ADANI AKIKO SHOP

Agen sah Fame Cosmetics, Melure Perfume dan produk kecantikan Seqy Beauty. Untuk merasai kehebatannya hubungi 018-7746645. Tester disediakan untuk anda sekitar Putrajaya.

Monday, June 29, 2015

Sup Tulang - Buka Puasa Ke 9

Jumaat hari tu adik-adik aku datang berbuka then tido semalam kat rumah aku.
Cuma adik-adik aku je yang 2 orang tu dengan adik ipar mak aku tak join sekali.
Sebagai seorang kakak yang penyayang haruslah menyediakan makanan yang enak untuk adik-adik tersayang.
So balik tengahari tu singgah pasar P8 beli tulang campur daging sikit.
Beli ulam sebab nak makan dengan sambal belacan.
Tengah taip ni meleleh pulak air liur.



Adik ipar aku dah siap-siap masak ayam black pepper dengan sayur kubis.
Tapi aku nak tambah jugak sejenis lagi lauk.
Tu yang terjadinya sup tulang sambal belacan dengan ulam.
Seronok tengok diorang makan bertambah.
Karipap tu karipap sardin aku beli frozen dari kawan aku simpan stok kat rumah.
Goreng 13 ketul habis.
Suka sangat diorang lagi-lagi yang bongsu tu.
Karipap dia memang sedap pun inti memang sardin semata penuh.
Diorang buat inti tu macam inti sandwich pastu bila makan tergigit cili padi potong-potong.
Nanti aku share info pasal karipap ni kot korang nak rasa.

Pas maghrib bawak diorang pegi IOI Mall adik bongsu tu nak pegi Uniqlo cari seluar jeans.
Last-last die tak beli pape aku yang berhabis beli kasut ngan baju Kiko.
Hahaha tu standard.

Nak share jugak lah resepi sup tulang aku.

Bahan-bahan:
1kg tulang+daging
2 bungkus sup bunjut tulang Adabi
*Selabu bawang besar 
*7 ulas bawang putih
*2 inci halia
Daun sup
Daun bawang

Cara-cara:
Basuh bersih tulang dan daging
Rebus dalam 2 jam atau sehingga empuk bersama sup bunjut
Mayang/potong bahan bertanda *
Tumiskan bahan bertanda * sehingga naik bau dan kekuningan
Lepas tu curahkan sekali dengan minyak tumisan tu dalam rebusan tulang tadi
Sebelum tutup api masukkan daun sup & daun bawang tadi.
Siap untuk dihidang


2 comments:

  1. fuyoooo!!! sedap nye sup tulang ko dik...sikit je lagi nak jilat screen laptop...kahkahkah...kalau malas buat sambal belacan makan dgn kicap cili pon dah cukup syurga....mana pulak aku nak cari tulang ni??? (sambil jeling2 kucing) kahkahkah ;p

    ReplyDelete