Abam Iyo

Aku rasa mesti kebanyakan yang da tau pasal Abam Iyo (kucing kaki 2) yang da meninggal (aku tak pasti bila maybe semalam 24.11.2013).

Yang pasti bila aku tau air mata ni terus mengalir laju.
Mungkin ni perasaan yang Allah bagi pada aku sebab aku memang/terlalu sayangkan kucing.
Kucing dah jadi sebahagian dari keluarga aku.
Aku sayang diorang demi Allah.
Sepanjang aku jaga kucing-kucing da beberapa kali aku berdepan dengan kematian diorang.
Setiap kali tu jugak aku menangis.

Memang bukan aku yang jaga Abam Iyo tapi aku boleh rasakan kesedihan yang sama atau kurang sikit dari yang menjaga dia.
Apa pun perasaan ni suci bukan dibuat-buat.
Cuma aku nak pesan kalau selagi korang berkemampuan untuk bantu kucing-kucing jalanan tu buat lah.
Sebab pada aku kalau kita buat baik pada haiwan kita takkan pernah mengharapkan apa-apa balasan berbanding dengan berbuat baik pada sesama manusia.

RIP sayang..semoga kamu di tempatkan disyurga disamping teman-teman kamu..

Dari sisi pun da boleh nampak yang PH tengah menagisi pemergian Abam Iyo.
Semoga usaha dia melindungi kucing-kucing terbiar dibalas setimpal oleh Allah.
Amin

Comments

  1. bagi yang pernah membela atau bela.. saat macam ni la saat yg tak boleh gambarkan. saya dah banyak kali berdepan dengan situasi macam ni dulu sebab saya membesar bersama2 kucing. memang sedih tu nak hilang ambil masa jugak.

    ReplyDelete
  2. sedih kan. zie phm bena perasaan bl kucing kta died. zie dah lalui.memang nangs gler

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts