ADANI AKIKO SHOP

Agen sah Fame Cosmetics, Melure Perfume dan produk kecantikan Seqy Beauty. Untuk merasai kehebatannya hubungi 018-7746645. Tester disediakan untuk anda sekitar Putrajaya.

Thursday, January 8, 2015

Berita baik untuk penggemar kafein

Hellooo

Arini aku nak share dengan hangpa semua yang caffeine addict cam gue..(kejap utara kejap indonesia...haha ape-ape jela labu)

Ape berita yang aku nak share pasal kafein ni?

Haa mai ceq nak habaq orang selalu kata kafein tak elok la bila:

- Breastfeeding (BF)
- Ambil supplement
- Pregnant

First kita kena paham bahawasanya kafein bersifat diuretik.
Diuretik bermaksud apabila kita mengambil kafein ia akan menyebabkan kita kerap berulang ke tandas untuk buang air kecil (bahasa pasarnya kuat kencing..hahaha..)
Makanya apabila kita mengambil kafein badan akan menjadi dehydrated.
Kita ni selalu la dok dengar orang pesan kalau kita termasuk dalam golongan di atas BF,makan supplement, pregnant blablabla...JANGAN minum kafein tak elok...
Tapi bila tanya kenapa tak elok tak tau nak jawab...

So sekarang korang da boleh paham la kan kenapa kafein tu DILARANG untuk diambil secara berlebihan..

Jadi untuk mengelakkan kita dehydrated minum lah air kosong bersesuaian dengan berat badan hangpa.
Cane lak nak tau air banyak mana yang sesuai ngan berat aku ni?
Camni kira-kiranya:

Setiap 25kg berat hangpa kena minum 1 liter air.
Kalau berat peti ais cam aku 95kg makanya kenalah minum 3.8 liter air.

95/25(kg) = 3.8L

Haaa detail aku bagi..manje sangat korang ni..

Breastfeeding

Susu ibu yang terhasil 80% daripadanya adalah air.
Makanya kenalah minum air mengikut keperluan badan masing-masing.

Ambil supplement

Kita ambil supplement untuk apa?
Nak cantik kulit glowing licin macam kulit telur haluih macam kulit baby...
Tapi saya kena berpantang kafein...Tapi saya caffeine addict..
Don't worry babeh..Korang boleh menikmati coffee korang dengan penuh kegembiraan.
Tapinya lepas tu topup balik air bebanyak untuk mengembalikan hydration dalam body tu.
Barulah supplement korang makan tu berkesan..

Untuk mendapatkan keberkesanan produk yang korang ambil tu makanlah waktu malam sebab time kita berehat tu la skin renewal berlaku.
Jadi sebelum tidur tu ambillah supplement beserta produk penjagaan kulit.
Insyaallah bangun pagi sok korang jadi baby..ok yang tu tipu.

Abis tu masa bila yang boleh minum coffee?
Minumlah di pagi hari untuk mengembalikan kecerdasan dan kegembiraan.hahaha...

Ok aku da mula mengarut..
Diharapkan korang boleh la paham ape yang aku cuba sampaikan ni..
All caffeine addict now u can have a cup of coffee everyday to charge up your energy..