ADANI AKIKO SHOP

Agen sah Fame Cosmetics, Melure Perfume dan produk kecantikan Seqy Beauty. Untuk merasai kehebatannya hubungi 018-7746645. Tester disediakan untuk anda sekitar Putrajaya.

Tuesday, April 28, 2015

Perempuan+terpengaruh

Aku bab penjagaan muka ni aku takdelah beria sangat nak beli barang yang mahal-mahal sampai 1set pulak tu.
Alhamdulillah kulit aku jenis tak mudah berjerawat cuma kulit tak sekata dan pori-pori besar.
So far pada aku selagi muka tak berjerawat kira ok la ada la muka lagi.
Tapi kalau diberi pilihan set mekap dengan set penjagaan aku prefer penjagaan lagi.
Pada aku menjaga tu lebih baik sebab bila kulit ko bersih nampak sihat baru la terserlah kecantikan asli.

So aku jenis suka try macam-macam produk sampai aku tak tau mana yang memang masuk dengan kulit aku..
Lagi 1 aku ni berkira sikit nak invest kat benda-benda camni.
Kalau pencuci muka harga RM15 ke atas pun aku da rasa mahal.
So aku akan pilih yang murah tapi tak nak pakai Safi ke apa..hahaha faham tak tahap kedekut aku?
Kalau nak tukar produk aku akan pilih yang mana ada diskaun pastu beli dapat 2 jenis terus contoh cleanser+toner tapi dapat harga toner tu seketul.
Macam aritu aku g Watson kat ofis ni.
Selalu kat kaunter akan ada 1 ruang tuk barang yang dijual separuh harga sebab nak expired ke packaging rosak sikit ke.
Aku da lama usha produk Hada Labo.
Kebetulan masa pegi tu aku tengok ada HL ni pack kombo cleanser+toner harga RM30++ ada 50% diskaun sebab nak expired lagi 2 bulan.
Terus aku rembat pakai.
Best jugak sebab kulit lembap tak berminyak.
Ni da nak abis pun sebelum sempat sampai tarikh expired dia..

Makanya tadi bergegas ke Watson cari produk Bio-essence.
Apsal Bio-essence sebabnya terpengaruh dengan cik suria lekat lekit.

Aku beli cleanser dengan bio miracle water tu tadi. 

Moisturizer tu aku da beli sebulan lepas tu pun sebab terpengaruh dengan cik suria lekat lekit gak lepas baca entry dia.

Sampai 3 tamakkan sebabnya takde botol seketul.

Tadi solat iols cuci muka guna cleanser baru.
Best jugak sebab lepas cuci tu kulit jadi lembut takde la rasa kering.
Sebelum pakai tudung aku spray dengan bio miracle water zass terus rasa bernyawa semula.

Aku pernah gak cuba Bio-essence Tanak White.
Aku suka bau dia cuma mahal la.
Cam aku cakap tadi aku beli pun sebab ada diskaun+berkombo.

Pada aku ikut poket kau la nak pakai mahal ke murah ke..
Yang mahal pun tak semestinya baik.
Jadi la pengguna yang bijak.

Expose mistik


Cerita yang aku nak story arini takde lah scary sangat sebenarnya.
Experience ni berlaku dekat ofis aku baru je jap tadi dekat surau.
Aku antara sedar dengan tak je bunyi macam kayu sebesar betis yang dilepaskan ke lantai bersimen betul kat floor atas kau.
Aku memang buat tak endah je pun dengan bunyi tu sebab aku pikir ada contractor tengah repair apa-apa la kan.
Sampaikan ada sorang makcik tu tegur "apa la yang dibuatnya tu kelempung kelempung bunyinya?"
Aku masa tu baru nak mulakan solat.
So sepanjang masa aku solat sampai da simpan telekung sejadah masa ada bunyi tu.
Bunyi yang sama langsung takde beza lantunan yang sama.
Kebetulan pulak surau ni bawah floor aku je.
Aku 3rd floor surau 2nd floor.
Aku naik tu siap pegi tengok ada ke contractor tengah buat kerja..
Memang takde ok