Tengok hottest chef ni buat aku menyesal makan

Rata-rata blogger mummy yang aku follow akan memasak.
Ada yang masak cincai-caincai je tapi dek kerana ambar-gambar yang dia snapped tu kebaboom terus rasa nak jilat desktop lagi-lagi time tengah lapar nak kunyah cuping telinga orang.
Aku sendiri pun memasak setiap hari kadang-kadang je cuti.
Tapi aku snap gambar masakan aku asal boleh je pastu tepek resepi.
Perasan sangat la masakan aku tu sedap.Hahaha
Confident tu penting.
Kalau orang cuba dia kata tak sedap tu maybe bukan citarasa dia.
Alah chef-chef yang kita tengok dok keluar tv tu pun resepi yang dia share belum tentu kena dengan tekak kita walaupun kita ikut sebijik sebijan kan?
Lagi satu cara masak orang ni lain-lain.
Contoh masak lemak cili api ada yang panggil gulai.
Nama pun dah lain cara masak pun lain-lain gak walaupun bila tengok eh sama jela.
Untuk orang yang kaki bedal benda tu maybe nampak sama rasa pun takdelah jauh sangat beza.
Tapi bagi kaki makan yang betul-betul menikmati setiap makanan yang masuk mulut dia mesti boleh bezakan ingredient cara masakan sesuatu makanan tu.
Macam masak lemak cili api setahu aku tak perlu ditumis dan bahan paling utama dia adalah kunyit hidup, cili api dengan santan.
Cara memasak pun takde proses menumis.
Lain pulak dengan gulai.
Gulai setahu aku memang kena tumis untuk dapatkan aroma yang menambat hidung.

Aku ni ilmu masak-memasak aku tak sampai tahap ke langit lagi.
Tapi setakat nak memasak untuk family tu lepaslah.
So nak sampai tahap dipanggil chef tu memang jauh oanggang dari api.
Tapi insyallah sape tau lama-lama nanti boleh sampai tahap tu kan?

Cuba korang petik nama chef perempuan yang meletop kat TV kalau asal rancangan masak-masak je dia.
Aku bagi contoh Chef Anis Nabilah.

Pic kredit to google.

Aku yakinlah mesti ada cik abang-cik abang kita yang dulu bila bini bukak channel masakan mengeluh "awak ni takde ceghite lain ke nak tengok. Asik-asik rancangan memasak. Awak masak lagu tu jugak ghasenya.."
Tapi tetiba satu hari tu bini bukak channel masakan yang Chef Anis Nabilah ni hoskan.
Tetiba pulak cik abang tu tak bersuara pastu dia pulak lelebih duduk paling depan sebabnya Chef AN ni lawa terlajak hot and spicy lagi.
Hahaha.
Kerjaya chef bukanlah sinonim dengan bentuk badan peti ais lagi dah.
Banyak chef-chef wanita sekarang yang hot and spicy bak kata ko.
Nak tengok chef seluruh dunia mana lagi yang hot and spicy cer tengok kat sini.
Memang terlajak hot.

Comments

Popular Posts