ADANI AKIKO SHOP

Agen sah Fame Cosmetics, Melure Perfume dan produk kecantikan Seqy Beauty. Untuk merasai kehebatannya hubungi 018-7746645. Tester disediakan untuk anda sekitar Putrajaya.

Thursday, August 6, 2015

Raya pertama kami

Arini dah raya ke berapa kawan-kawan?
Raya ke 21..
Pandai korang.
Tapi aku baru ler nak menghapdet cerita raya aku..
Muahahaha saje peram supaya cerita aku tak bersaing dengan blog-blog lain yang kebanyakannya dah update cerita raya masing-masing awal-awal lagi.

Raya tahun ni balik Melaka rumah mak aku.
2 hari sebelum raya mak ngan adik bongsu aku datang rumah.
Ape ko cite ni kejap kata raya rumah mak ko kat Melaka pastu mak ko datang rumah ko sebelum raya?
Lek lu meh aku nak cerita sikit pasal family aku.
Mak dengan arwah abah aku berpisah 2 bulan sebelum abah meninggal.
Tak lama pastu mak aku kawin lain dengan duda anak 3 dari Perlis tapi bermastautin kat Ipoh.
So mak aku pindah la ikut ayah tiri aku ke Ipoh.
Tapi masa dengan arwah abah mak ada beli rumah kat Melaka.
So lepas mak pindah Ipoh rumah tu mak suruh makcik aku duduk tolong jagakan rumah tu.
Bile raya kek kenduri memang akan tuju kat rumah tu lagipun rumah mak tu dah jadi markas adik-beradik mak berkumpul lepas arwah nenek meninggal.
Faham tak?

Berbalik cerita raya tadi.
Pagi raya lepas sembahyang raya merempit balik Melaka.
Memang best highway clear aku boleh sampai Melaka ngam 2 jam.
Sila maklum aku bawak 100-110/hour je tu yang 2 jam baru sampai.
Kitorang terus ke rumah Pak Long dekat Alor Gajah kat Seri Pengkalan sebab sekarang adik-beradik mak berkumpul rumah Pak Long pagi raya sejak Pak Long mula pindah lepas pencen.
Sampai tu ramai nak gerak balik dah.
Tapi alhamdulillah dapat jumpa semua sebab dah lama tak beraya berkumpul camni.

Orang main bricks kita kita pegang bekas jela mama.

Adik-adik sepupu aku suka sangat dengan mainan Bricks Akiko ni.
Berebut memasing nak main.
Bricks ni dalam bekas kereta yang kiko pegang tu.

Kebetulan lak baju kitorang dekat sama colour.

Tak pernah plan nak sedondon sejak dari kawin lagi.
Sebab aku jenis tak semangat sangat nak beraya.
Cuma tahun ni semangat habis siap beli langsir, karpet ganti bedsheet. 

Mak dengan adik bongsu aku. Anak manja mak.

Emerald green ni aku plan nak pakai sedondon masa majlis akikah Akiko bulan 5 aritu.
Tapi last takde sorang pun pakai baju colour ni.
Sebab tak sempat pakai adik aku sorang jela pakai masa raya.
Pastu rasa menyesal tak tempah kain aku tu sebab tengok colour ni cantik gilos sesuai kulit cerah or gelap.

Ni jela gambar yang sempat snap jadik kenangan raya tahun 2015.
Aku tak bape suka gambar ni sebab aku nampak macam peti ais di situ.
Kegemukan melampau eh tak baju tu yang besar.

Selesai raya pertama kami yang sempoi.





2 comments:

  1. Lambatnye ko update n3 raye dik....tapi takpe akak soka je nak baca....kikiki...putih gila si akiko sebiji cam anak orng jepun

    ReplyDelete