Majlis Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet Palapes IPTA ke-34

Sabtu ritu berlangsungnya Majlis Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet Palapes  IPTA ke-34 kat UPM Serdang.
Adik aku (Eqal) salah sorang yang dianugerahkan pangkat Leftenan Muda hari tu.
Aku tak dapat nak join memandangkan aku belum fully recover dari food poisining tu plus majlis sangat lah lama untuk aku membawa si kecik Akiko.
Ko bayangkan kena sampai kat sana sebelum 6.30 pagi sebelum gate masuk tutup.
Mak adik (Wan) ngan adik ipar (Nia) aku jela yang pergi.
Tapi dalam kul 2 petang mak call suruh datang sana sebab Wan kena pergi RTM edit program untuk hari merdeka.
So aku kena jemput mak kat sana.
Alhamdulillah dapat jugak jumpa Eqal sempena hari penting dalam hidup dia walaupun majlis dah abis.
Rindu kat adik aku ni jarang dapat jumpa sebab dia belajau nun kat selatan tanahair.
Ceh cam jauh nau je kan?hahahaha

Aku tau mak orang yang paling bangga haritu.

Kelabu je masa terima watikah ni.Pic ni pun amik guna phone mak.

Eqal 3 dari kiri masa rehearsel

Dapat gak bergambar sekali walaupun tak cukup ahli. Abaikan muka aku yang pucat tu dengan baju asal sempat je.

Mak aku kata dak tudung pink tu awek Eqal. Tapi Eqal kata tu kawan dia masa kat matrik Penang dulu kebetulan study kat UPM. Kalau betul pun apa salahnya budak ni sopan jerk nampak.

Ok last pic Akiko dengan Paksu dia. Akiko masa ni takut sebab dia tak cam lagi. Dia ingat Mujibur mana yang dukung dia.

Kitorang stay kat sana sampai kul 5 lebih.
Budak-budak ni boleh outing sampai kul 8 so bawak si Eqal gi IOI Mall jap dia nak beli seluar tuk cycling.
Adik aku yang sorang ni aktif.
Sok Selasa dia dah keluar gi cycling 1 semenanjung macam le Tour de Langkawi tu seminggu.






Comments

  1. tahniah pada paksu akiko...segak nye pakaian diorng ni

    ReplyDelete
  2. Hari tu, ada jugak kawan Sha sorang ditauliah pegawai kadet palapes ni. Semua IPTA kumpul dalam 1 majlis ye?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts