ADANI AKIKO SHOP

Agen sah Fame Cosmetics, Melure Perfume dan produk kecantikan Seqy Beauty. Untuk merasai kehebatannya hubungi 018-7746645. Tester disediakan untuk anda sekitar Putrajaya.

Monday, February 27, 2012

Kekalkan kebahagiaan dalam perkahwinan

Setiap dari kita yang berkahwin sentiasa berusaha untuk terus mengekalkan kebahagiaan dalam rumah tangga kitekan...so rini aku nak kongsi tips untuk sume supaya rumah tangga kita sentiasa aman & bahagia...tapi sesekali tergigit lidah tu biase la kan....sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri...lalalala

- Sentiasa Bersyukur – Banyakkanlah rase bersyukur pada Allah dan terima pasangan kita seadanya. Allah pernah berjanji pada hamba-Nya, jikalau kamu bersyukur akan Aku tambah nikmat-Ku?
- Kawal Emosi dan Bermujahadah – Bersabarlah, jangan sakiti hati pasangan dan jangan berdendam, kerana walaupun semasa bergaduh rasa menang tetapi hakikatnya dua-dua kalah (rugi). Rumahtangga yang menjadi mangsa. Tutup mulut dengan memperbanyakkan zikir, baca quran dan jangan buang masa dengan perkara-perkara yang melalaikan.
- Baik sangka dengan pasangan - Dalam Islam sentiasa galakkan umatnya untuk berbaik sangka dengan sesama insan. Jadik praktikkan la dengan pasangan kita.
- Muhasabah Diri – Selalu minta ampun dengan Allah kerana kita hamba-Nya yang lemah tidak akan pernah lepas dari membuat kesilapan. Kenali hati budi pasangan, jadilah orang yang suka memaafkan dan meminta maaf. Jangan rasa rugi atau malu jika kita (terutama suami) meminta maaf terlebih dahulu.
- Sentuhan – Sentuhan boleh memberi seribu erti kebahagiaan. Sentuhan menandakan anda rasa kasih dan sayang pada pasangan anda. Apabila anda selalu menyentuh pasangan anda, pasangan anda tahu anda ambil berat akan dia.Tapi kalo nak bersentuh tu berpada-pada la kalo di khalayak ramai kan?
- Senyuman – Senyum tidak perlu kata apa-apa. Penuhi hari anda dengan ketawa bersama -sama dengan pasangan anda.Serius paling mujarab nak diamalkan.
- Komunikasi – Jangan simpan sesuatu perkara di dalam hati. Luahkan segalanya kepada pasangan anda. Pasangan yang bahagia selalunya menerima seadanya diri pasangan masing-masing. Apabila seorang bercakap, seorang mendengar. Ambil berat setiap perkara yang di utarakan oleh pasangan anda walaupun perkara tersebut remeh. Sering dalam hubungan suami isteri komunikasi selalu jadi penghalang.
- Memaafkan – Jangan marah tanpa sebab. Sentiasa memaafkan pasangan anda. Sekiranya pasangan membuat kesilapan lapangkan dada untuk memaafkannya. Ambik mase sendiri tuk