Sembang kosong

Arini saja nak sembang kosong.
Tengok ayat kat bawah ni.


Hahahaha sebelum mula menaip kena gelak dulu baru real.
Sape pernah lalui situasi camni?
Mak aku pernah jugak dedulu camni.
Tapi pas aku dah kawen ni aku lak yang sekarang jadi pencari benda yang hilang.

Aku pelik je kan orang laki ni kalau cari benda mestilah tak jumpa.
Pastu nak marah-marah.
Pang sekali kang berdosa pulak.
Tang cari tak jumpa tu aku tak hangin tapi tang tetiba nak marah-marah tu yang aishhh kalau anak sendiri dah aku tangan kan.

Antara kecemerlangan yang aku pernah capai dalam bab mencari adalah kucing.
Kucing yang bebas merayau dalam rumah ni kekadang dia main nyorok-nyorok.
Kucing yang main nyorok-nyorok ni boleh menyebabkan jantung bekerja dengan kelajuan 240km/j tau?
Pasalnya kitorang ada pengalaman kucing jatuh dari tingkat 7 rumah sekarang.
Tapi biasanya kalau Nas cari dalam 5 minit tak jumpa aku menawarkan khidmat aku.
Jeng jeng jeng 2 minit je aku dah jumpa elok kucing tu tido kat bawah sofa celah-celah sikit.
Cettt buat orang sakit jantung jela kucing ni..
Rebus buat sup kang baru tau..
hahahaha

Lagi contoh kecemerlangan aku mencari adalah dikala kalut nak keluar pergi kerja.
Mencari pas kerja dia lupa letak mana.
Aku ni yang sama lambatnya sebab pergi kerja sekali gunakanlah kuasa darab 15 aku mencari.
Eh bukan ke dia dah cari kat sini tadi?
Aishhh ade yang jadi Kassim Selamat pepagi ni kang.

Macam-macam kan?
Orang pempuan ni bukan setakat isteri je macam-macam boleh jadi.
Kejap kang jadi chef kejap kang jadi cleaner ade jugak kang yang jadik plumber.
Tu pasalnya orang laki ni manja mengalahkan kucing.
Aku pun tak paham orang laki ni.



Comments

  1. kikiki....betol tu dik akak setojo sgt...kadang2 orng lelaki ni tak sabo nak marah je kejenye jadi benda depan mata pon bole tak nampak....kite yg pompuan ni pulak walau pon tengah marah mulut pot pet pot pet tapi mata kite kalah burung helang nak carik mangsa hokey....hahaha

    ReplyDelete
  2. ahahaha.. betul2 kalau kita jadi isteri & ibu auto kita ada skill pencari terhebart. habis semuanya tanya kita.. kadang2 benda depan hidung pun depa tak nampak nak kita jugak cari

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts