ADANI AKIKO SHOP

Agen sah Fame Cosmetics, Melure Perfume dan produk kecantikan Seqy Beauty. Untuk merasai kehebatannya hubungi 018-7746645. Tester disediakan untuk anda sekitar Putrajaya.

Tuesday, September 29, 2015

Because today is my birthday..

Today is my birthday!!!
Happy birthday to me..
Tiup lilin letrik da sambung semula..


Semoga dengan pertambahan umur ni aku menjadi semakin matang menghandle apa jua rintangan yang mendatang.
Semoga aku semakin sabar dengan segala tahap stress.
Semoga aku istiqomah menjaga solat wajib & sunat aku.
Semoga aku semakin ringan tangan bersedekah.
Semoga aku jadi anak, isteri dan ibu yang terbaik buat mereka yang aku sayang.
Semoga aku rajin, amanah & cepat dalam melaksanakan tugas-tugas kat pejabat maupun kat rumah.
Semoga aku menjadi lebih baik dari 30 tahun yang lepas.

So sempena hari kelahiran aku arini aku rasa i'm blessed..

Pertama

Bukak google arini tulisan google tu jadi kek.
Terus tengok pc orang lain.
Diorang sume takde GOOGLE bentuk kek..
Ouchh google ni buat aku terharu tau.

Kedua
Ni pun buat aku terharu giler.
Tq sebab mengiktiraf 29 September sebagai Hari Kopi Antarabangsa..
Mane diorang tau aku aku ni suke nau nau dengan kopi nih?
Pastu pilih tarikh sama dengan birthday aku lak tu..
Malu ahkak...(bluekkk perasan)

Begitulah saja ucapan saya pada hari ini.
Arini birthday saya so saya tak boleh buat entry panjang-panjang.