 2 pusing-pusing.
2 hari ko dok memerap kat rumah rasa otak tepu tau.
Maklum la kan bila kita ni memang dari Isnin sampai Jumaat kerja dapat tengok dunia luar walaupun pergi kerja balik kerja je tapi kepala tu tak seserabut duduk rumah.

Dah la Si Akiko tu sekarang ni da mula tantrum.
Sikit-sikit nak nangis.
Paling tak tahan bila dia da layan you tube kat fon.
Tangan jenis tak reti diam dok tukar-tukar lagu.
Pastu kang tersalah usik sikit mula la tercancel la pastu nak sign in la.
You tube kan kadang ada yang keluar iklan dulu kan?
Haaa yang tu pun nak mengamuk..
Haishhh tak paham aku stress mak.

Tu bila dia da mula ngamuk aku sorokkan je telefon tu.
Tak pun sebelum dia ngadap fon lagi aku da sorok siap-siap supaya dia tak minta.
Nasib la dia jenis kalau takde depan mata dia tak minta.
Tapi once tengok aku pegang je fon mula la dia berzikir "pin pin".
Bila aku bukakkan tv channel Disney XD tu takdenya dia nak tengok walaupun ada Upin Ipin.
Mencabar betul kesabaran aku.
Yela aku ni dok buat bisnes online kalau tak ngadap fon tu bahaya la jugak.
Tapi aku rasa bersalah jugak kat dia.
Kadang tu aku biar je pun fon tu.
Masa berlalu pantas.
Sedar-sedar anak da besar.
Sekarang kita abaikan dia esok lusa dia pulak abaikan kita.
Masa tu menyesal pun dah takde guna.

Anak kecik ni kita marah dia camne pun dia tetap dtg ngendeng kita kan?
Huwaa mama marah Akiko bukan sebab mama benci tapi mama marah-marah sayang.

Ni nak bagitau kat Putrajaya da de Mc Donal drive thru tau..
Mesti la ada delivery sekali.
Pasni tengahari makan Mc D jela..hahaha ape peghak beno ko ni?
Punya la berkurun wujudnya Putrajaya ni baru la ni nak ada Mc D drive thru n delivery.
Lokasi dia dekat dengan tepi tasik jambatan famous presint 2 tu.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sekarang aku ada bisnes baru.

PERKHIDMATAN DELIVERY PUTRAJAYA

Khas untuk orang-orang Putrajaya yang sibuk takde masa takde kenderaan nak beli barang keperluan rumah banyak-banyak.
Kami akan pergi shoppingkan barang-barang anda dan hantarkan depan muka pinu rumah anda.
Caj yang sangat murah dan berbaloi.

Pembelian RM1-RM100  - Caj RM10
Pembelian RM100-RM200 - Caj RM15
Pembelian RM200-RM300 - Caj RM20
Pembelian RM300 KE ATAS - Caj RM30

Radius sehingga 13km dari Bazaar 8.
Lebih dari tu kena tambahan RM5 setiap 10KM.

CONTACT 0187746645

Cara-cara:
HANTAR list barangan ke no 0187746645
Saya akan pergi shoppingkan barang anda dan hantar terus ke rumah anda.

Waktu operasi:
SABTU DAN AHAD
11PAGI - 1.00 TENGAHARI (WAKTU PENGHANTARAN)
Order sebelum waktu penghantaran.


Tuesday, July 12, 2016

Seqybeauty Putrajaya

Assalammualaikum

Arini takde apa nak cerita pun.

Cuma nak buat announcement yang aku sekarang dah berdaftar dengan Seqybeauty HQ sebagai agen sah produk diorang.
So untuk sesiapa yang nak dapatkan produk Seqybeauty yang semakin jadi permintaan ramai ni boleh la contact 0187746645 untuk dapatkan stok anda.

Okeh untuk memperkenalkan barang-barang Seqybeauty ni mai aku nak introduce sikit buat yang baru nak kenal.

