ADANI AKIKO SHOP

Agen sah Fame Cosmetics, Melure Perfume dan produk kecantikan Seqy Beauty. Untuk merasai kehebatannya hubungi 018-7746645. Tester disediakan untuk anda sekitar Putrajaya.

Monday, September 7, 2015

Selamat berkhidmat semula untuk diriku


Ni salah satu produk kegemaran aku.
Lama sungguh tak guna sebab ada satu ketika dulu aku rasa sangat-sangat pembaziran.
Yela masa tu muda remaja kulit pun tegang lawa.
Lawa sangat tu tak la tapi aku puas hati la tengok kulit muka aku.
La ni kulit muka kusam dark circle kering tona tak sekata eh semua la..
Aku dah mula risau lagi-lagi bila tengok gambar sendiri rasa down sesangat.
Aritu pergi Alamanda dengan officemate aku.
Sekali ternampak la 2 orang gadis ni.
Aku:Cantiknya kulit diorang.
Dia:Alah pakai foundation boleh la.
Dah ko beli masker Mary Kay tu taknak guna. 
Ko harap kulit ko berubah cantik sendiri memang tak la.

Ye aku tak nafikan aku dah abaikan penjagaan kulit aku sekarang.
Sejak ada anak lagi la terabai tak sempat aku nak membelek.
Dapat mandi pun bersyukur.
So aku mula beli sikit-sikit produk dan guna sikit-sikit untuk pulihkan semula tekstur kulit aku.
Biar confident lebih depan laki sendiri.
Umur dah 31 ni ade sikit kegentaran kat hati takut laki pandang yang lain.
Normal ke eh?



1 comment:

  1. haah kan bila dah makin meningkat usia ni tengok kulit muka pon seram2...kulit akak ni masa zaman muda2 berminyak kan main pastu bila dah nak tua sikit2 ni (ada pulak tua yg sikit2 ek...kahkahkah) kering cam hape pulak....kulit terkopek2 cam musim kemarau.... ;p

    ReplyDelete