ADANI AKIKO SHOP

Agen sah Fame Cosmetics, Melure Perfume dan produk kecantikan Seqy Beauty. Untuk merasai kehebatannya hubungi 018-7746645. Tester disediakan untuk anda sekitar Putrajaya.

Sunday, September 13, 2015

Rendang daging dengan paru style N9

Sape suka makan rendang?
Aku suka jugak tapi tak suka makan dengan nasi.
Kena makan dengan nasi impit gak.
Yela kadang-kadang kalau buat hari biasa memang cam malas sikit nak rebus nasi impit..
padahal bole buat sambil dukung anak je kot.
Kalau dah dasar femalasss memang banyak alasan..

Rendang pun ada macam-macam style kan?
Ada yang guna cili kering campur jintan biji ketumbar letak lak 4 sekawan tu.
Aku serius tak pandai nak masak rendang camtu.
Yang aku reti dan suka makan adalah rendang yang cuma guna bahan-bahan kat pic bawah ni.

Percayalah itu je bahan yang aku guna tapi dah 2 3 orang yang makan tanya resepi. 
Cili api, kunyit hidup, serai, halia dengan lengkuas.

Aku campurkan paru dengan daging keringkan air daging tu.
Ni daging dalam sekilo paru setengah kilo.

Dah kering camni masukkan bahan-bahan dalam pic kat atas tadi yang kita dah blendkan.

 Masukkan santan secukupnya.
Nak rasa berlemak santan kena lebih.
Ni aku guna santan kotak kecil tu 2 kotak jenama M&S.
Masak sampai kering.
Jangan lupa masukkan garam dengan aji.

Ni lah potluck aku tuk dijamukan kat geng ofis.



3 comments:

  1. kalau makan dengan nasi saya suka buat rendang basah @berkuah. kalau makan dengan ketupat ke rendang kering la

    ReplyDelete
  2. wah rendang negori memang sodap tu intan :)

    ReplyDelete
  3. Akak pon suka buat rendang camni dik sedap berperisa dan tak over jugakkan yg sedang2 aje tapi sedap

    ReplyDelete