ADANI AKIKO SHOP

Agen sah Fame Cosmetics, Melure Perfume dan produk kecantikan Seqy Beauty. Untuk merasai kehebatannya hubungi 018-7746645. Tester disediakan untuk anda sekitar Putrajaya.

Wednesday, July 8, 2015

Persiapan raya untuk Akiko

Korang dah shopping baju raya sendiri baju anak-anak?
Aku sudah dapat je gaji 25hb hari ahad tu terus pergi Jusco Equine cari sepasang dua untuk anak dara tu.
Akiko ni jenis badan kecik je.
Jangan tak caya kalau aku cakap umur lagi bape hari nak setahun ni dia masih pakai baju masa lahir yang saiz 3 bulan tu.
Penjimatan di situ.
Sebenarnya takde lah jimat sangat pun sebabnya aku ni pantang tengok baju budak-budak.
Comel sangat kan mesti nak terbeli je.TERBELI???hehehe
Baju kurung tak yah beli tuk Kiko sebab baju dia pakai masa kenduri aqiqah aritu masih muat.
Mama tambah baju casual jela eh.

Ada 50% diskaun so dapat la harga RM 27.50
Baju tuk pakai hari kedua nanti
Baju tidur
Teringat masa kecik-kecik dulu mak aku mesti belikan baju tidur untuk kitorang adik-beradik bila nak raya.
Alah dulu-dulu mak bawak pergi kedai-kedai celah lorong je kat pekan Tampin tu.
Sampai sekarang aku tak paham kenapa malam raya pun nak kena ada baju baru.

Baju basahan kat rumah.
Legging tu beli RM6 kat downtown Putrajaya tu
Baju tu aritu tengok kat Uniqlo 3 helai RM19.90.
So rembat 2 set 1 sleeveless 1 shortsleeve

Kasut raya sepasang

Lengkaplah persiapan raya untuk anak.
Untuk mama baju masa kenduri aqiqah baru pakai sekali pastu 2 lagi dah tempah kat kawan aku.
Cukuplah 

Artikel tempelan
Sedar tak sedar kita hampir meninggalkan Ramadhan cuma 9 hari je lagi.
Kita tak pasti adakah akan bertemu Ramadhan tahun depan.
Kita sering diingatkan Ramadhan bulan mengumpul pahala.
Dikesempatan ini marilah kita mensyukuri nikmat yang kita perolehi sepanjang menjalani ibadah puasa kita di bumi Malaysia ni.


3 comments:

  1. memang cepat jer rasa dah nak raya :) masa berlalu pantas

    ReplyDelete
  2. Cantik baju2 si baby akiko yg penting selesa sian baby nanti panas....sedihkan bila dah nak abis ramadhan ni....badan pon dah bole terima dgn ibadah pose ni kalau tambah sebulan lagi pon akak rase ok je tapi apakan daya.... :')

    ReplyDelete