Founder Seqybeauty ni adalah blogger SEPET NOH.
Produk Seqybeauty dah pun berada dalam pasaran lebih setahun.
Dah lebih dari 3000++ unit terjual.
Bermula dengan BB Cream kemudian set skincare, slimming lotion dan sekarang ada collagen.
Sesiapa yang perasan Seqybeauty dah mula berkembang dan dah ada iklan dekat radio Best FM dan terbaru iklan di TV9 iklan Seqybeauty (klik untuk lihat).

Okeh jom aku bawak korang berkenalan dengan semua produk keluaran Seqybeauty supaya mudah untuk korang buat pilihan.

Skincare 4 in 1 harga RM130
Cleanser 
Toner 
Serum
Krim Day & Night


BB Cream harga RM55
CODE Fair
CODE Natural
CODE Brown



Sakura mask harga RM80

Pelbagai kegunaan sakura mask ni. Bukan setakat untuk memperbaiki kulit muka malah boleh digunakan pada luka, eczema dan kulit melecet.

Lotion XXS (slimming lotion) harga RM45

Cak testimoni dari aku sendiri
Dulu jerawat kat batang hidung aku tu berkudis.
Memang masa tu da pikir kekal la ni.
Tapi alhamdulillah sejak aku gunakan skincare Seqybeauty ni jerawat tu dah tak berkudis lagi dan parut kehitaman semakin pudar.
Kulit aku pun makin hari makin lembut rasa nak belai selalu je kulit muka tu.
Hahaha ko dah kenapa obses sangat dengan kulit muka sendiri.
Tapi serius aku tak tipu.

She Collagen harga RM85

Ni lagi testimoni dari aku sendiri.Makin cerahkan kulit aku.

Ni lak adik kawan ofis aku masa ni dalam sebulan lebih dia pakai Seqybeauty.


Khas untuk korang semua yang membeli dari aku.
Sebarang pembelian bernilai RM100 ke atas berpeluang untuk dapatkan koleksi pin yang cun melecun.
Bukan sebarangan pin yang ada jual kat GM Klang tu ye.

Untuk yang nak mencuba dan nak dapatkan stok yang da kehabisan tu roger-roger aku 0187746645 

Untuk yang duduk Putrajaya, Serdang, BB Bangi, Dnegkil, Cyberjaya, Uniten & Equine tu boleh COD je uols..

Satu lagi nak minta tolong korang like page aku Seqy Beauty Putrajaya reramai k..
Jasamu dikenang



Monday, July 11, 2016

Selamat Hari Raya

Assalammualaikum 

Selamat Hari Raya Aidilfitri Mulia
Ampun maaf dipinta

Cak!!!Cak!!!

Hidup lagi ko Intan ingatkan da mampos...hahaha (maap le kite ni oghang Melake..jadiknya ayat tu kasau sikit bunyiknye)

Aku ada je menjengah-jengah rumah kedua aku ni ha.
Cumanya jarang nak meninggalkan jejak buat tatapan semua.
Eceh macam ler ghamai benau yang dok baca blog ko nih..

Amacam raya korang?
Aku tahun ni beraya Melaka.
Cam biase ler.
Nak balik kampung cik abang bukan ada sape pun tapi aku perasan dia cam touching asyik-asyik balik kampung aku je..
Abis tu kalau aku balik kampung dia pun kang tumpang rumah abang dia.
Pastu beraya dengan family abang dia jek.
Abis abis pun beraya rumah kengkawan dia je..
Itu pun kalau dihangkutnya anak bini kalau tidak...korang sambung ler

Meh nak belanja gambau ghaye aku sikit

Cam candid lak gambau ni..

Masih bertiga

Dia ni sekarang amik gambau mesti nak tutp mata

My mum & adik bongsu

Ghaye ke-2 nak mula merayap

Konon ghaye kat Scotland werkkk

Cucu2 dan nenek

Kelakar budak berdua ni bila bejumpa.Sesama rajin menyakat.

Itulah saja cerita raya aku.


Promo produk SEQY BEAUTY!!!


Khas untuk pembaca blog aku ni yang nak membeli atau baru nak mencuba produk Seqy Beauty ni contact 0187746645

untuk pembelian RM100 dan ke atas ada free gift untuk korang!!!

COD Putrajaya/BB Dengkil/McD BB Bangi/Hospital Serdang

ig:intandayani
page FB:Seqy Beauty Putrajaya