ADANI AKIKO SHOP

Agen sah Fame Cosmetics, Melure Perfume dan produk kecantikan Seqy Beauty. Untuk merasai kehebatannya hubungi 018-7746645. Tester disediakan untuk anda sekitar Putrajaya.

Friday, August 21, 2015

Exam KPSL JANM 2015

Aku kan aritu amik exam KPSL Jabatan Akauntan Negara.
Kengkonon pergi kali ni nak usar soalan exam tu cane je.
Cari pengalaman.
Boleh la camtu pasal tak kena bayar pape kan.
Alih-alih dapat kertas soalan alamak kacang goreng diselaputi nestum je.
Hamboiii berlagak.
Tapi bile mula nak jawab hahahaha menggigil lutut.
Bukan boleh main hentam je.
Aku toleh meja sebelah ada mamat tu satu buku rujukan pun tak bawak.
Die datang semata-mata bawak badan dengan alatulis je.
Eh hebat betul mamat ni.
Aku tengok orang lain satu kedai buku die bawak.
Aku pun boleh tahan satu rak buku jugak.hahaha
Exam kat MAEPS aku budget bape ketul manusia je pergi.
Sekali ada gak dalam 200 orang camtu.

Belah-belah belakang tu ramai lagi

Kat dalam dewan tu setiap meja boleh duduk 2 orang.

Aku datang sorang je aritu
Dah duduk ada minah ni tegur nak dok sebelah aku.
Bagus gak dapat dok sebelah minah nama Wawa ni buku dia lengkap sebab tahun lepas dia dah pernah amik exam ni.
Tapi memula dia yang tegur nak pinjam buku aku.
Aku ni kan poyo sikit kalau orang tak cakap ngan aku dulu aku diam je.
Tapi aku takdelah buat muka macam nak makan orang.

Ni lah minah Wawa.

Tinggi lampai minah ni.
Last day exam nak balik tu siap janji tahun depan kalau repeat jumpa lagi..
hahaha
Abaikan sebuah Yani yang bengkak itu.

Hari kedua nanhado apa-apa gambar sebab aku stress jawab soalan akaun.
Ahkak zero dik bab akaun.
Dulu sekolah amik engineering sekali kerja buat kewangan tapi tak buat akaun.

Sesiapa yang nak amik exam ni silalah cari buku ni.
Sangat berguna.
Aku ritu pinjam Wawa je.
Kena cari gak tapi Wawa kata dia cari sampai ke Jalan TAR baru jumpa buku ni.


Nanti aku share soalan KPSL JANM tahun ni kat next entry.
Untuk rujukan aku dan calon-calon tahun depan.


3 comments:

  1. Dunia kerja camtula kan. Dulu ingtkn dah kje xde dah exam bgai. Tp pnglmn tu pting.

    ReplyDelete
  2. Bedebo2 nak menjawab ye intan....kalau akak agaknye pensan terus...hahaha....inshaa Allah intan mesti sukses punye....kipidap dik dongibab :)

    ReplyDelete
  3. rindu subject account..hehehe

    ReplyDelete