ADANI AKIKO SHOP

Agen sah Fame Cosmetics, Melure Perfume dan produk kecantikan Seqy Beauty. Untuk merasai kehebatannya hubungi 018-7746645. Tester disediakan untuk anda sekitar Putrajaya.

Thursday, August 6, 2015

Raya kedua masih di Melaka

Disebabkan masa tak banyak kat Melaka raya kedua semua pakat ziarah rumah sedara.
Kitorang beraya kat rumah makcik aku je adik mak kat Gangsa dulu.
Sempat capai kamera masa keluar dari kereta je pastu terus lupa dah phone..hahaha

Aku suka jubah Bollywood ni.
Nipis tapi tak jarang.

Cuba cari aku kat mana?
Barisan depan mak aku dengan abang-abang dan adik dia terselit cucu-cucu.
Barisan kedua sepupu-sepupu aku.
Aku kat mane?
Nasib la kalau dah ketot tapi nak duduk belakang.

Selesai makan ringan-ringan la sangat tu kita pergi rumah makcik lagi sorang kat Taman Merdeka.
Nak cerita punyalah lama tak datang rumah makcik aku ni sampai dekat 5 kali salah masuk lorong.
Hahaha lagipun aku first time drive nak g rumah makcik aku ni.

Aku berkenan alas kat sofa makcik aku ni.

Akiko dah bertukar uniform.
Panas sangat cuaca kat Melaka sampai kena mandikan budak kecik ni lagi sekali.
Dah berlengas sangat aku tengok dia.
Budak ni dah pandai takut orang.
Nak berkepit je dengan aku tak pun daddy dia.
Aku bangun je die punya jerit kalah orang kena cubit.

Sodap sangat ni dapat makan asam pedas ikan parang.
Masa cedok tu aku boleh jumpa telur ikan.
Perghhh sedap gilos makan tengah panas berpeluh.
Dok borak-borak sekejap sebab semalam tak sempat nak borak.
Makcik aku hidang pulak cekodok pisang dengan teh susu.
Memasing nampak teh susu tak menolak walhal baru mencekik nasik lauk asam pedas dengan tomyam.
Pastu memasing sibuk cek gula dalam darah cek BP sebab kebetulan makcik aku ni ada kid tuk check sugar.
Mak aku pulak boleh tertinggal ubat kencing manis dia dekat rumah aku.
Nasib takde pape sebab dia kontrol makan.
Nak beli ubat dia kata takut tak sama dengan ubat dia beli tu.
Nasib makcik aku yang rumah pertama pergi tadi nurse so dia g carik ubat.
Baru la mak aku boleh makan macam-macam sikit.

Ehhh cam bosan je cerita raya aku..hahahaha










4 comments:

  1. Cantik alas sofa makcik intan tu...akak kan suka kaler hijo...kikiki...asam pedas tu nampak sangat sedap sgt2 dik

    ReplyDelete
  2. Tang asam pedas tu mmg A..Asam pedas melaka tak boleh di lawan oleh asam pedas negeri lain...mmg menu wajib bila dtg Melaka..hehe

    ReplyDelete