ADANI AKIKO SHOP

Agen sah Fame Cosmetics, Melure Perfume dan produk kecantikan Seqy Beauty. Untuk merasai kehebatannya hubungi 018-7746645. Tester disediakan untuk anda sekitar Putrajaya.

Thursday, July 9, 2015

Nasi arab oh nasi arab

Laki bini dah lama craving nasi arab.
Makanan wajib makan sekali sebulan.
Asal makan nasi arab ni masa aku pregnant Kiko dulu.
Masa tu dah sarat pun.
Sebelum aku bersalin tu sempat 2 kali makan nasi arab kat sini dan masa tu pun bulan puasa tahun lepas.
Restoran pilihan kitorang memang takde lain Mr. Kabab & Briyani kat Presint 15 tu.
Sampai dah tak payah tengok menu sebab asal pergi mesti order menu yang sama.


Mr Kabab ni kalau bulan puasa memang packed. So kitorang datang lewat sikit dalam 8 lebih camtu.


Mr.Kabab & Briyani
Jalan Diplomatik 3/1 (Presint Diplomatik), 62050 PutrajayaWP Putrajaya, Malaysia
Corner lot sederet dengan Bank Rakyat
Operating hours:
Setiap hari 11.00 pagi hingga 11.30 malam

Ni menu pilihan aku lamb kabsa with mendy rice

Tandori chicken with mandy rice pulak pilihan Nas. Dia tak makan kambing so aku je yang selalu kecek ayam dia..hahaha

Deco dalam restoran ni.

Restoran ni memang sesuai untuk family/office gathering. Kosong dah sebab semua orang dah balik masa kitorang sampai

Tandori chicken with mandy rice

Ko tengok kambing tergolek 3 ketul ya Allah nikmat tak terhingga makan

Makan dengan sos tomato & kuah kari 

Setiap kali makan memang charge banyak tu la.
Aku lupa snap mango lassi dia yang kalau minum nak lagi
























Marilah kita berkongsi #Rezeki3Saatagar memberi peluang anak-anak yatim megadakan rumah  terbuka mereka pertama. http://my.shareddis.com/p/aMxXX

1 comment: