Resepi sambal daging

Setiap kali masak sambal daging sebenarnya baru bape kali je aku masak sambal daging lepas 7 tahun kawin ni.
Sebab aku jarang masak sambal daging adalah kerana Nas.
Dia asam pedas ayam pun dia rasa pelik.
Pastu makan ala kadar je.
So aku tengok pun sakit hati baik tak yah masak.
Hahaha kadang-kadang kita nak jugak hamburan puji-pujian dari mulut husband kita kan?
Tapi ko jangan harap sangat lah orang laki ni nak puji ko masak.
Susah sangat ok.
Susah dia macam ko nak pakai jugak jeans yang dah sempit.
Haaa camtu sekali dia punya perumpamaan.

Tapi aku memang suka sangat dengan asam pedas ayam or sambal daging ni.
Dah sampai tahap asyik teringat menjejes air liur aku masak je.
Ko tak nak makan aku nak makan..
Hahaha bini dah bertukar kejam.

Sambal daging ni ada 1 kenangan yang asam nak masak je or tengok orang pos mesti terkenang.
Kenangan tu bila arwah bapak aku masakkan aku sambal daging yang pertama dan yang terakhir untuk aku.
Arwah tau yang aku suka makan sambal daging.
So balik dari sekolah masa tu die buat surprise.
Arini abah masakkan angah sambal daging.
Aku ingat lagi reaksi aku masa tu.
Terkebil-kebil pastu cakap sedapnya.
Kitorang adik beradik memang tak rapat langsung dengan arwah abah.
Pada aku benda tu bila aku terkenang balik memang benda paling touching la.

So arini aku nak share resepi sambal daging aku.

1/2 kilo daging
5 ulas bawang kecik
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
Serai sebatang diketuk
Asam jawa sesudu(dengan biji)
3 sudu cili kering yang dah blend

Daging rebus sampai empuk
Tumis bawang-bawangan yang dah ditumbuk tadi.
Tumis sampai naik bau.
Masukkan cili blend tadi tumis sampai pecah minyak.
Masukkan air asam jawa.
Pastu terus masukkan daging.
Perasakan dengan garam dan aji.
Masak sampai kering tahap kesukaan sendiri.





Step ikut arah pusingan jam.

Apa ada di sebat.

Comments

  1. sambal daging memang sedap kan intan, makan dengan nasi lemak pun ok :)

    ReplyDelete
  2. Sedapnye dik terliur akak di buatnye....selalu akak kalau masak tak penah masuk serai...buat kering2 mesti sedap makan dgn nasi panas2...kene cari daging la nampak nye...hehehe....kenangan yg indah utk selalu di kenang....al fatihah untuk arwah ayah intan

    ReplyDelete
  3. Memandangkan daging banyak dlm prizer, baru lepas raya korban kan. Tiba2 ada idea nak masak ape..
    yeyyy

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts