ADANI AKIKO SHOP

Agen sah Fame Cosmetics, Melure Perfume dan produk kecantikan Seqy Beauty. Untuk merasai kehebatannya hubungi 018-7746645. Tester disediakan untuk anda sekitar Putrajaya.

Monday, June 29, 2015

Kari Ikan - Buka Puasa Ke-10

Patutnya adik-adik aku dah balik tengahari sabtu tu tapi memasing malas je nak gerak tgk sebab tak puas menggomol si Akiko makanya aku pun bersilat la kat dapur masakkan kari ikan tongkol untuk diorang.
Berselera masing-masing makan.
Aku buat kari pekat-pekat ala-ala mamak style.
Adik aku memang hantu kari.




Kari ikan tongkol
Sambal belacan
Ayam goreng kunyit
Ulam bendi, petai & timun
Karipap sardin sedap tak tinggal

Meh nak share resepi kari ikan ala mamak

Bahan-bahan:
Seekor ikan anggaran berat 1kg
6 sudu makan serbuk Kari (aku guna adabi)
1 sudu makan halba campur (halba, jintan, biji sawi)
2 tangkai daun kari
1 genggam asam jawa (jadikan pes)

Setengah kotak santan (kotak kecil)
*Bawang besar
*Bawang putih 7 ulas
*Halia 2 inci
Cili hijau besar sebiji
Sebiji tomato

Cara-cara:
Bersihkan ikan 
Tumbuk bahan bertanda *
Serbuk kari tambah air dijadikan pes
Campurkan dengan halba campur, bahan yang ditumbuk dengan daun kari
Tumiskan pes kari tadi sehingga terbit minyak
Api jangan terlalu besar supaya bahan tumisan tak hangit yang boleh sebab kari jadi pahit
Masukkan sikit air 
Teruskan menumis sampai terbit minyak sekali lagi
Tuangkan air asam sehingga agak menutupi ikan
Biarkan mendidih baru masukkan garam, ajinomoto 
Masukkan santan kacau jangan sampai pecah/santan berketul-ketul
Masukkan cili besar yang di patah-patahkan dengan tomato tadi.
Biarkan menggelegak sekali lagi tutup api.
Siap

Sambal belacan
*3 biji cili besar merah
*10-15 biji cili padi
10 biji limau kasturi
*Secubit gula
*Belacan saiz duit 50 sen

Cara-cara:
Tumbuk lumat bahan bertanda *
Perahkan asam limau
Kalau rasa kurang masam boleh tambah limau lagi

Yamsss





1 comment:

  1. kari ni lagi lame kite perangat2 lagi sedap....esok2 leh buat lempeng plak heheehehehehe

    ReplyDelete