ADANI AKIKO SHOP

Agen sah Fame Cosmetics, Melure Perfume dan produk kecantikan Seqy Beauty. Untuk merasai kehebatannya hubungi 018-7746645. Tester disediakan untuk anda sekitar Putrajaya.

Monday, September 21, 2015

Resepi sambal daging

Setiap kali masak sambal daging sebenarnya baru bape kali je aku masak sambal daging lepas 7 tahun kawin ni.
Sebab aku jarang masak sambal daging adalah kerana Nas.
Dia asam pedas ayam pun dia rasa pelik.
Pastu makan ala kadar je.
So aku tengok pun sakit hati baik tak yah masak.
Hahaha kadang-kadang kita nak jugak hamburan puji-pujian dari mulut husband kita kan?
Tapi ko jangan harap sangat lah orang laki ni nak puji ko masak.
Susah sangat ok.
Susah dia macam ko nak pakai jugak jeans yang dah sempit.
Haaa camtu sekali dia punya perumpamaan.

Tapi aku memang suka sangat dengan asam pedas ayam or sambal daging ni.
Dah sampai tahap asyik teringat menjejes air liur aku masak je.
Ko tak nak makan aku nak makan..
Hahaha bini dah bertukar kejam.

Sambal daging ni ada 1 kenangan yang asam nak masak je or tengok orang pos mesti terkenang.
Kenangan tu bila arwah bapak aku masakkan aku sambal daging yang pertama dan yang terakhir untuk aku.
Arwah tau yang aku suka makan sambal daging.
So balik dari sekolah masa tu die buat surprise.
Arini abah masakkan angah sambal daging.
Aku ingat lagi reaksi aku masa tu.
Terkebil-kebil pastu cakap sedapnya.
Kitorang adik beradik memang tak rapat langsung dengan arwah abah.
Pada aku benda tu bila aku terkenang balik memang benda paling touching la.

So arini aku nak share resepi sambal daging aku.

1/2 kilo daging
5 ulas bawang kecik
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
Serai sebatang diketuk
Asam jawa sesudu(dengan biji)
3 sudu cili kering yang dah blend

Daging rebus sampai empuk
Tumis bawang-bawangan yang dah ditumbuk tadi.
Tumis sampai naik bau.
Masukkan cili blend tadi tumis sampai pecah minyak.
Masukkan air asam jawa.
Pastu terus masukkan daging.
Perasakan dengan garam dan aji.
Masak sampai kering tahap kesukaan sendiri.





Step ikut arah pusingan jam.

Apa ada di sebat.

Hargailah insan yang tersayang

Entry petang ni dalam hujan lebat kat luar dengan guruh dentam dentumnya.
Cerita ni melibatkan 2 orang yang aku tak kenal rapat pun.
Cume kenal sebab dia sama-sama geng Nas zaman muda muda belia dulu.
Dedua dah kawin.
Dan dedua sekarang duda hot.
Hot ke?
Ok la ade market.

Yang sorang kematian isteri dalam 3-4 bulan lepas tak silap aku.
Aku tak berapa tahu dan memang tak rapat langsung.
Wife dia koma dalam 2 minggu lebih.
Masa tu cuaca Malaysia tersangat panas.
Punca mungkin sebab heat stroke.
Tapi pengakhiran arwah(wife dia) buat aku cemburu.
Betapa suaminya merahmati hidup dia sepanjang perkongsian hidup diorang.

Sementara pengakhiran aku belum pasti 

How much he's love his late wife

Dapat jugak dia tukar demi nak besarkan zuriat amanah Allah.


Yang lagi sorang pun aku tak pernah tegur.
Aku tau dia dengan ex-wife dia dah berpisah pun dari facebook.
Aku panggil dia T la eh.
Semalam temankan Nas pergi gig terjumpa dia kat sana.
(Bila aku sebut gig tolong jangan pikir tempat tu teruk sangat walaupun penuh dengan manusia berpakaian hitam.)
Kalau aku pergi sekali bermakna Akiko pun akan ada sekali.
 Si T ni nampak aku lepak ngan Kiko.
Dia datang acah-acah Kiko.
Layan Kiko merayap.
Pastu dia bersuara aku rindu anak aku.
Anak dia sekarang duduk dengan ex-MIL dia.
Die sebut Allahhuakbar.
Tapi lafaz dia tu penuh dengan rasa sebak.
Dah sebulan tak jumpa anak dia.
Dia luahkan yang dia sekarang dalam proses untuk menuntut hak penjagaan.
Aku yang macam shocked sebab dia tetiba borak ngan aku padahal kitorang tak pernah tegur pun.
Aku sempat la cakap 'takpe slow-slow'.
Hahaha tak membantu langsung kot.
Sebenarnya dia bebas je nak jumpa anak dia cuma mungkin bila berjauhan terpisah rasa rindu tu Allah je yang tau.
Aku kagum dia dah berubah.
Hidayah Allah.
Alhamdulillah dalam dia diuji dia sedar dan ingat yang Allah tu ada. 

Kesimpulannya hargailah pasangan dan anak-anak kita ketika diorang masih ada.
Boleh jadi kita rasa semak bila diorang ada.
Tapi bila Allah dah tarik pinjaman dia yang ni baru kita sedar.