Update

Rindunya nak berblog. Ada tak yang rindu? Sekarang ni tengah sibuk menonjolkan diri dekat FB. Nama panggilan pun dah bertukar sekarang uols. Aku prefer bahasakan diri as Kak Intan. Wow sangat kan? hahaha.. Rasanya kat sini pun elok teruskan jugaklah dengan panggilan Kak Intan tu yek?

Sekarang ni Kak Intan tengah bizi mengetart. Dah mula buat kuih tart nenas untuk jualan kat Dataran Gemilang dengan kawan-kawan ofis je. Kat Dataran gemilang tu setiap Jumaat 12.15-2.00pm. Alhamdulillah sekarang ni hidup I lebih bermakna. Muahahaha ayat slot akasia sangat. Sekarang ni rasa banyak masa Kak Intan digunakan untuk perkara yang bermanfaat bukan je untuk diri sendiri tapi dapat menambah nilai jugak pada orang lain.

Sekarang ni masa yang betul-betul untuk 'me time' memang masa tidur dan mandi je. Tu pun budak Akiko nak jugak kacau. Dia kalau sedar Kak Intan hilang dia terus cari kat bilik. Dengar dalam bilik air ada orang memang dia ketuk macam nak runtuh pintu. Siap pangil mama oh mama. Kalau lambat sikit bukak dia jerit sampai bingit telinga ni.

Dia dah masuk umur 2 tahun ni alhamdulillah kurang dah sakit-sakit. Esok genap 2 tahun 9 bulan. Masa dia setahun lebih dulu setiap bulan akan semput dan tiap kali tu la nak kena amik neb. 2 kali jugaklah kena tahan wad. Rasa cepatnya masa berlalu. Teringin nak bagi Akiko adik. Muahahaha. Doakan Kak Intan pregnant ye tahun ni.

Sebelum Kak Intan mengundurkan diri (ayat arini semua skema drama sangat) nak belanja gambar tart nenas Kak Intan lah boleh?



Comments

Popular Posts