ADANI AKIKO SHOP

Agen sah Fame Cosmetics, Melure Perfume dan produk kecantikan Seqy Beauty. Untuk merasai kehebatannya hubungi 018-7746645. Tester disediakan untuk anda sekitar Putrajaya.

Wednesday, July 8, 2015

Nasi ayam simple - Buka Puasa ke 20

Dah lama aku tak share makanan berbuka aku kan? 
Mesti korang rindu..
Hahaha perasan

Aku tah pasal craving nak makan set ayam golek dekat Dengkil tu sesangat.
Kedai dia biasa je tapi tah mengade sangat lak tekak ni.

Credit pic dari google

Credit pic dari google

Kedai ni diusahakan oleh muda-mudi kawan ke sedara-mara aku tak pasti.
Konsep kedai diorang ala old school.
Kerusi meja dari pallet.
Lokasi dia sebelah Sekolah Menengah Kebangsaan Dengkil seberang Petronas Dengkil.

So semalam untuk melempiaskan keinginan aku masak sendiri.
Gigih ko

Takdelah aku golekkan ayam ni cuma dia terdampar dalam lopak kuah black pepper 

Aku perapkan dengan serai, bawang putih, halia, sos tiram, garam sikit, sos tomato dengan blackpepper crush.
Dalam sejam masuk oven 200 Celsius api bawah je 50 minit.
Tinggal lagi 10 minit aku tukar api atas je.

Pastu masak nasi.
Tumbuk bawang putih dengan halia pastu tumis sampai naik bau.
Aku campurkan ayam yang tulang sebab takde kiub ayam.
Baru masukkan beras yang dah direndam sejam goreng sekejap.
Masukkan air secukupnya.

Pastu aku buat bak choy sos tiram ni.

Kebetulan sos masa beli ayam golek kat bazar aritu tak buka pun lagi aku simpan dalam peti ais tinggal panaskan je.




8 comments:

  1. Singgah sini..
    Salam kenal..
    eh..area rumah nieyl tu..sekolah tu pun sekolah nieyl dlu..hihihi =)

    ReplyDelete
  2. masak sendiri memang puas hati kan? sedap nampak kuah blackpepper tu...
    Done follow :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kalau sedap sampai esok kembang hidung kalau tak bape jadi puas hati jugak la

      Delete
  3. Kadang2 masak sendiri camni 10x lagi sedap dari beli kat param

    ReplyDelete
  4. Masak sendiri lbh puas utk dinikmati..pastu blh mkn ulang2..hihi

    ReplyDelete
  5. teliyooo tgk.... sedap dpt mkn nasi panas2 ni.....silap2 boleh bertambah mkn nieh....

    ReplyDelete