ADANI AKIKO SHOP

Agen sah Fame Cosmetics, Melure Perfume dan produk kecantikan Seqy Beauty. Untuk merasai kehebatannya hubungi 018-7746645. Tester disediakan untuk anda sekitar Putrajaya.

Tuesday, June 2, 2015

My little garden

Aku sejak setahun 2 ni dah mula minat bergardening.
Xde la gardening sangat pun.
Duduk pun apartment mana nak datangnya tanah nak dicangkulkan.
So kena la cari alternative bercucuk tanam dalam pasu.
Asalnya dulu aku beli pokok bunga je kat Carrefour sekarang da jadi Aeon Big.
Lama-lama mula beli pokok cili cherry.
Pastu berjangkit cari pokok pandan.
Dedua pokok tu pun da arwah sebab panas melampau plus aku jarang siram sebab masa tu pokok tu aku letak kat balkoni depan yg aku jarang keluar.
Aku banyak habis masa kat dapur so pokok-pokok aku pun aku pindahkan terus ke balkoni dapur.
Senang sambil-sambil masak boleh la jirus-jirus pokok.

Biasanya aku akan jirus pokok guna air basuhan beras.
Jimat air pastu dalam masa yang sama pokok boleh dapat nutrien dari air beras tu.

Agaknya hormon pempuan dah kahwin plus umur pun dah 3 series so minat bercucuk tanam tu tetiba datang.
Lagipun jaga pokok ni tak susah mana asal cukup baja cukup air insyallah subur la pokok tu.
Alhamdulillah tangan aku serasi pokok yang aku tanam menjadi.
So lets check it out pokok-pokok yang masih bertahan dan pokok-pokok baru tanam.

Daun bawang dengan kentang.

Aku tengok dedua dah bertunas so aku letakkan jela kat tanah yang aku beli sekampit RM4 kat nursery PKNS Bangi.
Aku tanam dalam 3 minggu lepas asalnya tunas bawang tu seinci je pastu daun pun dah kuning.
Bila aku letak dekat tanah 3 hari je daun dah mula hijau.

Pokok kari hidup segan mati tak mau.Mana taknya baru 4 5 tangkai aku dah petik masak lauk..hehehe

Aloe vera aku beli masa floria 2 tahun lepas..

Aku beli sebab konon-konon malam sebelum tidur nak sapu kat muka so bile bangun pagi kulit tegang.
Sudahnya ke laut cita-cita hot-hot chick shit aku tu.
Pokok aloe Vera paling senang jaga dan senang membiak.
Aku siap dah alihkan anak-anak dia kat pasu lain sampaikan pasu seluas besen tu pun dah penuh takde ruang lagi.
Aloe vera ni aku baru je pindahkan ke dapur sebab terbiar je kat depan tak bersiram sampai daun bertukar warna merah.
Ni dah 2 hari aku pindahkan ke dapur siram tiap hari dah nampak daun dia mula hijau semula.

Ni pokok hiasan aku.Bunga ros tu beli kat tesco.

Tu jela cerita gardening aku.