ADANI AKIKO SHOP

Agen sah Fame Cosmetics, Melure Perfume dan produk kecantikan Seqy Beauty. Untuk merasai kehebatannya hubungi 018-7746645. Tester disediakan untuk anda sekitar Putrajaya.

Saturday, September 12, 2015

Fiesta Kenali Ubat Anda 2015


Hai kengkawan blog yang kukasihi..
Hahaha ayat nye tu pun haiii
Unutk korang yang berkelapangan pada 19 September ni yakni Sabtu minggu depan luang-luangkan lah masa untuk ke Shah Alam Convention Centre untuk beramah mesra dengan ahli farmasi.
Masa ni lah kita nak guna untuk kenal ubat-ubatan yang kita or relatives kita agar tiada kesilapan terlebih dos ke tersilap amik ubat ke.
Yela kita ni kadang ada sejenis penyakit iaitu penyakit malas nak pegi klinik.
Search je kat internet simptom-simptom penyakit kita tu agak-agak match kita pun taram kita sakit sekian-sekian.
Pergilah ke farmasi macam guardian ke watson yang kebetulan masa tu takde farmacist sekali makan ubat tu muke jadik belon.
Tak pun beli ubat orang jual online makan badan jadik sado tetiba (kalau sado cam Shaheziey Sam meleleh gak aku bapok tengok).
Pernah k makcik aku makan ubat yang makcik aku lagi sorang recommend untuk sakit lutut.
Alih-alih muka dia bengkak mata sepet tetibe.
Nasiblah takde jadik pape dia dah la semput melampau.

So sape yang berkesempatan dan berkelapangan hari tu jom pergi "Fiesta jom kenali ubat anda 2015" nanti.
See you there 

1 comment:

  1. Kepada Ahli Farmasi : Anda memerlukan penginapan semasa menghadiri Fiesta ini, Sila hubungi Best Western i-City www.bestwestern-icity.my atau hubungi reservation di talian 603-55219000 untuk dapatkan harga staff kerajaan

    ReplyDelete